"MUMMYYYYYYY !" lantang suara Zariff menjerit bagai nak terkeluar anak tekaknya . Tangan memegang seatbelt sambil mulutnya tak berhenti mengucap . Mukanya sudah pucat seperti mayat melihat gaya pemanduan Hannisya yang sangat ramah dan bertamadun .
"Ya Allahh Sya slow kan sedikit kereta ni" Jayden yang berada di belakang berkata sambil memegang lengan Rayyan dengan kuat . Kalau tidak nanti ada yang melambung kang .
Hannisya senyum gembira . Sudah lama dia tidak memandu kereta . Selalunya Haizel sahaja yang memandu bila dia minta , lelaki itu pasti kata tidak mahu menyusahkannya .
Hannisya cekap memotong lori pasir yang berada di depannya . Ditekan kuat pedal minyak sehingga kenderaan itu mengaum dengan kuat .
"Ya Allah panjangkanlah umur aku" ucap Adrian dengan perlahan . Tangannya memegang erat pemegang yang berada di atas . Mahu sakit jantung apabila dia melihat isteri si Haizel ni bawa kereta .
"Bey saba bey bey rilek bey . Suami mu tak lari Sya oii" Rayyan berkata kuat . Dia cuba untuk bertenang namun dalam keadaan sekarang ni siapa je yang boleh bertenang ?
"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu , wa asyhaduanna muhammadar rasuulullah . Ya Allah aku tak kahwin lagi" Jayden mengucap sambil memejam matanya erat .
Hannisya gelak kecil melihat reaksi sahabat suaminya . Rileklah setakat 190 km/jam is normal , bro ...
Hannisya bertindak untuk memotong kereta yang berada di hadapannya . Arghh dia tiada masa untuk semua ni . Kepalanya sarat memikirkan keselamatan suaminya sendiri .
"Belok mana , Riff ?" tanya Hannisya.
"Kiri" jawab Zariff dengan kuat .
Hannisya pantas memutarkan stereng ke kiri dan menekan sedikit brek membuatkan kereta itu drift sedikit di jalan tar .
"WOHOOOOO DANZA KUDURO !" Hannisya mengangkat sebelah tangannya ke atas .
"ARGHHHHH"
Serentak tubuh 4 jejaka itu melekat di cermin tingkap .
"Aduhh muka aku yang hensem" Zariff mengusap hidungnya apabila terhantuk di cermin .
"SYA LORI BALAK DEKAT DEPAN ! MUMMYYYY !" jerit Zariff sambil menutup mata .
Hannisya kekal tenang dan memasuki kembali lorongnya semula .
Mata Hannisya meliar di sekelilingnya . Kelajuan kereta diperlahankan apabila melihat ada beberapa orang berdiri tegak di atas jalan .
"Allahamdulilah" ucap mereka berempat serentak .
"Memang aku report dekat laki dia nanti" Rayyan mengusap perlahan dadanya menenangkan degupan jantung yang seperti hendak terkeluar .
"Siapa ni ?" soal Hannisya sebaik memberhentikan kenderaanya di hadapan 5 orang lelaki ini .
"Enemy" beritahu Adrian . Dia meregangkan tubuhnya sebelum dia menarik picu Glock 17 yang terselit di pinggangnya .
Hannisya menelan air liurnya . Cuba melawan rasa gementar yang bertandang di lubuk hati .
Tok !
Tok !
Tingkap di belah Zariff diketuk kuat oleh salah seorang lelaki tadi .
Zariff menurun cermin keretanya . Serentak lelaki itu menundukkan sedikit badannya tanda hormat .
Lelaki itu memberi isyarat kepada rakan-rakannya yang lain untuk memberi laluan .
Orang yang berdiri di hadapan kereta mereka berlalu ke tepi memberi laluan kepada mereka semua .
"Jalan Sya" tegas suara Zariff bersuara . Hilang sudah aura penakutnya tadi .
Hannisya tidak berkata apa terua mengerakkan kereta ke depan sehingga ternampak bangunan usang di hadapan .
Hannisya mengerutkan dahinya . Tempat apa pula ni ?
ye ye kita tahu nampak cliche 😥 maafkan saya huhuhu ....
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...