59 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

255 13 2
                                    

                  SUDAH dekat 5 hari Hannisya menghilangkan diri tanpa berita . Mereka yang lain sudah mencari keberadaan Hannisya namun tidak ditemui . Masakan Puan Hasnah pun tidak tahu Hannisya berada di mana . Ayden pula sudah terbang ke Amsterdam sejak dua minggu lepas .

Haizel sudah seperti mayat hidup . Wajahnya pucat kerana tiada tenaga disebabkan hilang selera makan . Dia hanya termenung di dalam bilik . Dia lebih suka menyendiri .

Adrian , Rayyan dan Ace berjalan masuk ke dalam rumah Haizel . Sejak dari hari pertama Hannisya hilang ,  mereka yang lain menetap di sini untuk memantau Haizel . Risau jika Haizel bertindak di luar kawalan .

"Macam mana ?" soal Jayden yang duduk di sofa bersama Zariff .

Ace mengeleng . Mereka bertiga sudah mengelilingi tempat-tempat yang disukai Hannisya tapi tiada . Jayden dan Zariff pula cuba mengesan lokasi Hannisya melalui telefon . Tapi Hannisya lebih bijak , dia terus mematikan telefon itu .

Jayden mengeluh .

"Mana lagi kita nak cari dia ni ? Kawan kita ni dah macam mayat hidup aku tengok ." ujar Zariff sambil menutup matanya .

"Aya takkan tak tahu Sya pergi mana ?" tanya Jayden .

Ace mengeleng . "Semua tempat Hannisya suka pergi tak ada ."

"Kalau aku pun takkan pergi tempat aku suka pergi dalam situasi ni ." Rayyan mengapai keropok di atas meja lalu dibuka .

Semua memandang ke arah Rayyan yang selamba sahaja memakan keropok .

"Kalau aku , aku akan pergi tempat yang tak ada orang pun tahu . Senanglah aku nak hilangkan diri dekat sana" jelas Rayyan .

Adrian mengangguk setuju dengan kata-kata Rayyan . "Ada betul juga apa yang kau kata tu"

"Tapi dekat mana ?"

Semua diam memikirkan jawapan bagi soalan Ace .

"ARGHHHH !"

Jeritan dari tingkat atas mengejutkan mereka . Tanpa menunggu masa , mereka terus berlari laju ke arah bilik Haizel . Bimbang dengan keadaan Haizel .

Tombol pintu dipulas oleh Ace tapi ia terkunci .

"Shit ! Dia kunci"

"Tepi" Adrian menendang pintu itu sekuat hati .

Pintu terbuka , mereka yang lain terus masuk . Tergamam melihat keadaan bilik yang sudah seperti tongkang pecah .

Haizel pula sedang menumbuk cermin yang sudah berkecai .

Adrian dan Rayyan pantas menghalang tindakan Haizel dengan memegang erat tangan Haizel yang sudah dipenuhi dengan darah .

"Kenapa dia tinggalkan aku ?" teresak-esak Haizel berkata . Lemah . Ini perasaannya ketika ini .

Adrian mengeluh perlahan .

"Dia tak tinggalkan . Dia cuma pergi tenangkan diri je , Haizel" Ace mengusap belakang Haizel sambil memberi kata-kata positif .

Haizel mengelengkan kepalanya . Air matanya semakin banyak keluar .

"A...aku cintakan dia . Aku tak pernah curang"

"Itu semua perangkap perempuan tu"

"Aku janji dengan kau yang aku akan cari perempuan tu sampai dapat tapi sekarang kau tak boleh macam ni . Sampai bila kau nak biarkan Sya lari ? Dia tak tahu apa-apa , Haizel . Dia tertekan . Dia salah faham ." ujar Adrian sambil menepuk bahu Haizel .

"Find her , bro . Bagi dia tahu perkara sebenar ." Rayyan turut memberi kata-kata semangat kepada Haizel .

"Ta..tapi dia bencikan aku ." sekali lagi esakan Haizel pecah .

