• A S L A N • 3️⃣4️⃣

1.5K 95 27
                                        

Hujung minggu itu, Saffaraz membawa keluarga Hud sebagai wakil untuk merisik Elrah.

Kedatangan mereka disambut mesra oleh Superintenden Aminuddin dan Puan Faridah. Di ruang tamu yang dihias rapi, bau aroma kopi bercampur dengan kek pandan yang baru keluar dari ketuhar memenuhi udara.

"Jemput masuk," Superintenden Aminuddin mempersilakan dengan senyuman ramah, tangannya memberi isyarat ke sofa empuk berwarna krim.

 Selepas berbincang panjang, akhirnya mereka sebulat suara memutuskan, Saffaraz dan Elrah akan disatukan dua bulan dari sekarang.

Namun, ada cerita yang lebih menarik di sebalik keputusan itu. 

Flashback

"Ayah, El nak bincang sikit dengan ayah boleh?" Elrah memunculkan diri di ruang tamu, wajahnya tampak serius. 

Superintenden Aminuddin yang sedang membaca buku, menutup buku perlahan-lahan sebelum membuka kaca mata. "Bincang apa, El?" Soalnya, buku di letakkan di atas meja.

Elrah duduk bertentangan, menyilangkan kaki. "Kalau boleh... El tak nak bertunang dengan Saffaraz. El nak terus kahwin je." Selepas dia menghabiskan ayat, telinganya tiba-tiba dipulas dari belakang. 

"Amboi, amboi, amboi. Dah gatal sangat nak bersuami sampai tak nak bertunang!" Puan Faridah muncul entah dari mana, dengan pantas memulas telinga Elrah.

"Aduh, ma! Sakitlah!" Elrah cuba meleraikkan tangan Puan Farida dari telingannya, namun tidak berjaya.

"Lepaskanlah anak tu, Ida. Kita dengar dulu apa alasan El," tegur Superintenden Aminuddin.

Puan Faridah melepaskan pulasan di telinga Elrah, tapi wajahnya jelas masih geram. "Ini mesti sebab dia dah tak sabar nak kahwin," tebak Puan Farida, dia melabuhkan punggung di sisi suaminya.

Elrah menggosok telinganya. "Ish, mama ni... Cubit macam nak tertanggal telinga El," adunya.

"Apa sebabnya kamu tak nak bertunang, El?" Soal Superintenden Aminuddin, nada suara tenang.

"Bertunang ni buang duit je, ayah. Lagipun akad nikah yang penting," bersungguh-sungguh lagak Elrah berbicara. Walhal dia sendiri tak berapa nak tahu tujuan bertunang, maklumlah diva celup.

Puan Faridah mengetap bibir. "Apa pula tak penting! Bertunang tu proses untuk kenal antara satu sama lain, El."

"El rasa tak perlu semua tu. Lagi cepat kahwin, lagi baik." Nada Elrah sedikit mendesak, tangannya bergoyang ke kiri dan ke kanan tanda tidak setuju. "Dua bulan dari sekarang, El nak terus kahwin je."

Mata Puan Faridah membulat. "Apa gelojoh sangat kamu ni, Elrah?!"

Elrah melutut di hadapan orang tuanya. Tangan kanan menggenggam tangan ayahnya, tangan kiri mengenggam tangan mamanya. Matanya memandang mereka bersilih ganti.

"Benda baik tak elok ditangguhkan. Betul tak, ma, pa? El yakin dua bulan cukup untuk kita buat persiapan. Kalau tak sempat, kita buat akad dulu."

Puan Faridah memandang suaminya, memberi isyarat supaya membuat keputusan. Superintenden Aminuddin menarik nafas dalam. "El dah berbincang dengan Saffaraz?"

Elrah tersengih menampakkan gigi. "Belum lagi, tapi El janji El akan pujuk dia nanti!"

"Budak ini..." Puan Farida beristighfar panjang, dadanya di urut lembut.

Tak tahu la perangai siapa yang Elrah ikut.

End flashbback

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang