71 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

870 36 1
                                    

              PINTU dirempuh kuat daripada luar sekaligus menyedarkan pasangan itu yang sedang merehatkan diri . Hannisya terkejut terus terduduk di atas katil . Matanya membulat melihat keluarganya masuk ke dalam wadnya . Hampir kesemua ahli keluarganya datang .

"UMMIE !" jerit Hannisya teruja . Dia ingin turun tapi pinggangbya dipeluk oleh Haizel yang masih berbaring .

"Tak payah turun . Kaki sayang sakit lagi kan ?" Haizel mengingatkan Hannisya . Semalam Hannisya ada mengadu padanya tentang kakinya cepat lenguh . Mungkin sebab kekurangan tenaga ?

Puan Hasnah pantas mendakap tubuh anak gadisnya dengan erat . Tangisan mula pecah .

Hannisya mengusap lembut belakang Puan Hasnah bagi menenangkan ummienya .

"Ummie janganlah nangis . Fiy kan dah ada dekat sini . Takmolah sedih-sedih ." pujuk Hannisya . Tangan mengelap air matanya sendiri . Dia gembira dapat berjumpa dengan keluarga semula . Bila dia di sana , dia berfikir dia akan mati di sana tapi Allah SWT panjang umur dia .

"Syukur Allhamdulilah ! Anak ummie selamat ." Puan Hasnah memegang kedua-dua pipi Hannisya lalu dikucup sayang pada dahi gadis itu .

Datin Dhira muncul di tepi mereka . Puan Hasnah memberikan laluan pada Datin Dhira untuk mendekati Hannisya .

"Anak mama ." Datin Dhira memeluk tubuh Hannisya dengan erat .

"Dahlah tu peluk isteri Haizel ." Haizel merengus sambil bangun dari baringnya . Dia duduk di samping Hannisya dan memeluk pinggang gadis itu .

"Mengada betul kamu ni . Badan Sya ni masih lemah lagi , jangan nak buat hal ya ." Datin Dhira memberikan amaran .

"Mana ada Haizel buat apa-apa ." balas Haizel tidak puas hati . Kalau buat apa-apa pun tak salahkan ? Isteri dia juga .

"Macamlah mama tak tahu . Kamu dengan papa kamu sama-sama gatal ." Datin Dhira menjuihkan bibirnya .

"Aiii papa pula yang kena . Dia yang minta kita bagi jela" gelak Dato' Hazlen disahut oleh semua yang berada di dalam bilik itu .

"Mana ada !" wajah Datin Dhira berubah menjadi merah .

"ASSALAMUALAIKUM SEMUA ! PRINCESS ! LAMANYA TAK JUMPA !" kata Jayden dengan lantang .

PAP !

"Aduh ! Papa apa ni ? Main ketuk-ketuk kepala orang . Nanti kalau Jay jadi bengong macam mana ?" muncung mulut Jayden apabila Dato'Hazlen mengetuk kepalanya . Tangannya digosok pada tempat yang diketuk . Huhu ....

"Yang kamu terjerit-jerit macam orang bangang dah kenapa ?" Dato' Hazlen menjengilkan matanya ke arah Jayden .

"Assalamualaikum ." ucap Rayyan sebelum memasuki ke dalam bilik . Dia memandang pelik ke arah mereka yang lain apabila merenungnua seperti hendak makan . Dia ada buat salah ke ?

"Kenapa kauorang pandang aku macam tu ?" Rayyan menggaru belakang kepalanya .

"Jangan perasan boleh tak ? Kitaorang pandang awek cun belakang kau tu ." jelas Zariff sambil memuncung bibir ke arah belakang Rayyan .

Rayyan hanya mencebikkan bibirnya sebelum beralih ke tepi dan berdiri di sebelah Aurell .

"Siapa ni ?" soal Jayden .

"PA aku ." jawab Rayyan . Dia memberi isyarat pada Aurell untuk mengenalkan dirinya .

"Oh saya Putri Aurell Uqaira . Kauorang boleh panggil saya Aurell ." Aurell melemparkan senyuman manis pada semua . Dia bergerak ke hadapan untuk bersalaman dengan Datin Dhira , Puan Hasnah , Aya , Eisray dan juga Hannisya .

"Semoga cepat sihat ." Aurell berbisik pada telinga Hannisya semasa peluk dengan gadis itu . Dia memandang sedikit ke arah lelaki yang duduk di sebelah Hannisya . Wajahnya tegang . Takut pula dia nak pandang lama-lama . Setelah dia selesai bersalam dengan semua , dia berjalan menghampiri Rayyan semula .

"Riff kau pelik tak ?" Jayden bertanya sambil meletakkan lengannya pada bahu Zariff .

"Apa yang pelik ?" soal Zariff balik .

"Selalunya Yan tak akan bawa PA dia kemana-mana . Contoh macam Kasih ." Jayden berkata sambil meletakkan tangan di dagu .

"Kawan dah tangkap cintan tu ." ujar Ace yang sedari tadi memeluk sisi tubuh Aya .

"Mama tak lama lagi kita dapat merasalah nasi minyak dari Rayyan ." usik Zariff dengan mengangkat keningnya . Senyuman mengusik ditayangkan pada Aurell menyebabkan wajah gadis itu menjadi merah .

Rayyan terus mengalihkan pandangannya ke arah lain . Dia turut berdehem menghilangkan rasa segan .

"Malu-malu pula dia ." usik Jayden pula . Suka dia melihat wajah kedua pasangan itu merah kemaluan .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now