"Aku tak rasa Sya bencikan kau . Dia cuma tertekan masa tu . Kau tak ingat waktu kau kena belasah dengan Nicolas ? Dia beria bertarung dengan Nicolas demi kau" kata Jayden . Dia tersenyum nipis . Tidak yakin Hannisya boleh membenci Haizel kerana ini semua salah faham .

Tangisan Haizel terhenti . Perlahan-lahan dia bangun berdiri .

"Aku akan cari dia"

Mereka yang lain sudah tersenyum melihat rakannya sudah seperti ada semangat kembali .

"Yeahhhh ! Haizel Hans is back guys !" sorak Zariff .

"Macam ni lah kawan aku ." Ace memeluk bahu Haizel .

Haizel tersenyum nipis . Dia berjalan keluar dan mendekati bilik yang selari dengan biliknya . Bilik obsesi dia terhadap Hannisya .

"The real of obsession" getus Zariff apabila melihat dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar Hannisya .

Haizel mengambil laptopnya dan jari-jemarinya menari di atas keyboard dengan laju . Sementara yang lain pula hanya menunggu Haizel menyelesaikan apa yang dia buat .

"Got it" Haizel menarik senyuman sinis .

"Huh ?" Jayden menghampiri Haizel dan melihat apa yang dipaparkan di screen laptop itu . Lokasi Hannisya .

"Macam mana kau boleh detect location dia ?" soal Rayyan . Pelik . Setahu dia Jayden dan Zariff cuba mengesan telefon Hannisya tetapi ia dimatikan jadi tiada sebarang isyarat dipaparkan .

"Her necklace . Aku letak GPS dekat loket dia"

Jayden ternganga luas . "What ? Kenapa kau tak cakap dengan kitaorang ?"

"Dah kauorang tak tanya" balas Haizel selamba . Tangannya mengusap jambang yang tumbuh di wajah .

"Dasar anak anjir" Rayyan menjulingkan matanya ke atas . Sia-sia sahaja mereka mengelilingi satu bandar ni untuk cari Hannisya .

Haizel gelak perlahan .

"Dia...dekat Kedah ? Ada apa dekat sana ?" Adrian meneliti lokasi Hannisya .

"Tempat kitaorang pertama kali jumpa" Haizel senyum nipis . Mengingati memori indah antara dia dan gadis itu .

Zariff mengerutkan dahinya . "Bukan kau asal dari Spain ?"

"Sebelum aku stay dekat sana , aku pernah duduk dekat kampung tu" jelas Haizel . Dia tidak bercerita pun tentang kehidupannya kepada sesiapa sebelum ini jadi kebanyakkan orang tidak tahu kecuali keluarganya sahaja .

"Ni dah ada takkan nak tengok je . Jomlah" ajak Adrian .

"Aku rasa kita gerak dulu . Haizel , kau pergi bersihkan diri eh . Takut sampai sana nanti Sya tak kenal suami sendiri . Macam mayat hidup dah aku tengok" cadang Ace sambil memandang Haizel dari atas ke bawah .

"Hurm betullah tu . Takut Sya tu terpikat dekat aku pula" usik Zariff . Tangannya dibuat seperti membetulkan rambut .

"Trylah kalau kau tak nak hidup lama" ujar Haizel dengan dingin . Wajahnya juga berubah menjadi tegang .

Terus mati senyuman Zariff . "Relax brother . Aku gurau jela" sengih Zariff . Gerun juga dia melihat Haizel seperti ini . Macam pembunuh bersiri pun ada . Tachod kita tau .

Haizel terus melintasi mereka dan bergerak masuk ke dalam biliknya .

"Padan muka kau . Dah tau kawan tu psycho . Main-main lagi" ejek Jayden sambil menepuk bahu Zariff .

"Nak gurau sikit un tak oleh" mulut Zariff memuncung ke hadapan .

"Ada yang kena makan kaki ni kang" desis Rayyan .

"Sudahh . Jomlah kita bergerak ." ajak Ace yang sudah berjalan di hadapan bersama Rayyan dan juga Adrian .

"JOM . MISI MEMUJUK ISTERI HAIZEL ! JENG JENG JENG !"

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now