SELESAI sahaja dia makan malam , Hannisya terus keluar dari rumah dan duduk di pangkin . Jangan risau di pangkin ini , NekMa sudah memasang lampu jadi tiada masalah dia duduk di sini . Lagi pula , suasana dia malam hari tidak sunyi mana kerana ada yang balik surau dan sebagainya . Entah mengapa hatinya berasa begitu resah . Resah memikirkan Haizel . Kedua tangannya digenggam erat .
Air mata mengalir tanpa dia sedar . Semakin lama semakin banyak air matanya yang keluar . Dia rindu Haizel !
Satu tangan melingkari pinggangnya menyebabkan tubuh Hannisya menjadi kaku .
"Shh don't crying , my little wife" bisik suara itu di telinganya membuatkan Hannisya berpaling ke belakang dan
BENAR !
Haizel duduk di belakangnya sambil tersenyum manis .
"Assalamualaikum isteri abang . Miss me , princess ?" Haizel mengangkat keningnya melihat mata Hannisya masih lagi tertacap di wajahnya .
Terlopong mulut Hannisya bukan kerana dia terkejut Haizel ada di sini eh tapi adalah sedikit tapi lebih kepada terpegun melihat penampilan Haizel yang sangat-sangat lain .
Rambut dipotong kemas dan rapi . Kalau tak silap nama style rambut ini adalah comma hair . Wajahnya bebas daripada misai ataupun janggut . Sangat menyerlahkan ketampanan milik seorang Haizel Hans . Tambah lagi mata jenis hunter berwarna hazel . Dirinya juga memakai jaket kulit berwarna hitam dan seluar senada dengan jaket kulitnya . Perfect !
"Dah puas tenung abang ?Do you like it my new style , babygirl ? Diaorang cakap abang kena ubah penampilan abang sebelum datang jumpa dengan sayang . Takut sayang tak boleh bezakan mana abang dengan orang gila ." Haizel mengusap lembut wajah Hannisya . Dia perasan matanya Hannisya sedikit sembam dan merah . Pasti kesayangannya ini kuat menangis .
Hannisya yang tersedar terus menundukkan wajahnya . Dia serba-salah tapi dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dengan Haizel .
Haizel memaut dagu Hannisya untuk memandangnya . "Janganlah tunduk . Abang nak tengok muka isteri kesayangan abang ni"
"Awak nak apa datang sini ?" dingin suara Hannisya menyapa pendengaran Haizel .
Haizel menarik senyuman senget .
"I miss my little wife"
Hannisya mencebik dan terus menghamburkan tangisannya .
Haizel senyum nipis sebelum mengangkat tubuh ringan Hannisya ke atas ribanya . Dia memeluk tubuh itu dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya .
"F..Fiy ben...ci a..abang" tersedu-sedan Hannisya berkata . Tangannya menumbuk dada Haizel berkali-kali .
"Shh take it easy , princess" Haizel mengusap lembut belakang badan Hannisya . Terasalah juga tumbukan Hannisya tapi dia hanya membiarkan sahaja .
Lama Hannisya menghamburkan tangisannya di ceruk leher Haizel . Lelaki itu pula hanya membiarkan Hannisya dalam keadaan begitu . Ada kala dia akan mencium lembut ubun-ubun si isteri dan cuba memujuknya .
Hannisya mengelap air matanya dengan kedua tangannya .
"I hate you" dengus Hannisya dengan geram .
Ternaik kening Haizel . Tadi bukan main menangis macam budak kecil sekarang berubah jadi dingin balik . Tak apa itu biasa bagi perempuan . Kan ?
"Hurm benci tapi suka duduk atas riba abang . Macam mana eh ?" Haizel senyum . Mengusik . Sampai naik gila dia rindukan budak ketot seorang ni .
![](https://img.wattpad.com/cover/356092288-288-k37252.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romansa【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...