MIMPI 67

1.2K 81 9
                                    

Bagasi yang tersadai di dalam almari ditarik keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagasi yang tersadai di dalam almari ditarik keluar. Zip dibuka lalu dibiarkan bagasi itu ternganga luas di atas katil, menanti pakaian-pakaian milik si tuan masuk ke dalamnya.

Puteri Mirdal mengambil pakaian miliknya dan disumbatkan ke dalam bagasi dengan kasar dan terburu-buru. Dia perlu cepat-cepat lari dari negara itu. Dia tidak mahu ditangkap dan mati katak di dalam penjara bersama-sama dengan ayahanda dan bondanya.

Niat asalnya untuk melarikan diri sudah terazam dari hari pertama kejadian serangan di lobi hospital itu lagi namun passport dan visa sudah diambil dan disimpan rapi oleh Raja Kashim. Baru hari ini dia berjaya menjumpainya dan inilah masanya untuk dia pergi daripada tempat yang bakal menjadi neraka itu.

Buat seketika, pergerakan kalutnya terhenti. Bunyi riuh rendah dari luar kamar sedikit sebanyak menerobos gegendang telinga. Perlahan, cuping telinga ditekap pada daun pintu.

"Maaf, kami polis dan telah mendapat waran untuk menggeledah seluruh kawasan istana. Puan pembantu istana kan? Boleh bagi kerjasama untuk beri kunci setiap bilik dalam istana ni?"

Sayup-sayup suara itu terdengar di telinganya. Puteri Mirdal menggeletar ketakutan. Tak guna!

"Tapi, tuanku raja dah izinkan ke?"

"Bila pihak kami dah dapat waran geledah, kami tak perlukan lagi keizinan sesiapa. Lagipun, Raja Kashim dan Permaisuri Ratna sudahpun diberkas dan dibawa ke balai polis." Kata suara itu lagi. Memberitahu hal sebenar kepada pembantu istana yang masih berdegil tidak mahu memberikan anak kunci.

Puteri Mirdal bergerak menjauhi pintu. Kedua belah tangannya naik mencengkam rambut. Wajah diraup beberapa kali. Apa yang perlu dia buat sekarang ini? Pihak polis betul-betul sedang berada di hadapan kamarnya dan pastinya sebentar lagi kamarnya bakal diterjah masuk.

Tak apa. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Matanya kemudian terpaku pada longgokan baju dan seluar di dalam bagasi yang masih tidak tertutup. Tidak menunggu lama, diambil kesemua baju dan seluar itu lalu diikat sehingga menjadi seutas tali yang tebal dan panjang. Cukup untuk dia turun daripada tingkat dua istana itu.

Hujung kain itu diikat pada tiang meja solek. Puteri Mirdal memandang ke bawah sebelum menelan liur kesat. Dia perlu melakukan kerja gila ini walau apapun risiko yang bakal dia hadapi. Dengan berhati-hati, kakinya melangkah keluar dari bingkai tingkap dan ikatan kain itu dicengkam sekuat yang mungkin.

Papp!!! Bunyi pintu bilik dibuka kuat lalu berlaga dengan dinding kedengaran.

"Puteri Mirdal, anda telah disabitkan dengan jenayah menculik—"

"Mana dia?!!"

Jerkahan dari polis lelaki itu membuatkan dia semakin gelabah. Sikit saja lagi dia bakal mendarat ke tanah.

"Dia dah terjun ke bawah!!!"

"Shit!" Puteri Mirdal mencarut perlahan. Tidak berfikir panjang, dia terus membuat keputusan untuk melepaskan tali. Tubuhnya jatuh terhempas ke atas rumput.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now