SUDAH seminggu berlalu , Hannisya menjalani kehidupannya seperti biasa di mana dia dapat bunga di pagi hari . Zafriel pula langsung tidak mengacaunya semenjak dia pulang dari cutinya . Tapi Hannisya tidak kisah dia lagi suka . Sebut pasal Haizel pula , hanya beberapa kali sahaja Haizel bertanya keadaannya dalam telefon .
"Sya" seru Aya yang baharu sahaja pula dari mengajar kelas 3B .
Hannisya mengangkat keningnya .
"Kau tak pelik ke ?" Kepala Aya pula sudah terjenguk-jenguk mencari seseorang .
"Pelik apa ? " berkerut dahi Hannsiya .
"Cikgu Zafriel berapa hari dah tak datang kerja." kata Aya .
"Kenapa kau rindu ke ?" soal Hannisya mengusik .
"Eish kau ni . Betul-betullah." Aya menyenggol bahunya ke Hannisya .
"HAHA...aku perasan juga tapi biarlah dia . Janji dia tak kacau aku ." Hannisya mengemas buku latihan murid-muridnya kerana sudah hampir waktu tamat sekolah .
"Kau balik dengan siapa ni ?" soal Aya .
"Aku balik dengan kereta aku la . Kenapa ? Kau nak tumpang ke ?" Hannisya memandang Aya .
"Tak payahlah aku bawa kereta hari ni."
"Dah jom balik . Loceng dah bunyi tu." ajak Hannisya .
Aya dan Hannisya pun turun tangga bersama untuk menuju ke kenderaan masing-masing .
"Byee Sya . Jumpa esok" Aya melambaikan tangannya .
"Bye bye" Hannisya membalas lambaian tersebut .
♡♡♡
HANNISYA memandu keretanya dengan cermat . Lagu kegemaran dipasang . Bibirnya digerakkan mengikuti lagu tersebut .
Tiba-tiba satu kenderaan berwarna hitam memotong Hannisya dan berhenti mengejut .
Serentak Hannisya menekan brek dengan kuat .
"Kenapa ni ?" Hannisya heran .
Dua orang lelaki berbadan besar keluar dari van dan menuju ke arah kereta Hannisya .
Hannisya pula tidak sedap hati . Dia menarik gear untuk mengundur . Dua lelaki tadi pun pantas mengejar namun ada sebuah lagi kenderaan menghalang laluannya di belakang kereta Hannisya .
Tak sempat berkata apa-apa , dua orang lelaki tadi pun terus memecahkan tingkap kereta Hannisya dengan kayu besbol .
Hannisya menjerit kuat meminta tolong . Namun apakan daya , tenaga seorang perempuan tidak mampu menandingi tenaga lelaki .
Lelaki tadi pun menekup mulut Hannisya dengan kain dan lama-kelamaan dia pengsan tidak sedarkan diri .
♡♡♡
"BANGUN SAYANG." Hannisya mencelikkan matanya dengan perlahan . Kabur seketika pandangannya . Tangannya pula terikat kemas di kerusi .
"Siapa kau ?" Mata Hannisya mencerlung seorang lelaki yang berada di sebelahnya .
Matanya juga meliar melihat persekitaran . Macam bangunan yang terbiar . Di luar tingkap juga, tumbuhan liar mula menumbuh tinggi .
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...