70 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

233 17 1
                                    

BANG !

BANG !

BANG !

Suasana menjadi sangat kecoh kerana berlaku penembakkan antara anak buah Haizel dan juga anak buah Nicolas yang tidak ramai kerana sudah dibunuh terlebih dahulu oleh anak buah Haizel yang menyusup masuk ke dalam dengan senyap .

Nicolas hanya memerhati peperangan itu daripada atas . Sudah dia jangka perkara ini akan berlaku . Jangan kejutkan harimau yang sedang tidur tapi dia tidak pedulikan itu .

BAM !

Haizel masuk ke dalam bilik Nicolas . Tetapi lelaki itu berlagak tenang dengan memasukkan kedua tangan ke dalam poket dan melihat peperangan itu .

Nicolas tersenyum sinis melihat susuk tubuh Haizel yang terpancar pada cermin itu . Haizel sedang menghalakan senjata ke arahnya . Dia memusingkan badannya menghadap Haizel .

"Hye Haizel . Ready for fight ?" tanya Nicolas dengan nada yang mesra . Langsung tiada ketakutan terbit di wajahnya . Malah dia hanya senyum lebar .

"Dah lama aku ready untuk bunuh kau ." balas Haizel dengan dingin . Melihat Nicolas di hadapan dia terbayang bagaimana dia menyeksa isterinya . Bibirnya diketap dengan kuat . Dia akan balas benda itu !

"Ouhh takutnya kita ." perli Nicolas sambil menutup mulutnya dengan kedua tangan .

"Okey okey . Aku tahu kau memang dah tak sabar nak berlawan dengan kau bukan ? Tapi kalau kita bagi warm up sedikit apa salahnya . Enjoy your show ." Nicolas bergerak ke sofa yang tersedia di dalam bilik dan melabuhkan punggungnya . Tangan didepakan dan direhatkan pada badan sofa itu .

Serentak dengan itu , ada 10 orang anak buah masuk ke dalam bilik Nicolas dan mengepung Haizel dari pelbagai arah .

Haizel ketawa sinis . Dia sudah agak agenda Nicolas .

"Pengecut ." kata Haizel pada Nicolas .

"Oh no . This is a present for my brother ." balas Nicolas . Kakinya disilang .

Haizel mengelengkan kepalanya perlahan sebelum mengangkat tangannya ke atas dan membuat isyarat .

"Kau buat apa tu ?" soal salah seorang anak buah Nicolas dengan kasar .

"Aku lipat lengan baju . Takkan dah goyang ?" Haizel buat-buat seperti sedang membetulkan lengan bajunya .

"Tak payah lipat . Nanti aku potong terus ." balas lelaki itu lagi .

"Jangan yakin sangat . Takut tak sempat bergerak , kau dah ada dekat alam lain ." Haizel melemparkan senyuman nipis . Tangannya perlahan-lahan gerak ke belakang . Dibuat-buat seperti ingin meregangkan badannya .

"NOW !" kata Haizel dengan kuat .

BANG !

BANG !

BANG !

BANG !

Kesemua anak buah Nicolas tumbang dengan sekelip mata . Haizel menembak anak buah Nicolas dengan Glock tersisip di tepi pinggangnya . Selebihnya Joe yang menembak dari atas .

Nicolas pada mulanya agak terkejut . Dia berdiri tegak dari duduknya .

"Well I appreciated your present for me but so weak ." Haizel mencebikkan bibirnya .

"Like your wife . Oh sorry your late wife . Kau tahu sejak aku culik dia , dia melawan . Maafkan aku berkasar dengan dia tapi bila dia melawan tu aku terliur tengok dia ." Nicolas berkata dengan sinis . Bibirnya tidak lekang dengan senyuman .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now