HAIZEL merenung wajah Hannisya yang sedang memeluk tubuhnya . Terbit rasa menyesal apabila dia tidak mengetatkan keselamatan mereka dan memandang remeh pada Nicolas . Sungguh dia tak sangka Nicolas sanggup bertindak begini akibat sifat tamak akan kekayaan .
Entah berapa kali air matanya mengalir pada hari ini . Dia cuba berlagak kuat di depan anak-anak buah dan juga rakan-rakannya walaupun hakikatnya dia lemah . Bidadari dia diculik dan dibunuh . Haizel meraup mukanya sekali .
"Haizel ." seru Rayyan setelah membuka pintu .
Haizel mengalihkan pandangannya pada Rayyan .
"Kita dah nak sampai . Get ready ." maklum Rayyan sebelum berlalu pergi . Ya , mereka semua sudah dalam perjalanan menyerang Nicolas yang berada di tengah laut dengan menaiki kapal persiaran milik Haizel . Kenapa dia beli ? Sebab dulu dia giat dalam dunia hitam . Mereka cekap mengendali serangan daripada laut .
Kawan-kawannya berkeras untuk mengikuti dalam misi ini walaupun sudah dilarang banyak kali oleh Haizel . Cuma Ace tidak dapat menyertai mereka kerana Haizel mengarahnya untuk duduk di rumah Dato Hazlen . Takut-takut ada serangan berlaki di sana lagipun dia ada isteri . Kalau Ace terkorban takkan Aya nak terseksa macam dia ?
Gambar Hannisya diletakkan kembali di tempat asal . Haizel bangun dan meregangkan tubuhnya . Kakinya dihayun keluar daripada bilik .
Terlihat semua anak buahnya kehulu-kehilir berlari . Bersiap sedia untuk menyerang .
Haizel berjalan ke arah meja yang tersedia pelbagai senjata di atas . Tangannya senjata yang menjadi pilihannya adalah MP9 , Glock , pisau kerambit dan juga beberapa bom diletakkan rapi di vest bulletproof tadi .
Seterusnya , Haizel pergi ke tempat yang sedikit tinggi . Mic dihidupkan .
"Aku nak terima kasih dekat kauorang semua sebab sanggup korbankan diri untuk ikut aku dalam misi ini walaupun kita dah lama tak buat kerja macam ini bukan ? Seperti yang semua tahu target kita adalah Nicolas , adik angkat aku .Tepat pada pukul 4 pagi , aku nak letopkan kapal tu . Set jam sekarang ." usai Haizel berkata , rata-rata anak buahnya tunduk dan setting jam di tangan .
Salah seorang anak buah Haizel mengangkat tangannya .
Haizel mengangguk kepalanya .
"Kalau ada tembusan ?" Nicolas juga terkenal dengan perdagangan manusia di negara jiran .
"Save them . Aku hanya nak Nicolas dan anjing-anjing dia sahaja ." jawab Haizel .
"Bein Master !"
♡♡♡
HAIZEL melompat ke dalam kapal dan menundukkan diri setelah dia menaiki ke kapal dengan cangkuk . Begitu juga dengan Adrian , Rayyan , Zariff dan Jayden . Mereka menundukkan sedikit badan dan berjalan laju ke arah tempat persembunyian .
"We're in , master ." suara Joe kedengaran di earpiece yang dipakai setiap orang supaya mudah berkomunikasi .
"Carry on and follow our plan ." arah Haizel . Dirinya mengeluarkan MP9 dan dihalakan ke hadapan .
"Find that bastard ." 4 jejaka hanya menganggukkan kepalanya . Mereka perlahan-lahan menaiki tangga untuk ke tingkat atas .
Jayden yang perasan ada musuh terus mengeluarkan pistol yang ditembak musuh tanpa mengeluarkan bunyi . ( adalah pistol jenis macam tu tapi halamak lupa lak )
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...