Keesokan harinya, Han terpacak lagi di hadapan rumah Sekar. Tingkap yang terbuka luas dan dilengkapkan dengan langsir yang ditiup angin sepoi itu dipandang. Belakang lehernya digosok perlahan. Mana perginya Bunga ni? Tak nampak bayang pun.
"Cari Bunga ke tu?"
Bahu Han terhicut sedikit. Nafasnya dihela lega tatkala melihat Sekar yang mengilik bakul rotan itu. Ingatkan jembalang mana lah tadi yang tegur.
"Err, Bunga ada?"
"Ada, dekat dalam. Kejap saya naik panggil dia." Kata Sekar dengan senyuman meleret di bibir. Sesuatu sangat Bunga dan Han ini. Anak tangga dipanjat satu persatu untuk memanggil Bunga.
Tangan dibawa masuk ke dalam poket seluar lalu seutas rantai tangan dibawa keluar. Han tersenyum nipis. Rantai tangan yang bercorak bunga itu pasti akan lebih cantik apabila berada di pergelangan tangan milik Bunga.
Tidak lama selepas itu, turunlah Bunga tanpa sebarang senyuman di bibir. Han tersenyum lucu, di dalam hati. Marah lagi la tu.
"Ada apa?" Tanya Bunga sombong. Wajah Han langsung tidak mahu dipandang. Ahh, nanti lebih-lebih orang cakap perampas pula.
"Kau... Merajuk lagi?"
Kelopak mata Bunga membesar. Tangan naik mencekak pinggang. Amboi, sesuka hati emak bapak Han je nak cakap dia merajuk! Bila masa entah dia merajuk.
"Bila masa saya merajuk?!" Dengan garang Bunga menyoal. Wajah bersahaja milik Han dipandang tajam.
"Kelmarin kau merajuk."
"Jangan nak pandai-pandai eh. Saya tak merajuk pun."
"Kalau macam tu, aku tak payah lah susah-susah nak pujuk kau kan?"
Satu rengusan terbit dari mulut Bunga. Nampak sangat tidak puas hati dengan Han. Iyalah, Han tu macam tak ikhlas langsung datang memujuk.
"Nampak macam merajuk lagi. Tapi tak nak mengaku." Itulah perempuan. Cakap itu tak betul, cakap ini tak betul. Bersimpang siur betul sekeping hati itu.
Bunga menjeling Han tajam. Wajahnya dipaling ke arah lain. Mengelak daripada memandang dan dipandang oleh lelaki itu.
"Aku tak pandai pujuk orang. Tapi aku ada bawa sesuatu untuk kau. Nak tengok tak?" Tanya Han dengan kening yang terjungkit sedikit. Wajah tanpa senyuman itu, Han mencuri-curi pandang.
"Tak nak." Tolak Bunga lagi.
"Renjana..."
"Nama saya Bunga bukan Renjana lah! Entah nama perempuan mana entah pergi sebut depan orang." Bebel Bunga perlahan.
Tawa Han tidak semena-mena meletus. Terkebil-kebil kedua mata Bunga memandang pemandangan indah yang sangat jarang dapat dilihat itu. Han... Ketawa?
"Aku—"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...