MIMPI 69

1.9K 88 1
                                    

Jendela yang terbuka luar membuatkan langsir ditiup angin sepoi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jendela yang terbuka luar membuatkan langsir ditiup angin sepoi. Beralun-alun langsir membuatkan si bayi yang sedang terbaring di dalam katil bayi melepaskan tawa suka.

Bunga yang baru sahaja menyusun lipatan baju ke dalam almari, menoleh ke arah katil bayi. Bibirnya menarik senyum tatkala suara si anak memasuki gegendang telinga. Suka betul dengar suara itu ketawa, tawa kecil itu ibarat sebuah lagu untuk dirinya.

Putera Al-Nuqman Yafi' bin Putera Al-Nurhan.

Sebaris nama indah itu diberikan buat cahaya mata mereka yang kedua. Al-Nuqman bermaksud kebaikan dan kenikmatan manakala Yafi' pula bermaksud mulia dan dihormati.

"Nuqman... Apa yang seronok sangat tu, sayang?" Soal Bunga seraya mendekati katil bayi. Semakin riuh tawa Nuqman tatkala wajah si ibu menghiasi mata. Jikalau tadi dia terbaring tenang di dalam katil bayi, kini tidak lagi. Tangannya sudah menggawang-gawang meminta diangkat keluar dari katil bayi.

"Kejap mama angkat awak." Ujar Bunga seraya mengangkat Nuqman keluar dari katil bayi. Tubuh yang baru berumur enam bulan itu didukung lalu dibawa ke tepi jendela. Membiarkan Nuqman terkena angin petang.

"Sayang..."

Bunga menoleh. Bibir serta merta melebar apabila Putera Han muncul dari sebalik pintu bilik tidur mereka. Matanya terpejam sesaat tatkala bibir Putera Han menyentuh lembut dahi miliknya.

"Yaya mana?" Tanya Bunga. Hairan juga anak gadis mereka itu tidak muncul. Selalunya ada saja gadis kecil itu mengikut langkah Putera Han kemana-mana.

"Dia tengah tunggu dekat bawah. Saya dah janji nak bawak dia pergi tengok midnight. Nak ajar dia tunggang kuda sekali. Itu yang seronok sangat tu." Cerita Putera Han kepada Bunga. Kedua belah pipi Nuqman yang berada di dalam dukungan Bunga dicium pula.

Kening Bunga berkerut.

"Nak ajar tunggang kuda? Boleh ke? Kalau jatuh nanti macam mana?" Risau pula Bunga. Yara itu baru sahaja menginjak ke angka tiga. Masih lagi kecil. Kaki pun tak sampai nak naik atas belakang kuda.

Putera Han tergelak melihat kegusaran si isteri. Bahu Bunga dipeluk dari tepi dan seraya itu mereka berdua melangkah keluar dari tempat beradu.

"Tak adalah ajar tunggang betul-betul. Dia naik sekali dengan saya nanti. Tak nak bagi dia kekok dengan kuda sangat. Nanti takut bila besar dia tak biasa dengan kuda."

Bunga mengangguk faham. Nafasnya dihela lega. Ingatkan Putera Han nak ajar Yara tunggang kuda betul-betul tadi. Langkah mereka berdua semakin menghampiri pintu utama istana. Dari jauh, Bunga sudah dapat melihat tubuh pendek milik Yara di luar.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now