18 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

625 38 0
                                    

              TANGAN Hannisya ligat membancuh air sarsi untuk mereka semua yang sedang berada di pangkin . Tengah hari tadi pak saudara Haizel membawa banyak buah-buahan untuk dicicah petang hari . Sudah masuk hari yang ketiga mereka bercuti di kampung ini .

Ayu memerhati sekeliling . Hanya mereka berdua sahaja . Bagus !

Ayu menarik lengan Hannisya dan menolaknya dengan kasar sehingga gadis itu jatuh ke lantai .

"Huh lembik . Macam manalah Haizel boleh terpikat dengan kau . Dah lah tak tahu halal haram" kutuk Ayu sambil memeluk tubuh .

Hannisya bangun dari jatuhnya dengan tenang sebelum dia membuat kerjanya yang tergendala .

"Kau ni pekak ke ?" Ayu menarik bahu Hannisya untuk menghadapnya .

"Kau nak apa ?" soal Hannisya dengan malas . Tiada mood untuk bertengkar .

PANG !

Terkedu Hannisya apabila pipinya ditampar oleh Ayu .

Ayu gelak sinis .

"Jauhkan diri kau dengan Haizel sebelum aku buat benda lagi teruk" ugut Ayu .

BUSHH !

Terlopong mulut Ayu apabila air sarsi yang dibuat oleh Hannisya tadi selamat disimbah di mukanya .

"Kau-"

PANG !

"Tak gu-"

PANG !

Pecah hujung bibir Ayu apabila terkena penampar sulung Hannisya .

"Jangan ingat aku diam . Aku lemah . Aku boleh jadi lebih jahat kalau kau nak . Kalau kau kacau Haizel , aku akan pastikan lidah dan jari kau kena potong" kata Hannisya dengan dingin .

"Kurang ajar punya perempuan" tengking Ayu sambil menarik rambut Hannisya. 

"ARGHHH !" jerit Ayu apabila ditendang oleh Hannisya.  Dia terus jatuh terjelepuk di sisi dapur .

"Aku dah cakap jangan kacau aku . Kau tak faham bahasa ke ?" jerkah Hannisya balik .

Pantang sungguh dia apabila orang menarik rambut dan melempang pipinya .

"Hannisya Saffiya !" panggil Haizel dengan tegas .

Hannisya yang membelakangi Haizel terus berpaling .

Terlihat semua saudara berada di muka pintu untuk melihat keadaan .

"Abang Haizel tengok isteri abang ni . Ayu tak buat apa pun dia tiba-tiba lempang pipi dengan simbah air dekat Ayu" adu Ayu sambil menangis teresak-esak . Dia memegang lengan Haizel .

"Really ?" Hannisya memandang Ayu dengan tajam . Dia meleraikan pegangan Ayu di lengan suami dan terus ditolak tubuh Ayu jauh dari suaminya .

"Bini aku tak gila nak lempang orang sesuka hati" balas Haizel sambil mengusap pipi Hannisya yang kian memerah .

"Apa jadi sayang ?" tanya Haizel .

"Fiy tengah bancuh air lepastu dia tarik dan tolak Fiy sampai jatuh . Lepas tu Fiy bangun buat air balik dan dia terus lempang muka Fiy . Fiy simbah air dekat dia dan lempang muka dia balik . Lepas tu dia ugut F-"

"Kau tipu . Kau pembohong . Pandai kau menipu putar belitkan cerita . Aku elok je duduk diam deakt situ" potong Ayu .

"Nak nafikan apa lagi ?" Ace terus turun dari tangga . Sempat dia melihat aksi Hannisya . Niatnya untuk pergi ke tandas tetapi Ayu terlebih dahulu menyerang Hannisya. 

"Diam kau" jerkah Ayu .

"Aku saksi dari awal sampai akhir aku tengok korang berdua . Dan sempat juga aku dengar kau ugut Sya jangan dekat dengan Haizel" kata Ace dengan tenang .

"Kau lempang bini aku ?" Haizel maju ke arah Ayu .

Ayu mengundur kerana Haizel sedang menahan amarah .

PANG !

Sekali lagi pipi Ayu ditampar namun bukan Haizel yang menamparnya tetapi NekMa yang menampar gadis itu .

"Aku tak pernah ajar cucu aku jadi perampas" jerit NekMa .

"Kau balik rumah kau ! Sekarang !" halau NekMa dengan tegas .

Ayu membentakkan kakinya . Dia melanggar bahu Hannisya dengan kasar sebelum dia tersungkur apabila Hannisya menyelit kakinya .

"Seri" Hannisya terus berlalu ke atas dan memasuki bilik .

"Kau apa-apakan bini aku lagi . Siap kau !"  Haizel memberi amaran sebelum mengikuti langkah Hannisya .

Terketar-ketar tangan Ayu apabila ditengking oleh Haizel . Jejaka itu tidak pernah marah atau menengkingnya sebelum ini .

Laju sahaja Ayu berlari keluar dari rumah besar NekMa .

Semua saudara yang berkumpul di dapur terus beredar dan menuju ke pangkin kembali .

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

      "PRINCESS" panggil Haizel . Masuk sahaja bilik Hannisya terus meminum air sejuk dan memakan coklat . Masam sahaja mukanya . Itulah salah satu cara untuk Hannisya Saffiya menenangkan perasaan marahnya .

Haizel duduk di sebelah Hannisya.

"I'm so sorry because i can't protect you and you get a hurt because of me" Haizel mengusap pipi Hannisya dengan lembut . Wajah Hannisya tidak terluka tapi pipinya saja yang memerah . Haizel mengucup pipi Hannisya yang merah itu .

"It's not your fault . So stop blaming yourself" keluh Hannisya.  Apa yang dia buat sehingga gadis itu boleh menamparnya .

Haizel mencium pipi Hannisya berkali-kali sebelum dia menarik Hannisya ke dalam dakapannya .

"Abang janji abang akan jaga Fiy elok-elok" Hannisys menjarakkan diri mereka .

"Abang ?" Hannisya menyengetkan sikit kepalanya .

"Start from now call me 'abang' . No more 'awak saya' if not i will kiss you" Haizel mengenyit matanya .

Hannisya tidak tahu memberikan reaksi apa tapi dia gembira .

"Aw-"

CUP !

Haizel pantas mencium pipi Hannisya dan apabila Haizel memerhatikan bibirnya terus dia menyumbat coklat ke dalam mulut Haizel .

"Jangan nak mengatal" Hannisya menjeling sekilas .

"Balik dari kampung ni , abang bawa sayang pergi rumah abang" tangan Haizel mengusap lembut tangan kecil isterinya .

"Baiklah abangku sayang" Hannisya tersenyum kecil .

"By the way isteri abang ni ganas juga . Ingatkan lembut je" Haizel berkata .

"Apa tengok tanganlah" Haizel mencebik. 

"Kecil je" Haizel menilik tangan Hannisya .

"Ish !" Hannisya menarik tangannya dengan laju dan berpeluk tubuh .

Haizel ketawa .

please vote dan comment ya 💗

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now