MIMPI 36

1.1K 57 1
                                    

              Bunga melemparkan senyuman buat Putera Han yang baru tiba di rumah kayu milik wan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Bunga melemparkan senyuman buat Putera Han yang baru tiba di rumah kayu milik wan. Melihat daripada raut wajah itu, tahu lah dia bahawa Putera Han berjaya menghalang Rumpin daripada pergi ke rumah Ahmad dan Sekar ketika dia melarikan Manis tadi.

Dipandang sahaja perilaku Putera Han yang turut melabuhkan duduk di sebelahnya. Mereka kini bersebelahan duduk di anak tangga rumah. Beberapa minit mendiamkan diri, Putera Han akhirnya membuka mulut.

"Manis dekat dalam?"

"Ya, tengah tidur. Tadi dia merengek sekejap, mungkin cari Sekar dan Ahmad." Ujar Bunga. Matanya jauh memandang kosong ke laman rumah. Memikirkan nasib dan masa depan Manis.

Entah bagaimana lah nasib gadis kecil itu nanti. Siapa yang akan menjaganya? Dimanakah tempat Manis berteduh nanti? Selamatkan tempat itu nanti?

"Baguslah. Malam nanti dia nak merantau jauh." Putera Han berasa lega apabila mendapat tahu yang Manis bakal dibawa ke Rivendel malam nanti. Sekurang-kurangnya, dia tahu Rivendel adalah negara yang tidak berperang seperi Marvis pada ketika ini.

"Boleh tak... Kalau kita biarkan je Manis dengan Sekar dan Ahmad?" Kata Bunga perlahan. Merenung Putera Han dengan penuh harapan.

"Kau tahu kan pengakhiran Sekar dan Ahmad macam mana?" Putera Han merenung lama anak mata milik Bunga.

"Kita tolong diaorang. Kalau Sekar dan Ahmad tak nak lari, kita boleh selamatkan diaorang. Kita halang Rumpin." Kata Bunga memberi cadangan.

Baru sahaja Putera Han mahu membalas, suara wan kedengaran menyampuk dari belakang. Bunga pandang tubuh wan yang berdiri di muka pintu itu.

"Wan dah cakap, takdir Sekar dan Ahmad memang tak dapat diubah. Macam mana pun kauorang buat, memang tak akan terjadi apa-apa. Sudah tertulis, nyawa Sekar dan Ahmad berakhir sebegitu. Jangan sesekali lakukan perkara yang berbahaya, atau nyawa kalian boleh hilang di sini." Keras suara wan memberi amaran.

"Apa maksud wan?" Bunga menyoal tidak faham. Mana mungkin dia dan Putera Han akan mati di dalam mimpi. Kalau mati pun, hanyalah di dalam mimpi. Bukan di dunia nyata.

"Mimpi kalian bukan mimpi biasa. Mimpi yang membawa ke masa lalu. Makna kata, pada masa ini, kalian betul-betul wujud di Marvis. Kalian berdua tak boleh cedera ataupun mati di sini. Kelak, di sana pun kalian akan mendapat nasib yang sama. Jika kalian mati di sini, tubuh kalian di sana, akan terpisah dari jasad. Jadi... Lebih penting untuk lindungi nyawa kalian daripada lindungi nyawa orang yang terang-terang akan mati."

Terang wan panjang lebar. Anak matanya adakala berubah jerih dan kemudiannya kembali berwarna hitam. Berganti-ganti seolah-olah sedang meramal sesuatu.

Bunga menelan liurnya kesat. Dipandang wajah Putera Han yang serius itu. Tiada sebarang suara terbit dari bibir lelaki itu.

"Lindungi Manis. Itu sahaja yang kalian boleh lakukan. Jangan biarkan Manis terluka ataupun mati." Sambung wan lagi.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now