HANNISYA tidak senang duduk apabila Nicolas dapat memberikan tumbukan padu di rahang Haizel sehingga dia terundur ke belakang . Haizel meludahkan darahnya ke tepi sebelum .
Haizel mengacah Nicolas dengan memberikan penumbuknya tetapi kakinya lebih cekap menyepak kuat betis Nicolas . Tidak cukup dengan itu , Haizel memberikan tendangan padu di sisi kepala lelaki itu .
"Lincah macam dulu . Tapi aku lebih hebat dari kau" Nicolas yang tidak berpuas hati terus membalas serangan Haizel dengan bertubi-tubi . Tangannya tidak lenguh untuk menumbuk lengan Haizel yang menghalang wajahnya dari terkena tumbukan itu .
Haizel yang sudah muak dengan serangan Nicolas . Dia merendahkan sedikit tubuhnya sebelum membanting tubuh Nicolas dengan tubuhnya .
Mata Hannisya terkelip- kelip melihat Haizel menggunakan teknik yang sama sepertinya tadi .
Nicolas memejamkan matanya sekejap melawan rasa sakit . Mahu tak sakit dia kena hempas dekat jalan tar tahu tak ?
Tidak terlepas di situ , Haizel naik ke atas badan Nicolas dan memberikan tumbukan padu di wajah Nicolas .
Nicolas mengangkat kakinya dan menyepak tubuh belakang Haizel serta menolak tubuh lelaki itu jauh darinya .
Nicolas pantas bangun berdiri semula . Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya . Mata Hannisya membulat melihat Glock yang dipegang oleh Nicolas
"No !" Hannisya memijak kasar lelaki yang memegangnya sebelum menyiku rahang lelaki itu ke atas .
Hannisya berlari laju sebelum dia berpusing 360 darjah menyepak tangan Nicolas yang memegang Glock itu .
Nicolas mendesis perlahan apabila tangannya disepak dengan kuat .
Ternganga terus 4 jejaka itu melihat skill Hannisya berlawan .
"Bapak ganas . Seram kita wak" Jayden memeluk tubuhnya . Dia dapat merasakan aura yang lain .
Macam ...
Mrs.Alpha .
"Don't you dare to touch my husband" dingin sahaja Hannisya berkata . Sama seperti Haizel . Hurm eloklah tu laki bini .
"Ouuu so sweet and suprising" Nicolaa membuat muka gediknya .
Hannisya menjulingkan matanya ke atas .
"Wanna fight with me , beautiful lady ?" cabar Nicolas sambil mengangkat keningnya .
Hannisya memandang Haizel yang berada di belakangnya . Haizel mengangguk perlahan . Hannisya pula tersenyum nipis sebelum melabuhkan ciuman di pipi Haizel .
Terus kejung tubuh Haizel . Perlahan-lahan dia memegang kesan ciuman hangat Hannisya . Bibirnya mengukir senyuman manis .
Menyempat eh ?
"Aku rasa aku kena kahwin cepat-cepatlah . Tak sanggup dah aku tengok aksi-aksi tidak munasabah ini" Jayden terus memeluk tubuh Rayyan yang berada di sebelah .
Rayyan terus menepis kasar badan Jayden .
"Gelilah bodoh" Rayyan menepuk kepala Jayden .
Jayden memuncungkan bibirnya sambil mengosok kasar belakang kepalanya .
Hannisya membuka langkahnya dan mengisyaratkan 'maju' pada Nicolas .
Nicolas pantas menyerang dengan memberi penumbuk . Cekap sahaja Hannisya mengelaknya dan dia memegang tangan Nicolas lalu dikepakkan ke belakang .
Nicolas yang hendak menyepak tubuh Hannisya terhenti apabila kakinya ditembak .
BANG !
Membulat mata Hannisya melihat darah membuak-buak keluar dari kaki Nicolas . Terus dia lepaskan tangan Nicolas yang sudah terduduk di atas jalan tar .
"That's enough for today" Haizel memeluk tubuh Hannisya lalu dibawa ke dakapannya . Sebenarnya yang tembak kaki Nicolas adalah dia kerana dia dapat menyangka tindakan lelaki itu terhadap isterinya .
"Bawa dia" Haizel memberi arahan kepada Rayyan . Laju sahaja lelaki itu memegang lengan Nicolas dengan kasar dan dihumban masuk ke dalam keretanya . Diikuti sengsn yang lain . Meninggalkan pasangan sejoli ini di jalan raya yang kosong .
Deruman kuat kereta Adrian berbunyi sebelum berlalu pergi dari situ .
"Are you okey , little wifey ?" soal Haizel kepada Hannisya yang berada di dalam dakapannya .
Hannisya hanya mengangguk kepalanya . Matanya meliar memandang sekeliling yang dipenuhi dengan mayat berlimpangan .
Hannisya mengerutkan dahinya apabila Haizel bertindak untuk menutup matanya .
"Jangan tengok nanti sayang tak boleh tidur" bisik Haizel hangat di telinga Hannisya berserta dengan kucupan lembut di cuping telinga itu .
Hannisya hanya akur . Di dalam hatinya , dia sangat bersyukur kerana tiada apa-apa terjadi antara mereka berdua .
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...