27 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

1.3K 51 1
                                    

           HANNISYA memandu kenderaannya dengan hati yang riang kerana sudah merancang untuk membuat makanan kegemaran Haizel . Dia sudah memujuk Haizel untuk memberikannya keluar akan tetapi bodyguard kena sentiasa mengawasi Hannisya.  Hannisya pula jenis yang tak kisah janji dia dapat beli bahan dapur dan menjalankan rancangannya .

Setibanya dia di pasaraya , gadis itu segera mengambil troli lalu ditolak memasuki pasaraya tersebut . 

Sedang asyik memilih ayam , seseorang telah menepuk bahu menyentakkan Hannisya .

Hannisya berpusing menghadap seorang gadis yang mungkin sebaya dengannya .

"Ya cik ?" tanya Hannisya dengan sopan .

"Cik tertinggal benda ni dekat pintu masuk tadi" gadis itu menghulurkan kunci keretanya .

"Allah ... Saya tak perasan pula nasib awak bagi . Terima kasih ya" ucap Hannisya dengan senyuman manis . Seingat dia lepas mengunci kereta, dia terus letak ke dalam beg bagaimana pula boleh tercicir ?

"Sama-sama" selesai berkata gadis itu terus berlalu pergi tanpa sempat apa-apa Hannisya berkata lebih .

"Macam mana kau ni boleh jatuh ni" kata Hannisya seorang diri sebelum memasukkan kunci keretanya ke dalam beg tangan . Seusai itu , Hannisya kembali memilih ayam .

🦋🦋🦋

         HANNISYA memasukkan beg plastik yang terakhir ke dalam bonet kereta sebelum dia beredar untuk meletakkan troli di tempat yang disediakan .

Satu tangan menekup mulutnya dari belakang dan membawanya ke dalam stor yang berhampiran dengan tempat parking kereta . Kebetulan pula pada waktu begini tiada orang yang parking di tingkat bawah .

"Diam kalau kau tak nak mati" lelaki yang menekup mulut Hannisya memberi amaran keras .

"Tolonglah lepaskan saya" rayu Hannisya dengan tangisannya .

"Aku kata diam sebelum aku sembelih kau dekat sini" terketar-ketar badan Hannisya menahan esakan . Lelaki itu menghumban tubuh Hannisya ke dinding .

"Aduh" Hannisya berdesis apabila tulang belakangnya terasa sakit .

"Well kalau dulu aku tak dapatkan sebab jantan bodoh tu . Sekarang ? HAHA Kau akan jadi milik aku , Hannisya Saffiya" lelaki itu membuka topeng di hadapan Hannisya .

Mata Hannisya membulat sempurna apabila menangkap siapa gerangan yang menculiknya .

CIKGU ZAFRIEL !

"Kenapa awak buat semua ni Zaf ?" dalam takut Hannisya menyoal .

"Sebab kau !" jerkah Zafriel .

Terhinggut bahu Hannisya mendengar jerkahan Zafriel .

"Aku dah buat macam-macam untuk dapatkan kau tapi ? Kau langsung tak pandang aku . Apa lebihnya bangsat tu dari aku ?!" Zafriel menekup pipi Hannisya dengan kasar supaya mendongak memandangnya .

Hannisya tidak mampu menjawab kerana ketakutannya semakin tinggi .

"Susah sangat ke kau nak faham perasaan aku , Hannisya" Zafriel melepaskan cengkamannya dengan kasar dan membelakangi Hannisya .

  "Ini semua takdir yang awak bukan untuk saya , Zafriel . Tolonglah sedar" kata Hannisya .

"Heyy pergi mampus dengan takdir kau . Aku sayang sangat dekat kau Hannisya . Kita kahwin ya" Zafriel berkata seperti orang kurang siuman .

Hannisya mengelengkan kepalanya berkali-kali .

Melihat tingkah Hannisya membuatkan Zafriel menjadi lebih geram .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now