SETELAH hampir setengah tahun dia mengikat gadis itu dengan pertunangan . Kini sudah tiba masanya untuk menghalalkan gadis pujaannya . Adrian berdiri tegak di hadapan cermin menilik diri yang segak memakai baju melayu berwarna putih , bersampin dan juga bersongkok . Agak kekok kerana dia agak jarang memakai lengkap seperti ini . Kalau Hari Raya Aidilfitri pun dia hanya akan memakai kurta sahaja .
"Nervous ke tu ?" Rayyan menayangkan senyuman sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Adrian . Dia juga segak mengenakan kurta berwarna hitam . Tema bagi majlis nikah ini .
Adrian tidak mempedulikan kehadiran Rayyan . Bibirnya terkumat-kamit membaca doa penenang hati .
"Alah kau ni . Relaxlah semalamkan kita dah practice . Takkan tak boleh lagi ?" Rayyan tergelak perlahan . Sebenarnya dia dipaksa oleh Adrian untuk menjadi tok imam olok-olok . Nasib sahabat kalau tidak dah lama kena makan penendang . Gila ke pukul 1 pagi dia ajak practice .
Pintu ditolak daripada luar , Haizel masuk ke dalam bilik itu . "Kau tak siap lagi ke bro ? Nak kahwin ke tak ni ?"
"Sabarlah aku nervous gila ." gumam Adrian . Hatinya rasa tidak sedap ketika ini . Aduhh ...
"Apa daa ! Bunuh orang boleh . Setakat akad nikah pun nervous . Harap badan je tegap ." selamba Haizel berkata begitu .
"Lepas kau kahwin , kita stop buat kerja tu . Buka buku baru dan tinggalkan benda-benda macam tu . Aku tak nak nyawa kita sekeluarga terancam lagi ." Haizel berkata . Dia sudah fikir masak-masak akan kehidupan mereka selepas ini .
"Habis budak-budak macam mana ?" Rayyan mengangkat keningnya .
"Hantar diaorang untuk training jadi polis atau askar . Nanti aku bincang dekat pihak sana ." balas Haizel . Anak-anak buah semuanya terlatih jadi tiada masalah untuk masuk ke dalam badan beruniform .
"FUYOOO KAWAN AKU NAK KAHWIN LAH SIAK !"
"Masuk dah bala-bala ni ." Rayyan menjulingkan matanya ke atas .
"Eh sebala-bala kitaorang pun kalau kitaorang tak ada , kau rindu tau ." cebik Zariff sambil memeluk tubuhnya .
"Tak ada masa aku nak rindukan kau ." ujar Rayyan .
"Oh lupa . Diakan ada aa apa eh nama dia tu , Jay ?" Zariff menggarukan kepalanya .
"Pengarang jantung ." jawab Jayden dengan senyuman .
"Ada yang makan kasut ni kang ."
♡♡♡
"AKU TERIMA NIKAHNYA LAURA KRISTAL BINTI DATO' HAZLEN DENGAN MASA KAHWIN SEBANYAK RM 50 000 RINGGIT TUNAI !"
"SAH ?"
"SAH !"
"SAH ?"
"SAH !"
"ALLHAMDULILAH SELESAI JUGA URUSAN KITA ." Adrian mengaminkan kedua tangan pada wajah . Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis .
Haizel yang berada di sebelah menepuk bahu Adrian sekali . "Congrats , adik ipar ."
"Macam biasalah lepas solat sunat , pengantin lelaki boleh pergi ke pengantin perempuan untuk batalkan air sembahyang ." ujar tok imam apabila sudah selesai membaca doa .
Adrian bangun dari duduknya dan bergerak untuk menunaikan solat .
SKIP
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...