52 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

2.1K 88 2
                                    

DUA BULAN KEMUDIAN : 

             SEPERTI biasa Haizel akan menunggu Hannisya keluar dari kawasan sekolah . Jarum menunjukkan sudah pukul 5:00 petang . Sebentar lagi pasti wanita pujaannya akan muncul . Lupa pula hari ini merupakan hari terakhir bagi pelajar tingkatan 5 kerana sudah berada di penghujung SPM .

Bibir Haizel ternaik sedikit apabila melihat Hannisya berlari anak mendekati anak-anak pelajarnya yang baharu sahaja keluar dari peperiksaan . Muka tidak payah cakaplah memang senyum sampai ke telinga . Ada juga yang memeluk tubuh isterinya dan semestinya pelajar perempuan kalau pelajar lelaki mahu terkubur impian nak ada zuriat ramai .

Dekat pukul 5:30 petang barulah muncul isteri kesayangan dia . Tak pa sayang , abang memang suka berjemur pun tengah-tengah panas ni , kata Haizel di dalam hati .

"Are you done , little wife ?" Haizel senyum manis sambil mengusap lembut pipi mulus milik Hannisya . 

"Dah . Tapi Fiy sedihlah nak tinggalkan diaorang" mata Hannisya berkaca . Menahan air matanya daripada terkeluar .

"Don't cry my baby . It's okey nanti time diaorang ambil result , abang janji abang akan bawa sayang datang sini . Okey ?" Haizel mengusap air mata Hannisya dengan ibu jarinya sebelum menarik Hannisya ke dalam dakapannya .

Sekarang dia mengerti mengapa Hannisya sangat rapat dengan anak-anak muridnya . Mereka telah berjanji antara satu sama lain untuk berjaya dalam peperiksaan besar ini walaupun ada segelintir guru yang memandang rendah ke arah anak-anak murid Hannisya .

Dia juga nampak pengorbanan Hannisya dan juga murid-murid itu setiap hari di mana Hannisya akan membuat kelas tambahan dan habis pada pukul 5:00 petang di hari persekolahan manakala di sebelah malam pula murid-murid itu meminta agar membuat Google Meet untuk mengulang kaji bersama-sama . Pada hari cuti pula , Hannisya akan datang ke sekolah untuk memantau anak muridnya yang datang ke kelas tambahan subjek lain . Boleh dikatakan hampir setiap hari Hannisya akan membuat Google Meet di bilik kerjanya .

"Fiy harap diaorang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ni . Diaorang boleh buktikan diaorang tidak sebodoh yang disangkakan" ujar Hannisya . Penat ? Memang penat tapi ini adalah pertempuran yang terakhir dia di alam persekolahan . 

"Mereka akan dapat tu . Abang percaya . Sayang dah spend lebih 100 hari dengan diaorang untuk ulang kaji subjek Matematik , Sejarah dan Bahasa Melayu sayang tu" Haizel mencuit sedikit hidung Hannisya .

"Abang" panggil Hannisya meleret . Mukanya sengaja dicomelkan . Hannisya mendonggakkan wajahnya ke atas dan meletakkan dagu di dada bidang Haizel .

Haizel tergelak kecil dengan tingkah Hannisya . Adalah tu nak minta apa-apa ni . Eyy comel , aku culik baru tau !

"Ya sayang abang"

"Fiy lapar" Hannisya mencebik .

"Sayang tak makan ke tadi ?" Haizel menaikkan keningnya sebelah .

Hannisya mengelengkan kepalanya .

"Fiy temankan budak-budak tu ulang kaji sampai lupa nak makan" Hannisya menggaru kepalanya sedikit .

"Jangan buat macam tu lagi . Kalau sayang abang ni sakit macam mana ?" risau Haizel .

"Abanglah jaga" Hannisya menayangkan wajahnya .

"Pandailah dia . Jom" Haizel memeluk bahu Hannisya. 

Haizel membuka pintu untuk Hannisya . Ciss walaupun sudah selalu menerima tingkah begini namun Hannisya tetap akan cair .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now