23 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

588 27 3
                                    

                SENTUHAN di pinggang Hannisya mengejutkan gadis itu yang sedang menikmati keindahan lautan biru di hadapannya . Dia keluar pun untuk melihat matahari terbenam . Kebetulan pula Adrian menempah bilik mereka yang berhadapan dengan laut .

"Kenapa tak kejut abang hm ?" Haizel menghidu wangian di leher Hannisya. 

"Abangkan tidur . Lagipun Fiy duduk dekat depan ni je . Tak jauh dari bilik" balas Hannisya . Dia memegang tangan Haizel yang melilit pinggangnya .

"Nanti ada orang mengorat macam mana ?" soal Haizel .

"Jangan mengarut . Fiy tak cantik mana sampaikan orang nak mengorat" Hannisya memandang pemandangan tadi .

"Really ? Dari tadi ada orang tengok sayang tau" Haizel menatap tajam sekumpulan lelaki yang duduk di pasir tidak jauh dari sini .

Hannisya menoleh ke arah sekumpulan lelaki itu . Kebetulan pula lelaki itu memandang ke arah mereka .

"Abang" panggil Hannisya .

"Ya little wife"

"Fiy tak sangkalah lelaki yang selamatkan Fiy dari peragut tu tetiba jadi suami Fiy dah" Hannisya memusingkan tubuhnya menghadap suaminya .

Rahang tajam suami diusap lembut .

"Sejak dari azali , Hannisya Saffiya memang sudah ditetapkan untuk Haizel Hans . No one can take you from me or they'll die" Haizel berkata sambil tersenyum manis .

Berkerut dahi Hannisya apabila mendengar ayat akhir Haizel . Dia nak bunuh orang ke ?

"Janji jangan sia-siakan Fiy langsung kalau tak Fiy lari jauh-jauh" sengaja Hannisya membuat muka garang di hadapan Haizel .

Haizel mencuit sedikit hidung mancung Hannisya .

"Never because I already obsessed with you at my first met"

Hannisya tersenyum manis lalu memeluk tubuh sado Haizel .

"I'll love you until my last breath" ucap Haizel dengan nada romantik . Dia mengucup ubun-ubun si isteri .

"I love you too abang" balas Hannisya yang berada di dalam pelukan Haizel .

🦋🦋🦋

   "MORNING ABANG SAYANG" bisik Hannisya di tepi telinga Haizel yang baharu bangun dari lenanya .

"Awalnya sayang abang ni bangun" Haizel senyum . Matanya pula masih mengantuk .

"Mestilah awal . Fiy nak ajak abang pergi jalan tepi laut waktu pagi ni" Hannisya sengih .

"Malaslah sayang . Abang mengantuk ni" Haizel yang ura-ura untuk menarik selimut tetapi tidak jadi kerana Hannisya lebih tangkas menarik sehingga jatuh ke bawah .

"Sayangg" Haizel merengek .

Hannisya senyum . Sengaja dia mengacau suaminya dengan mencucuk wajahnya dengan jari telunjuk .

"Baik abang pergi mandi kalau tak Fiy merajuk dengan abang . Fiy duduk bilik Aya" Hannisya memeluk tubuhnya .

Haizel mencelikkan matanya . Mengarut ! Mana boleh isterinya pergi ke bilik Aya . Nanti dia nak honeymoon dengan siapa ?

"Okeyyy sayang . Abang pergi ni ya" Haizel mencium pipi Hannisya sebelum berlalu ke bilik air .

Hannisya tersenyum puas kerana ugutannya berjaya.  Dia terus mengemas katil yang berselerak itu .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now