26 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

534 20 0
                                    

         AYA yang baru sahaja ingin memasuki bilik guru tidak jadi kerana melihat seorang lelaki yang elok sedang duduk di tempatnya .

Dengan dahi yang berkerut , Aya maju ke arah mejanya .

"Ehem" Aya berdehem .

"Hello my beautiful honey" Ace menayang senyuman manis ke arah tunang kesayangannya .

"Awak" hampir melompat melihat Ace yang berada di depannya . Sudah seminggu mereka tidak bertemu kerana Ace terpaksa bergerak ke Amerika Syarikat untuk menguruskan syarikatnya di sana .

"Awak bila balik ni" mata Aya terus bersinar .

"Saya baru je balik honey . Ni yang saya pergi ke sini . Nak ajak tunang cantik saya ni pergi makan" kata Ace .

"Jom . Lagipun saya free hari ni" kebetulan pula hari ini dia tidak membuat kelas tambahan untuk muridnya .

"Jom" Aya mengemas mejanya sebelum dia menolak kerusinya .

Ace membantu Aya untuk membawa buku dan laptop Aya .

"Macam mana hari ni ? Okey ? Ke ada orang kacau awak honey ?" tanya Ace sambil mengangkat keningnya .

"Aish siapa je nak kacau saya kalau bukan awak" Aya senyum manis . Sebenarnya memang ada seorang cikgu praktikal lelaki yang baharu masuk kerap mengajaknya makan . Puas dia menolak tetapi cikgu lelaki itu tetap tak faham bahasa .

  "Kalau nanti kita dah kahwin , awak berhenti jela kerja . Saya ni lebih dari mampu tau" Ace mencebik .

"Aip saya ni tak boleh tinggallah anak murid saya" Aya membuat ayat sedih .

"Yelah cinta hatiku . Janji nanti kahwin awak tak abaikan saya sudah" kata Ace .

"Hurm boleh dipertimbangkan" Aya mengangkat bahu .

"Amboi budak ni . Tunggulah kita kahwin nanti tahulah saya buat apa" Aya menjelirkan lidahnya . Dia melajukan langkahnya ke hadapan .

"Aip honey wait for me" Ace mengejar langkah Aya yang sudah jauh di hadapan .

Aya semakin laju melangkah meninggalkan Ace di belakang .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now