60 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

858 48 7
                                    

             SEDARI tadi Hannisya tidak lepas merenung sawah padi yang terbentang indah di hadapannya . Pemandangan apabila dia duduk di pangkin ini sangat cantik . Ditambah pula dengan matahari yang hendak terbenam . Suasana juga riuh kerana ada budak-budak yang main berkejar-kejaran di padang , ada yang membawa motor lalu-lalang dan ada juga yang melepak sambil menikmati pemandangan sama sepertinya . Walaupun sebegitu , hatinya masih sakit . Dirinya juga sudah letih untuk menangis .

"Syaa" seru NekMa dari belakang . Dia melabuhkan punggungnya di sisi cucu kesayangannya .

"Ya nek" Hannisya menghapuskan air matanya yang mengalir di pipi lalu memberikan senyuman manis pada NekMa .

"Ni NekMa ada bawa donut coklat dan gula . Kegemaran Sya kan ?" NekMa menghulurkan piring yang terisi donut .

Mata Hannisya terus membulat teruja .

"Terima kasih NekMa" Hannisya mencium sekilas pipi orang tua itu .

NekMa tersenyum lalu mengusap lembut kepala Hannisya ketika cucu sedang enak memakan donut .

"Sya rindukan Haizel ?" soalan daripada NekMa menghentikan kunyahan Hannisya . Air matanya kembali bertakung .

"NekMa tahu Sya selalu menangis setiap malam . Sya selalu cium baju Haizel ." Nekma berkata . Hendak dia memberitahu kepada anaknya tentang Sya tinggal di sini namun dia sudah berjanji dengan Hannisya untuk merahsiakan keberadaaan Hannisya. 

"Sya . NekMa bukan tak suka kamu ada dekat sini tapi Sya tu isteri orang . Tempat isteri sepatutnya di sisi suami Sya . NekMa tak nak cucu NekMa jadi isteri yang nusyuz" sambung NekMa lagi .

Hannisya menundukkan kepalanya ke bawah .

"Tapi Sya tak kuat , NekMa . Hati Sya sakit sangat" serak suara Hannisya kedengaran . Bibirnya diketap menahan esakan daripada keluar .

NekMa menarik Hannisya ke dalam pelukannya . Belakang badan cucunya diusap dengan lembut .

"Walaupun NekMa tak jumpa lagi dengan Haizel tapi NekMa yakin yang dia tak bersalah . Dengar dulu penjelasan dia ya sayang" pujuk NekMa dengan lembut . Memang dia tidak pernah bertemu dengan Haizel kerana sewaktu hari pernikahan dan juga persandingan Hannisya , dia tidak dapat menghadirkan diri kerana dia sedang menunaikan umrah .

Hannisya memeluk erat tubuh NekMa sambil melepaskan tangisannya di bahu orang tua itu .

"Nangislah Sya . Jangan pendam . NekMa nak cucu NekMa yang ceria tu balik" NekMa mengusap lembut belakang kepala Hannisya . Walaupun dia dan Hannisya tidak sedarah tapi dia yang menjaga Hannisya dari bayi sehingga besar dengan penuh kasih sayang .

PIN !

Bunyi hon kereta membuatkan NekMa dan Hannisya berpaling ke belakang .

Ada sebuah kereta BMW warna putih berhenti di halaman rumahnya .

"Sya duduk sini . NekMa nak pergi tengok siapa yang datang tu ." NekMa bangkit dari pangkin dan terus berjalan ke arah kereta itu . Sempat juga dia mengambil penyapu lidinya . Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga . hehe ...

Hannisya mengelap air matanya sambil merenung kembali sawah padi itu . Tidak peduli akan kehadiran orang yang datang itu . Mungkin kawan NekMa .

Seorang lelaki yang tinggi lampai keluar dari kereta dan mendekati NekMa . Diikuti 4 orang lelaki yang baharu sahaja keluar dari kenderaan .

"Assalamualaikum ." Ace itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Nekma .

"Waalaikumsalam" jawab Nekma dengan wajah yang tanda tanya . NekMa menghulurkan tangannya . Pantas Ace , Adrian , Rayyan , Jayden dan Zariff menyalami tangan orang tua itu .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now