HANNISYA berjalan perlahan-lahan untuk mendekati Haizel yang sedang asyik mengoreng ayam . Dari mula mereka berdua tiba di rumah , Haizel terus duduk di dapur dan mengarahkannya untuk naik membersihkan diri . Hannisya hanya akur .
"Abang" Hannisya memeluk tubuh sado Haizri dari belakang .
Haizel hanya beriak biasa . Tidak terkejut dengan sergahan Hannisya .
"Abang ni bagilah ada reaction sikit . Ini tak diam je" omel Hannisya dari belakang . Dia melekapkan kepalanya di badan Haizel untuk menghidu bau badan si suami .
"Abang kenapa diam je ni ?" berkerut dahi Hannisya apabila Haizel hanya diam membisu .
Haizel memusingkan tubuhnya sebelum dia mengangkat tubuh Hannisya duduk di atas kabinet .
"Abang are you okey ?" Hannisya mengusap lembut rahang tajam si suami .
Haizel diam tanpa suara sambil memandang tepat ke arah Hannisya .
"Don't leave me sayang . I begging you" ucap Haizel tiba-tiba sebelum dia memeluk tubuh Hannisya .
"Bila masa pula Fiy nak tinggalkan abang ni ?" rambut Haizel diusap lembut .
Haizel tidak menjawab malah dia makin memeluk erat tubuh Hannisya seakan tidak membenarkannya dia pergi .
Lama mereka begitu sehinggalah ....
"ASTAGA DEKAT DAPUR PUN NAK BUAT MAKSIAT KE DEY ?!" Jayden berkata kuat sambil menutupnya dan juga mata Zarif yang berada di sebelah .
Hannisya segera menolak tubuh Haizel tetapi sia-sia tidak melepaskannya .
"Kau cemburulah tu . Orang suruh kahwin tak nak" perli Rayyan .
"Bukan aku tak nak kahwin tapi aku tak berkenan dekat perempuan nak buat macam mana" Jayden mengangkat bahunya . Tidak ada lagi perempuan yang menambat hatinya . Sedihnya hidup .
"Cis memilih sangat" ejek Zarif .
"Sudah jangan kacau oranglah . Jom pergi depan" ajak Adrian . Tangannya dimasukkan ke dalam poket .
"Abang" Hannisya mengangkat wajah Haizel yang berada du dadanya . Muka Hannisya tidak usah dikatakan lagi memang merah habis selepas terkantoi dengan 4 jejaka itu .
"Kenapa tiba-tiba abang jadi macam ni ? Abang sakit kepala ke ?" risau Hannisya apabila Haizel diam sahaja selepas mereka masuk ke dalam rumah .
"Kalau nanti ada apa-apa jadi dekat hubungan kita , janji dengan abang yang sayang akan terus percayakan abang"
Hannisya senyum nipis .
"Fiy janji Fiy akan percayakan abang walaupun nanti rumah tangga kita diuji dengan orang ketiga" Hannisya mengangkat tangan kanannya separa bahu .
"I love you so much sayang" Haizel melabuhkan ciumannya di dahi putih bersih Hannisya .
"I love you too abang" Hannisya turut mencium dahi Haizel .
"Eh kejap" hidung Hannisya mula mengesan sesuatu yang hangit .
"ABANGGG AYAM KITA HANGIT !" kata Hannisya kuat sambil menunjuk ke arah kuali yang sedang berasap .
Haizel pula sudah gelabah mengangkat ayam yang sudah bertukar menjadi hitam .
Hannisya yang tak mampu menahan tawa terus terburai melihat muka sedih Haizel .
"Sayangg" cebik Haizel apabila Hannisya sakan mengetawakannya .
"Tak apalah biar Fiy yang goreng ayam ni" tawar Hannisya .
"Abang teman sayang" Haizel memeluk tubuh Hannisya dari belakang yang sedang memasukkan ayam yang belum digoreng .
🦋🦋🦋
"KENAPA KORANG BODOH SANGAT HA ?! AKU SURUH TEMBAK KERETA LAHANAT TU PUN SUSAH KE !" jerkah seorng lelaki yang rambutnya diikat ke belakang . Di hadapannya pula , ada dua orang lelaki yang sedang menundukkan kepalanya .
"Maaf tuan . Kami tak boleh nak tembak kereta dia sebab dia terlalu handal" jawab salah seorang lelaki .
"Korang memang tak boleh pakai" serentak lelaki kejam itu menembak kedua lelaki di bahagian kepala .
BANG !
BANG !
Lelaki itu mengelap tangannya dengan kain hitam yang tersedia di situ .
"Haizel....Haizel...Kenapa kau liat sangat nak mampus" kata lelaki itu seorang diri .
Seketika dia ketawa dengan kuat sebelum mencampak pisau dan terpacak tepat di gambar Haizel .
Lelaki itu mengeluarkan telefon pintarnya untuk mendail nombor seseorang .
"Aku nak kau cari isteri dia sampai dapat" lelaki itu tersenyum sinis .
![](https://img.wattpad.com/cover/356092288-288-k37252.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...