SELEPAS SEBULAN ( AKAD NIKAH ) :
HANNISYA menahan rasa gemuruh yang semakin memberat di dalam hatinya . Dia nampak terlihat lebih anggun apabila dia mengenakan tudung bawal berwarna putih dan dipadankan dengan baju nikah berwarna putih serta make-up yang sangat natural menambahkan lagi keayuannya .
Hannisya melihat dirinya di dalam cermin . Bagai tidak percaya kerana dia memakai tudung menambahkan lagi kecantikannya yang sedia menyerlah .
"Fuhhh letopss beb . You punya muka memang berseri-seri . Cantik sangat I tengok." kata mak andam , Sally sambil menepuk tangannya .
Aya muncul di sebelahnya dengan senyuman lebar .
"Kejap lagi sahabat aku ni nak jadi bini orang dah . Kau kalau ada suami jangan lupakan aku tau." rajuk Aya dengan wajahnya sengaja disebikkan .
"Elele mengada . Kau pun nanti kalau kahwin dengan Ace jangan lupakan aku juga." usik Hannisya .
Aya sudah sah menjadi tunang kepada Ace dua minggu yang lepas . Hannisya adalah orang yang paling happy apabila kawannya sudah bertunang .
Tersipul-sipul Aya dibuatnya .
"Cantiknya anak ummi hari ni." Puan Hasnah memeluk anaknya dan mencium sekilas kepala Hannisya.
"Aii hari ni je cantik ? Sebelum-sebelum ni tak cantik ke?" Hannisya mengangkat kening .
"Yang tu lain . Ni seri bakal pengantin." kata Puan Hasnah .
"Ummi Sya , kita dah kena pergi ni kalau tidak lambat nanti." ujar Aya .
Hannisya bangun dan bergerak ke arah pintu .
♡♡♡
"AYA AKU NERVOUS GILA NI." kata Hannisya dengan perlahan . Hatinya sudah berdebar-debar apabila Haizel sudah duduk dihadapan tok kadi dan sudah siap sedia untuk melafazkan akad .
Aya mengusap tangan lembut Hannisya untuk menenangkannya .
Masjid yang indah ini menjadi saksi dua hati pasangan sejoli ini menjadi satu dalam ikatan yang sah .
Sengaja Haizel memilih untuk melafazkan akad di masjid . Katanya biar ada feel . Haa begitulah...
"Rilex Sya . Nanti make-up kau cair macam mana ? Dah lah mahal . Bukan kau yang kena salam tok kadi." kata Aya yang berada di sebelah Hannisya .
Hannisya menjeling Aya sekilas .
'Kau tunggu masa kau nikah nanti.' Hannisya gelak jahat di dalam hati .
Suasana menjadi senyap apabila tok kadi ingin memulakan majlisnya .
"HAIZEL HANS BIN DATO'HAZLEN" suara Tok Kadi menjadi kuat apabila menggunakan mic .
"SAYA" jawab Haizel dengan tenang .
"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN HANNISYA SAFFIYA BINTI ABDULLAH MAS KAHWIN SEBANYAK RM 2000 TUNAI RINGGIT"
"AKU TERIMA NIKAHNYA HANNISYA SAFFIYA BINTI ABDULLAH MAS KAHWIN SEBANYAK RM 2000 RINGGIT TUNAI"
"SAH ?"
"SAH !"
"SAH ?"
"SAH !"
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...