30 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

2.7K 106 1
                                    

        HAIZEL menumbuk leher pihak lawan sebelum orang itu terkulai layu . Matanya tajam melihat sekeliling nampaknya tidak ramai musuh kali ini . Tiba-tiba dia menangkap satu figura yang sangat dikenali sambil memegang riffle di muka pintu utama .

"GET DOWN !" jerit Haizel sebelum dia berlindung sebalik meja . Mujurlah perhiasan di rumah Dato Hazlen ini ada yang kalis peluru .

Adrian menendang tubuh pihak lawan dan terus melompat ke belakang sofa untuk berlindung . Jayden terus menarik tubuh Dato Hazlen yang berdekatan dengannya berlindung di sebalik dinding manakala Zariff dan Rayyan melompat ke belakang sofa .

TRETTTTTTTT !

"Aaarghhhh" pihak lawan yang tidak sempat menunduk terus mati apabila riffle itu menembak rabang .

TRETTTTTTTTT !

Habis segala perhiasan di rumah Dato Hazlen pecah apabila mengenai peluru riffle itu . Jejaka itu terus mencampak senjatanya ke tepi .

"Good night Dato'Hazlen dan juga anak terbangsat kau , Haizel Hans" santai sahaja lelaki itu berkata sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar seolah-olah tidak membuat satu pun kesalahan .

"I'm sorry to bothering you , Dato but you know me , right ? Kenapa buat makan-makan tak ajak aku sekali ?" Nicolas berkata seumpama berjauhan hati . Wajahnya juga dicebikkan .

Haizel mengenggam tangannya membentuk buku lima . Terasa ringan sahaja tangannya hendak menghayun di muka lelaki itu . Namun dia harus bertenang dalam situasi begini .

Haizel bangun dan berjalan ke arah Nicolas yang sudah berada di tengah ruang tamu .

"Oh Haizel . Tahniah atas perkahwinan kau . Aku dengar bini kau cikgu . Boleh tahan cantik juga ya dia tu . Jaga dia ketat-ketat ya kalau dapat dekat aku , aku takkan lepaskan" Haizel mengetap rahang tajamnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nicolas .

"Jangan sesekali kau sentuh bini aku" mata helang Haizel menikam tajam wajah Nicolas .

"Bini kau mesti tak tahu kau siapa kan ? Kalau dia tahu mesti dia tinggalkan kau" sinis sekali Nicolas berkata . Matanya memandang wajah Haizel dengan pandangan sangat jelek .

"Kau nak apa datang sini ?" Haizel berkata dalam nada tertahan .

"Saja . Melawat musuh abadi aku . Lagipun lama kita tak berjumpa kan" Nicolas memeluk tubuhnya .

"Berambus" Wajah Haizel usah dikatakan lagi memang sudah sedia tegang .

"Macam ni ke kau layan tetamu ?" Nicolas sedikitpun tidak berganjak dari tempatnya .

"Woii lahanat . Berani kau letopkan kereta aku" jerkah Jayden yang muncul bersama dengan Dato Hazlen .

"Opss sorry do Jay . Aku tak tahu pula tu kereta kau" kata Nicolas dengan nada yang sengaja menyakitkan hati Jayden. 

"Okeylah dah lah malam pun semakin lewat . Aku balik dulu ya ? Maaflah ya atas kekecohan aku buat tadi tu" selesai berkata Nicolas terus berlalu pergi bersama orang kanannya .

"Papa tak sangka Nicolas boleh berubah sampai begitu sekali" ujar Dato Hazlen . Sedih hati tuanya melihat perubahan lelaki yang dia pernah sayanginya itu .

Haizel tidak berkata apa terus berjalan laju ke arah dapur . Dinding rahsia itu ditolak dan menampakkan susuk tubuh Hannisya sedang dipeluk oleh Datin Dhira . Pasti gadis itu dalam ketakutan .

"Abanggg" Hannisya terus berlari  ke arah Haizel lalu terus peluknya erat bagai tidak mahu lepaskan .

Haizel mengucup ubun-ubun isterinya .

"Are you hurt , sayang ?" Haizel memangut dagu Hannisya supaya memandangnya . Kelihatan mata gadis itu sudah merah dan berair .

Hannisya mengelengkan kepalanya . Dia merebahkan kembali kepalanya di dada sasa lelaki itu . Entah mengapa dia berasa sangat tenang dan juga selamat ketika di samping lelaki itu .

"Mama okey ?" soal Haizel .

Datin Dhira membuat isyarat 'okey' lalu dia terus berlalu pergi meninggalkan pasangan tersebut .

"Sayang" panggil Haizel . Masih tiada tanda-tanda untuk Hannisya mengangkat mukanya .

"Hey . What's wrong with you , sayang ?" Haizel mengusap lembut rambut coklat gelap Hannisya .

"Abang betul ke Fiy dalam bahaya ? Semua ini jadi sebab Fiy ?" soal Hannisya .

"Who say ? Selagi Fiy ada dengan abang , tak ada siapa boleh sentuh , Fiy . Abang janji" ujar Haizel dengan penuh kasih sayang .

"Janji ?" Hannisya membuat 'pinky promise' dan Haizel menyambutnya .

"ABANG !" jerit Hannisya.  Mukanya turut berubah menjadi pucat .

"Kenapa sayang ? Sayang ada sakit dekat mana-mana ke ?" kelam-kabut Haizel bertanya sambil menilik tubuh Hannisya dengan pandangan mata .

"Lengan abang berdarah" cebik Hannisya . Mukanya juga turut berubah menjadi sedih .

"Hey abang okeylah sayang . Tak sakit mana pun . Abang dah biasalah sayang" Haizel cuba untuk menenangkan Hannisya . Kalau tidak nanti adalah budak tu menangis satgi .

"Dah jom kita pergi ke depan" Haizel mengenggam tangan Hannisya lalu menarik gadis itu untuk mengikutinya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now