66 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

196 11 0
                                    

  "ABANG !"

"ABANG TOLONG FIY !"

"AARGHHH !"

Suara Hannisya berlenggar-lenggar di dalam kepala Haizel . Haizel mengerutkan dahinya dan membuka matanya tapi dipejam kembali kerana agak silau . Perlahan-lahan matanya dibuka kembali .

Haizel mengamati sekelilingnya .

Hospital .

Dia bencikan tempat ini . Drip air dicucuk pada kekura tangan dipandang .

Pintu dibuka dari luar , Haizel mengharapkan Hannisya tapi yang masuk adalah Ace , Adrian , Jayden , Rayyan dan juga Zariff dengan wajah yang sunggul dan ada juga yang berwajah tegang .

"Kau dah bangun ." ujar Rayyan . Dia mengambil gelas yang berada dia kabinet sebelah katil lalu dia menuang air ke dalam gelas dan dihulurkan pada Haizel .

Haizel menyambut huluran Rayyan dan diteguk air itu . Terasa lega tekaknya apabila dia minum .

"Lama ke aku tak sedarkan diri ?" gelas yang sudah kosong dihulur  kepada Rayyan . Matanya melihat tubuh kawan-kawannya yang lebam dan ada juga terluka .

"Dah tiga hari ." jawab Adrian yang melabuhkan punggung di sofa . Dia merehatkan kepalanya . Lenguh terasa .

"Mana bini aku ?" mereka semua tidak menjawab .

Haizel mengerutkan dahinya . "Kauorang dah pekak ke ? Mana bini aku ?"

Haizel duduk di atas katil sambil memandang tajam ke arah mereka yang lain .

"JAWABLAH !" kata Haizel dengan kuat . Dadanya berombak dengan ganas .

"Nicolas ." satu nama yang meniti di bibir Jayden membuatkan tubuh Haizel terasa lemah .

"Kitaorang tak sempat selamatkan princess . Musuh terlalu ramai ." keadaan pada ketika itu menjadi kelam-kabut apabila datang lagi 3 buah biji kereta . Nasib mereka selamat melarikan diri .

"Kitaorang tak ada pilihan ." sambung Zariff pula .

Lama Haizel mendiamkan dirinya . Kepalanua digeleng-gelengkan banyak kali .

"Tak . Aku tak boleh duduk dekat sini ." kekura tangannya yang dicucuk drip dicabut begitu sahaja . Kepalanya masih berpusing tapi dia gagahkan diri untuk bangun daripada katil .

"Haizel kau tak sihat lagi-"

"Isteri aku lagi penting . Aku tak nak Nicolas cederakan dia ." potong Haizel dengan laju percakapan Adrian .

"Kau baru je sedar Haizel . Rawat diri kau dulu ." nasihat Rayyan pula .

"Isteri aku kena culik . Yang bangsat tu culik ISTERI AKU LAH SIAL !" suara Haizel menjadi keras .

"Jangan halang aku ." sejurus berkata Haizel terus keluar dari bilik wadnya .

Adrian mengurutkan dahinya . Terasa pening pula . Bukan diaorang tak cuba mencari keberadaan Hannisya tapi langsung tiada clu yang mereka dapat . Bila mereka cuba mengodam GPS yang berada di rantai Hannisya sudah tiada . Mungkin dimusnahkan ?

♡♡♡

             "SAYANG TAK RINDU DEKAT ABANG KE ?" Haizel mengusap bingkai gambar Hannisya yang sedang tersenyum manis . Sudah dua minggu dia mencari Hannisya tapi masih tidak dijumpai . Dirinya tidak dapat ditenangkan selagi tidak menemui Hannisya . Ibubapa dan juga mak mertua sudah tahu akan hal ini . Dato Hazlen juga sudah mengerahkan tenaga orang-orang suruhannya untuk mencari menantunya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now