1 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

2.6K 68 4
                                    

       KAKINYA melangkah perlahan . Baju kurung pink cair yang tersarung di badannya mebuatkan dirinya berasa lebih ayu . Banyak mata yang memerhatikan pengerakkannya namun dia hanya mempedulikan perkara tersebut . Wajah dihiasi dengan make-up natural . Sesekali dia tersenyum manis apabila ada pelajar yang menyapanya dan memberikan salam .

Terasa ada yang memanggilnya di belakang . Dia menoleh dan serentak dengan itu dia tersenyum manis melihat kawannya yang berlari anak ke arahnya .

    "Kau tak dengar ke aku panggil dari tadi , wahai cikgu Hannisya Saffiya" keluh Aya sambil memuncungkan bibirnya .

Dia dengan Aya sudah lama berkawan baik sejak sekolah menengah lagi . Persahabatan mereka kekal sehinggakan mereka berdua menjadi cikgu di sekolah yang sama .

Hannisya hanya tersenyum seperti kerang busuk .

  "Alaaa kau ni pun nak buat muncung itik bagai . Dah jom aku belanja breakfast" Hannisya merangkul bahu kawannya .

   "Haa kalau yang ni aku suka" Muka Aya terus berubah menjadi excited . Manakan tidak ada orang hendak belanjanya .

  "Argh kau ..." Hannisya tergelah melihat telatah Aya yang dibuat .

Mereka berdua menuju ke kantin untuk menikmati sarapan sebelum mereka menjalankan tugas sebagai guru .

♡♡♡

      "KAU NAK PERGI TAK HOLIDAYS NI ?" soal Aya sambil memakan nasi gorengnya . Pada hujung minggu ini , semua guru ada menjalankan aktiviti bercuti bersama - sama di Terengganu dan banyak lagi tempat yang ditujui .

Hannisya berfikir sejenak mengenai perkara yang ditanyakan oleh Aya .

Hannisya hanya mengangkat bahu sahaja .

  "Kau pergi tak ?" soal Hannisya kembali .

  "Kalau kau tak pergi , aku pun tak nak pergilah . Nanti aku tak ada geng tahu tak ?!" kata Aya sambil menyuap nasi goreng masuk ke dalam mulutnya .

  "Tulah siapa suruh kau jadi introvert terlebih" Hannisya mengelengkan kepalanya . Sudah lali dengan perangai malu sahabatnya . Malu tidak bertempat . Jika dengan dirinya , elok pula tunjukkan perangai gila dia .

  "Eish mana ad-" percakapan Aya terhenti apabila melihat Zafriel mendekati meja makan mereka .

  "Hye Cikgu Hannisya dan Cikgu Aya" Aya hanya menjulingkan matanya ke atas melihat Zafriel yang berdiri tegak di sebelahnya .

  "Can i seat here ?" soal  Zafriel lembut kepada Hannisya .

Jujur dia berkata dia sudah lama meminati Hannisya . Sudah puas dia mengunakan segala teknik buayanya untuk mengurat Hannisya namun Hannisya sedikit pun tidak memandangnya .

Hannisya hanya memberikan senyuman nipis sebelum mengangguk . Tidak sampai hati untuk tidak membenarkan Cikgu Zafriel duduk semeja dengannya .

Tersenyum manis Zafriel apabila Hannisya membenarkannya duduk sekali .

Zafriel terus duduk di sebelah Hannisya . Hannisya terus bangun dan duduk di sebelah Aya . Sebenarnya dia tidak selesa apabila ada lelaki yang duduk di sebelahnya .

  "Ehem !" Aya mendehem untuk menghilangkan rasa janggal yang menyeliputi dirinya .

  "Sya ! Kau kata kau nak ambil kertas latihan kau kan ? Aku rasa bilik cetak tu dah bukalah sekarang" ajak Aya untuk tidak bentah untuk duduk semeja dengan  Zafriel .

  "Ouh aku lupalah . Jom . Kau dah habis makan dah kan ?" soal Hannisya . Aya hanya mengangguk kepala .

  "Cikgu Zafriel , saya minta diri dulu ya" Hannisya meminta diri dengan sopan .

Belum sempat Zafriel menghalang , Hannisya dan Aya sudah berjalan laju meninggalkannya di meja makan seorang diri .

  "Shit ! Lari lah sepuas hati kau nanti aku akan pastikan kau milik aku Hannisya Saffiya !" tangan kirinya mengempal penumbuk lalu dihentak perlahan di meja perlahan .

♡♡♡

          "UNTUNGNYA ORANG TU DAPAT BUNGA PAGI-PAGI NI" baru sahaja Hannisya masuk ke dalam ruang bilik guru . Kedengaran cikgu-cikgu lain sudah mengusiknya kerana di atas mejanya mempunyai sejambak bunga ros . Hannisya tersenyum malu lalu pergi ke arah mejanya .

  "Orang yang sama lagi ?" soal Aya yang berdiri di sebelah Hannisua yang sedang mencium bauan harum dari bunga ros itu .

   "Aku rasa yes sebab tulisan yang sama" Hannisya menunjukkan kad yang terselit di bunga ros itu .

'keep smiling my beautiful lady because your smile very expensive '

from :

H

Tersenyum Hannisya membaca kad itu .

  "Siapa yang hantar ni eh ?" Aya mengetuk dagunya kerana dia ligat memikir siapakah gerangan yang selalu menghantar bunga ros HARI-HARI yaaaa ...

   "Entah aku tak tahu tapi aku suka"

  "Aku nampak macam orang psiko je Sya . Seram kiteeee" Aya menyusun bukunya memandang mejanya dengan meja Hannisya hanya bersebelahan .

Hannisya hanya menilik jambakan bunga itu tanpa henti .

  'Who are you , Mr Flowers ?' desis Hannisya di dalam hati . Sebenarnya dia sudah jatuh hati kepada pengirim bunga tanpa mengenali siapa dia . Kalau hendak mengatakan Zafriel yang menghantar bunga kepadanya ,  jauh sekali kerana dia tidak tahu bunga apa yang disukai oleh Hannisya dan Zafriel juga hanya seorang yang lebih suka berkata-kata .

hallu welcome reader ❤

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now