5 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

2K 95 1
                                    

               SUDAH dekat seminggu Hannisya dan Aya berada di Terengganu . Hari ini merupakan hari terakhir mereka di negeri Terengganu . Semua guru telah berbincang untuk mereka tidak mengadakan apa-apa aktiviti pada hari terakhir jadi mereka akan pergi melancong di Terengganu secara berasing-asingan .

  "Kau nak pergi mana lepas ni ?" tanya Aya . Mereka berdua berada di cafe untuk menikmati sarapan .

  "Cari pakwe kut ?" jawab Hannisya selamba .

  "Main-main kau eh . Aku tabuh kau kang." Aya menayangkan mukanya yang garang .

"Garang sangatlah kau ni . Nanti tak ada calon suami baru tau." Hannisya mencebikkan bibirnya .

"Kau google jela tempat yang menarik kat sini." jawab Hannisya senang .

"Helehhh baik aku tak payah tanya kau . Pii dahh." Aya terus menghabiskan sisa makanannya .

"Eh Sya" Aya menepuk tangan Hannisya berkali-kali . Matanya bulat memandang sesuatu yang berada di belakang Hannisya .

"Eh kau ni kenapa ? Tetiba jadi sawan ni." mana tidaknya Aya dari tadi menjuih mulutnya padanya .

"Sawan ngek muu . Tu laki hot yang tolong kau haritu." jelas Aya .

Hannisya terus memandang ke belakang .

Jejaka itu sangat santai dalam pakaian yang hanya mengenakan seluar jeans warna hitam dan kemeja yang disising ke lengan berwarna hitam . Ditambah pula dengam kaca mata yang terletak elok di hidungnya .

Terpana seketika Hannisya melihat kehenseman kaum Adam ini .

Jejaka itu yang perasan akan kehadiran Hannisya terus melangkah ke arah mejanya .

"Arghh pulak . Dia datang sini." rungut Hannisya sambil menundukkan wajahnya .

"Sya aku nak pergi tandas dulu. " ujar Aya yang melihat jejaka tampan itu semakin menghampiri .

"Eh Aya." tak sempat menghalang , laju sahaja rakannya menonong ke tandas .

'Bertuah punya kawan' desis Hannisya di dalam hati .

"Assalamualaikum Hannisya Saffiya." ujar Haizel setelah tiba di meja Hannisya .

"Waalaikumsalam , eh duduklah." pelawa Hannisya manis .

Haizel mengambil tempat duduk di hadapan Hannisya .

"By the way , janganlah panggil nama full saya . Awak panggil saya Sya." ucap Hannisya .

"But can i get permission ? I want to call you 'Saffiya or Fiy' . Can I ?" soal Haizel .

"Kenapa nak panggil nama tu ?" soal Hannisya kembali . Pelik kerana jarang orang hendak memanggilnya dengan nama belakangnya .

"Because it's so special and cute . I guess no one call you with the last name , right ?" kata Haizel tersenyum manis .

"Yelah . Anything for you." Hannisya hanya tersenyum .

Sedar tidak sedar , mereka sudah berborak kosong selama 30 minit .

"Eh kejap , mana Aya ni ?" pelik Hannisya kata nak pergi tandas kejap jer ni dah 30 minit . 'Mana pergi minah ni' getus Hannisya .

Hannisya mengeluarkan telefonnya . Satu mesej sudah terpapar di screen telefonnya .

BESTIE ❤ :

: have fun lah wahai kawan ku ... aku balik bilik dulu 😜.

Bulat mata Hannisya apabila membaca mesej dari kawan baiknya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now