46 | ACE × AYA ❤

1K 38 1
                                    

                 AYA menghela nafasnya lega apabila majlis pernikahannya sudah selesai . Kini dia , Hannisya , Eisray dan juga sanak-saudara perempuan Ace sedang mengemas dapur yang tadi berselerak akibat menyediakan makanan pada tetamu . Kalau ikutkan Ace dia mahu menempah sahaja makanan untuk tetamu namun Aya pula melarang kerana dia terasa agak membazir . Lagi pula yang lain sudah sedia untuk menolong mereka semua . Jadi tiada masalah untuk itu .

Hari semakin larut yang lain hanya membuat keputusan untuk tumpang villa milik Ace . Sebenarnya dia ada sahaja rumah tetapi dia lebih suka duduk di rumah Haizel atau 4 jejaka itu kerana sunyi . Dia kebosanan keseorangan di rumah .

"Wei kau pergilah naik atas . Tengok suami kau tu" Eisray menyenggol bahu Aya yang sddang asyik mengelap pinggan yang telah dibasuh oleh Hannisya .

"Haah akak pergilah . Tak apa kitaorang boleh settle kan benda ni . Lagipun sikit je ni" Laura menyokong.  Dia mengambil kain lap di tangan Aya .

"Tu aku dah tengok suami kau naik atas tadi . Mesti dia tengah tunggu kau tu" Hannisya senyum sengan penuh makna .

Aya sebenarnya serba-salah untuk meninggalkan mereka membuat kerja .

"Tak apa aku faham . Rehatlah wey . Esok ada majlis resepsi pula" Eisray berkata .

"Tak apa ke korang buat semua ni ?" tanya Aya .

"Tak apa janji nanti akak bagi kitaorang anak buah yang comel" Aya laju sahaja memukul lengan Laura . Amboii bukan main dia mengusik orang .

"Aip mulut tu" jeling Aya . Wajahnya berubah menjadi merah ketika ini .

Eisray dan Laura menepuk tangan gaya 'high five' . Sejak bilalah diaorang berdua ni sekepala . Kenal pun tak sampai sehari .

"Dah lah pergilah cepat" Hannisya menolak bahu Aya sekali sebelum menyambung tugasnya .

Aya bergerak meninggalkan bahagian dapur .

"BACA BISMILLAH BANYAK-BANYAK WOI" laung Eisray dengan kuat dari arah dapur .

Terhenti langkah Aya yang baharu sahaja mendaki tangga .

"Kurang asam punya member" dengus Aya geram . Kakinya pantas menaiki tangga .

Sesudah sampai di hadapan bilik Ace , Aya hanya berdiri tegak di depan bilik itu . Tidak tahu nak beri reaksi apa ketika ini . Semua perasaannya menjadi satu .

"Kalau aku masuk nanti aku nak buat gaya macam mana ? Pemalu ke ? Selamba ke ?" bisik Aya seorang diri . Tangannya mengetuk dagunya memikirkan gaya yang sesuai .

"Kalau aku buat gaya pemalu ? Mestilah kena terkepit-kepit macam tu kan ?" Aya meneka seorang diri . Seketika dia berlakon menjadi perempuan yang pemalu . Wajah ditundukkan lalu kedua tangannya digenggam erat di bawah . Senyuman malu mula melakar di bibir .
 
"Eish tak nak aku . Tak kena dengan diri aku yang rock ni" Aya menggaru kepalanya .

"Arghhh apa kau nak takut sangat ? Mati tanamlah brader" baru sahaja Aya hendak memulas tombol pintu , Ace terlebih dahulu membukannya dari arah dalam .

"Err hye" Aya menayangkan peace kepada Ace .

"Ingatkan tak nak naik tadi . Baru abang ingat nak heret honey masuk bilik tadi" Ace merenung wajah Aya .

Aya menelan air liurnya yang terasa kesat . Nasiblah dia naik lebih awal kalau tidak mesti dan sangat sahih Eisray dan Laura akan mengusiknya .

"Come honey . Kita masuk dalam bilik . Kita bermanjah-manjahhhh" ajak Ace dengan lirikan nakal .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now