RIUH suasana di rumah Datin Dhira dengan kehadiran anak menantunya dan juga 4 jejaka Malaya . Tentang kes Zafriel sudah 2 minggu berlalu . Luka dan lebam di wajah Hannisya sudah semakin pudar kerana dijaga rapi oleh doktor peribadi iaitu Doktor Haizel Hans . Hari ini semua berkumpul di rumah Datin Dhira kerana membuat bbq . Tapi Laura tidak dapat menyertai mereka kerana dia sudah melanjutkan pelajarannya di UiTM Pahang .
Tersenyum Hannisya apabila melihat Haizel mengipas ayam bakar . Suami kita nampak hotlah sekarang ni .
"Sya macam mana lepas hidup dengan Haizel ? Haizel ada buli Sya tak ?" ujar Datin Dhira yang baru sahaja duduk di sebelah Hannisya .
"Sya bahagia sangat ma . Abang Haizel tu layan Sya macam permaisuri dah" Hannisya gelak perlahan . Kalau diikutkan memang macam permaisuri pun , manakan tidak kalau semua benda Haizel nak buat untuknya . Layanannya juga penuh dengan romantik .
"Syukur mama dengar Sya cakap macam tu . Bukan apa dulu kalau Sya nak tahu Haizel ni la anak mama yang satu-satunya tak reti senyum setiap masa . Ini lepas jumpa dengan Sya , hurm boleh dikatakan setiap hari angau dengan Sya sampai mama pun meluat" kata Datin Dhira sambil ketawa perlahan .
"Ye ke mama ? Kenapa abang jarang senyum ?" tanya Hannisya .
"Sembang apa ni ?" baru sahaja Datin Dhira hendak membuka mulut , Haizel datang mencelah .
"Takada apalah . Ini hal-hal perempuan . Haizel apa tau" cebik Datin Dhira .
Haizel mengusap lembut rambut coklat pekat isterinya .
"Ni mama nak pergi dekat papa lah . Kesian papa seorang-seorang" Datin Dhira terus bangun dan pergi ke Dato Hazlen yang sedang memakan ayam bakar di hujung kolam sana .
"Abangg" panggil Hannisya .
Haizel mengangkat keningnya tanda kenapa .
"Fiy nak tanya something boleh ?" Haizel melabuhkan punggungnya di sebelah Hannisya .
"Tanya apa sayang ?" Haizel memandang wajah ayu Hannisya .
"Janji abang jawab dengan jujur tau" Hannisya membuat jari 'pinky promise' .
Haizel berasa pelik tapi dia tetap membuat jari yang sama .
"Kenapa abang banyak bodyguard ? Lepas tu , kenapa dalam dashboard kereta abang ada pistol ? Fiy terbuka dashboard tu tadi lepas tu Fiy nampaklah" Hannisya mengenggam tangan Haizel .
Haizel tidak terus menjawab malah wajahnya dipalingkan ke hadapan .
"Abangg tak nak jawab ke ?" Hannisya membuat muka seposen . Namun , Haizel hanya menayangkan wajah tegang .
"Ab-"
BOOM !
Hannisya membulatkan matanya kerana terkejut melihat kereta Jayden yang diparking di halaman rumah sudah dijilat api yang marak .
Haizel tidak tunggu lama terus membawa tubuh Hannisya yang kaku masuk ke dalam rumah dan diikuti yang lain .
"Bodoh yang kau letopkan kereta aku pahal ?!" Jayden memegang dahinya yang kian terasa sakit . Dahlah itu kereta kesayangannya .
Zariff yang berada di sebelah mengusap belakang badan Jayden . Dia turut bersimpati akan kereta Jayden .
"Berani gila diaorang attack kita waktu-waktu macam ni" ujar Rayyan .
"Ian situation ?" Haizel memandang ke arah Adrian . Manakala Hannisya pula enak memeluk tubuhnya. Terasa sikit gentar di tubuh gadis itu .
"Positive . Dua orang di bahagian timur dan 5 orang di bahagian selatan . Tiga orang berlindung di semak berhampiran dengan pukul 11 . Kita dikepung" cekap Adrian memberi maklumat .
"Bodyguard ?" tanya Rayyan . Setahu dia bodyguard di rumah Dato Hazlen agak ramai . Kira-kira ada 20 orang semua sekali .
"Die" ujar Adrian apabila melihat mayat berlimpangan di atas jalan raya di luar sana .
"All of them ?" Rayyan bertanya lagi .
Adrian mengangguk kepalanya .
"Sayang look at me . We don't have a time . Follow mama now !" Haizel merungkaikan pelukan Hannisya di pinggangnya dan menolak sedikit gadis itu kepada Datin Dhira .
Haizel memandang Datin Dhira dengan pandangan penuh berharap untuk menjaga Hannisya dengan baik .
"Mama you know what you want to do , right ?" tanya Haizel .
Datin Dhira mengangguk sebelum mengheret lengan Hannisya untuk mengikutinya ke ruang dapur .
Hannisya hanya akur walaupun dia sedang keliru apa yang telah terjadi .
Sampai sahaja di ruang dapur , Datin Dhira terus menolak dinding dan terdapat satu ruangan rahsia di dalamnya .
Tangan Hannisya ditarik masuk ke dalam sebelum Datin Dhira menutup pintu itu kembali .
"Duduk sayang" Hannisya terus duduk di sofa yang tersedia di ruangan ini .
Matanya meliar ke sekeliling . Bilik ini dilengkapi dengan CCTV dan juga pelbagai alat elektronik yang lain .
"Mama ini bilik apa ? Kenapa Sya tak pernah nampak pun ?" tanya Hannisya kepada Datin Dhira yang sedang menaip sesuatu di telefonnya .
"Ini bilik rahsia sayang . Bila ada orang jahat , kita yang perempuan akan masuk ke dalam bilik ni" Datin Dhira mengusap sedikit rambut Hannisya .
"Tapi apa yang jadi mama ? Kenapa orang jahat datang sini ? Diaorang nak apa mama ?" bertalu-talu soalan diajukan oleh Hannisya .
Datin Dhira menghembuskan nafasnya sebelum dia berkata .
"Diaorang nak Sya"
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...