58 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

370 26 5
                                    

          HANNISYA berulang-alik di ruang tamu . Hatinya sangat resah ketika ini . Manakan tidak sudah pukul 11 malam , Haizel masih tidak munculkan diri . Biasanya makan tengahari suaminya akan pulang tapi hari ini langsung tiada khabar berita dari lelaki itu . Bila ditelefon , tidak diangkat pula . Aduhh dia buat lagi ! Kalau dia kena culik macam mana ? Waduhh !

'Tak boleh jadi ni' Hannisya terus mengapai telefon bimbitnya di atas meja kopi dan mendail nk Jayden .

TUT !

TUT !

TUT !

"Yes princess" suara serak basah Jayden kedengaran apabila panggilan disambung. 

"Sorry Sya kacau Jay tengah tidur tapi Haizel ada inform apa-apa tak dekat Jay ke ? Bagitahu dia pergi mana ke ?" Hannisya mengigit jari telunjuknya .

"Hurm ? Kenapa Haizel tak balik lagi ke ?" soal Jayden . Dia duduk di atas katilnya .

"Takk lagi" Hannisya menggaru kepalanya yang gatal .

"Pelik ni . Princess cuba call Ian . Kut-kut Haizel ada dengan dia . Tak silap hari ni Ian ada meeting dengan Haizel" jelas Jayden sambil meraup rambutnya ke belakang .

"Oh okey . Thank you Jay . Sorry again for disturb you" Hannisya berkata .

"No problem princess" balas Jayden .

"Bye bye Jay"

"Bye bye Sya"

Hannisya menamatkan panggilan itu terlebih dahulu . Jari laju mendail no Adrian .

TUT !

TUT !

"Yes Sya ?" Adrian bertanya di hujung talian sebaik menjawab .

"Err Ian ada jumpa dengan Haizel tak hari ni ?" tanya Hannisya. 

"Ada tengahari tadi . Kenapa ?" tanya Adrian .

"Lepas Ian jumpa dengan dia tu , dia ada cakap pergi mana-mana tak ?" soal Hannisya lagi .

"Tak adalah pula . Kenapa Haizel tak balik lagi ke ?"

"Tak lagi" bergetar suara Hannisya menjawab. 

"Okey okey jangan nangis . Sya cuba pergi tengok dekat office dia . Biasanya kalau dia balik lambat adalah tu kerja tak siapnya" cadang Adrian .

Hannisya mengangguk . "Thank you Ian"

"No problem Sya . Anything inform dekat aku atau yang lain" pesan Adrian .

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Hannisya mematikan talian sebelum menaiki tangga ke bilik .

Dirinya hanya bersiap ala kadar . Cuma memakai baju pijama warna hitam dan rambut diikat dengan gaya 'messy bun' . Setelah itu , dia segera mencapai kunci kereta sebelum turun tangga . Tidak lupa juga dengan Glock milik Haizel . Terdetik pula hatinya untuk membawa .

Entah mengapa hatinya dirasakan sangat tak sedap seolah resah akan sesuatu tapi sedaya upaya Hannisya cuba menidakkan perasaan itu .

                           ♡♡♡

         HANNISYA mematikan enjin kenderaannya apabila sudah tiba di pejabat Haizel . Gelap sahaja bangunan ini pasti tiada orang pada ketika ini kecuali pak guard . Hannisya menoleh ke arah tempat parkir VVIP memang ada kereta Audi R8 milik Haizel di situ.

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now