"GOOD MORNING UMMI ! MAMA!" ujar Hannisya dengan riak gembira . Selepas sahaja subuh , Haizel terus melelapkan matanya dan dia hanya mengikuti suaminya . Sewaktu subuh tadi , mereka semua solat bersama dan diimamkan oleh Haizel .
"Morning dear" jawab Datin Dhira mesra .
"Ada apa-apa Sya boleh tolong ?" Hannisya mengangkat keningnya .
"Sya tolong hidang nasi goreng ni dekat meja makan lepastu Sya panggil diorang semua turun." arah Puan Hasnah .
Tanpa banyak bercakap , Hannisya terus melakukan tugasnya .
Selesai sahaja menghidang , Hannisya menaiki tangga untuk memanggil mereka makan . Dia mengetuk bilik Ayden dan juga Aya .
Masuk sahaja ke dalam biliknya , Haizel terlihat masih tidur dengan lenanya . Hannisya perlahan-lahan duduk di sebelah lelaki itu .
Hannisya mengelus perlahan rambut Haizel .
'Lembutnya' kata Hannisya dalam hati .
"Haizelll...bangunn." ujar Hannisya dengan lembut .
Melihat Haizel yang tidur nyenyak , Hannisya ingin turun ke bawah kerana tidak mahu menganggu Haizel tidur .
Belum sempat dia pergi , ada sepasang tangan memeluk tubuhnya dari belakang .
Haizel mengangkat kepalanya untuk duduk di paha dan terus melekapkan wajahnya di perut kempis milik Hannisya .
Terus kejung tubuh Hannisya dibuatnya .
"Erm" Haizel mengogoi .
"Haizell bangunlah . Mama panggil kita turun bawah." Hannisya mengelus rambut Haizel lembut .
"5 minit ? Kalau kita tak turun pun , mama mesti faham." kata Haizel yang masih melekapkan wajahnya di perut Hannisya .
"Pandailah dia . Bangun pergi tandas lepastu kita turun breakfast . Semua dah tunggu tu." Hannisya merendahkan sedikit badannya lalu melabuhkan ciuman lembut di dahi suaminya .
Tersenyum Haizel .
Haizel bangun dari duduknya , tubuh Hannisya didakap seketika sebelum dia merangkul dengan erat pinggang ramping Hannisya .
"Where my morning kiss , princess ?" Haizel mengeselkan hidungnya di hidung Hannisya .
"Tadi tu dah bagi." Hannisya tersenyum malu .
"Baru satu." Haizel terus mencium kedua pipi , dahi dan juga puncak hidung Hannisya .
"Lambat . Saya ambil sendiri je senang." Haizel mencuit lembut hidung isterinya sebelum berlalu ke tandas .
'Boleh mati kalau macam ni hari-hari' Hannisya mengusap dadanya berkali-kali bagi menenangkan rasa yang bergelora .
♡♡♡
HANNISYA dan Haizel turun tangga bersama sambil berpegangan tangan .
"Tu turun dah pengantin baru kita." cebik Ace . Sejak bila dia datang pun tak tahulah .
"Kau asal datang sini pagi-pagi ? Tak ada rumah ?" Haizel mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ace dan Aya .
"Pengarang jantung aku ada dekat sini." Ace menyenggol bahu Aya .
Aya tertunduk malu . Masih segan dengan lelaki itu walaupun sudah bertunang .
Sebelum Hannisya menarik kerusi , Haizel terlebih dahulu menariknya untuknya .
"Sayang nak apa ? Nasi ke roti ?" tanya Haizel sambil menyelar rambut Hannisya yang jatuh di telinga .
"Roti" pantas Haizel mengambil untuknya . Air kopi juga dituang untuk mereka berdua .
Haizel menyuapkan roti ke dalam mulutnya dan selebihnya dimasukkan ke dalam mulut jejaka itu pula .
Haizel menyeduk sedikit nasi goreng .
"Saya suap awak okey ?" kata Haizel sambil nenghulurkan sudu yang berisi nasi goreng .
Mahu tak mahu , Hannisya memakannya jua .
Tersenyum Datin Dhira dan Puan Hasnah melihat Haizel melayan Hannisya begitu manis .
"Haizel" seru Datin Dhira.
"Ya ma" Haizel mengangkat keningnya . Tangannya sibuk mengelap bibir Hannisya yang ada sedikit cerbisan nasi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya .
"Nanti kita balik kampung nak tak ? Kita jenguk NekMa sekali . Alang-alang tu boleh bercuti dekat sana." cadang Datin Dhira.
"Kampung dekat Pahang ?" Datin Dhira hanya mengangguk .
"Sayang nak pergi tak ?" soal Haizel kepada Hannisya .
"Fiy tak kisah . Janji awak ada." ayat terakhir diperlahankan supaya tidak didengari orang lain tetapi tidak bagi Haizel mendengar semuanya dengan jelas .
Haizel mencium pipi Hannisya sebelum menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut isterinya .
Aya dan Ace buat-buat tidak nampak aksi mereka tadi .
'haih tak hormat betul orang yang tak kawen lagi'
"Kalau macam tu , Haizel ambil cuti lama sikit . Hari Sabtu ni kita gerak." Haizel hanya mengangguk tanda setuju .
sorry kalau kurang sweet 😖 sya baru belajar maaaa 😌❤!
![](https://img.wattpad.com/cover/356092288-288-k37252.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...