15 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

659 37 0
                                    

           HANNISYA mengurut sedikit kakinya yang terasa lenguh kerana memakai kasut tinggi sepanjang majlis sandingnya tadi . Dia dan Haizel sudah merancang ingin melakukan majlis sanding sehari selepas hari nikah . Majlisnya dipenuhi dengan kenalan Haizel dan Hannisya .

Hannisya segak mengenakan dress kembang berwarna biru laut yang dihiasi dengan manik - manik yang bertaburan di sepanjang dress itu . Rambutnya pula disanggul ala-ala princess serta sisi rambutnya dibiarkan terjuntai . Manakala Haizel pula segak mengenakan tuxedo berwarna putih .

"Kenapa ni sakit ke sayang ?" soal Haizel sambil melutut di hadapannya .

Haizel membelek kaki Hannisya dan mendapati belakang kakinya sudah terluka .

"Sayang tunggu kejap okey ?" Haizel mencium dahi Hannisya sebelum pergi .

Tidak sampai beberapa minit ,  Haizel muncul membawa plaster di tangan kanan dan secawan air di tangan kirinya .

Haizel menyuakan cawan itu kepada Hannisya. 

Haizel melutut di hadapan Hannisya dan menarik kaki Hannisya untuk melekatkan plaster di bahagian yang luka .

"Feeling better dear ?" Haizel mengurut perlahan kaki Hannisya .

Hannisya hanya mengangguk kepalanya . 

"Haizel Sya kenapa ni ?" tanya Datin Dhira yang baharu saja muncul .

"Kaki Fiy luka sikit mama." kata Haizel sambil mengurut kaki Hannisya .

"Kalau macam tu , Haizel bawalah Hannisya dalam bilik . Tetamu ni biar mama dengan papa yang handle . Lagipun sikit je ni." ujar Dato' Hazlen yang berada di sebelah Datin Dhira  . Semua tetamu sudah pulang hanya tinggal kenalan rapat sahaja .

"Baik Pa." Haizel mengangguk sebelum menghulurkan tangannya kepada Hannisya .

"Sayang boleh jalan ?" Hannisya mengangguk kepalanya . Tenaganya sudah habis kerana berdiri dari pagi sampai ke petang untuk melayan tetamu .

Haizel terus mencempung tubuh ringan Hannisya apabila menaiki tangga .

"Haizel" terkejut Hannisya . Serentak tangan Hannisya memeluk leher Haizel .

"Kaki sayang sakit kan . Jadi saya angkatlah." kata Haizel selamba .

Pandangan orang lain dihiraukan tetapi Hannisya menyembunyikan wajahnya di dada Haizel .

MALULAH !

Masuk sahaja dalam bilik Haizel meletakkan Hannisya di atas katil sebelum tangannya pergi ke belakang badan Hannisya untuk menarik zip bajunya .

Laju sahaja Hannisya menepis tangan Haizel yang ingin membuka bajunya .

"Awak nak buat apa ni ?" soal Hannisya gelisah .

"Awak rasa ?" Haizel mengangkat keningnya .

Muka Hannisya muka berona merah .

"Saya nak salin baju awaklah sayang." kata Haizel .

Hannisya pantas berdiri .

"Fiy b-boleh buat sendiri."

"Are you sure , beautiful lady ?" Haizel mengelus lembut rambut isterinya .

"Yeahh i'm sure." Hannisya yang ingin berjalan terbantut apabila Haizel secara drastik mengangkat tubuhnya menuju ke arah bilik air .

"Tak salahkan kalau suami isteri mandi sekali." Haizel tersenyum nakal .

"NO !"

vote and comment tau ii ❤ lebiuuu ❤!

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now