55 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

214 22 0
                                    

               HANNISYA mengelap dahinya yang berpeluh hebat dengan belakang tangannya . Penat kerana membersihkan rumah besar milik Haizel ini . Sudah dilarang oleh Haizel jika dia hendak membuat tugas membersih ini tapi Hannisya tetap Hannisya yang keras kepala . Lagi pula dia hanya duduk di rumah sahaja , Haizel pula pergi kerja jadi dia kebosanan . Takkan dia hendak bermain telefon sehari suntuk ?

"Fuhh kalau macam ni gayanya . Baik aku tayah pergi gym" Hannisya mengikat rambutnya yang sudah jatuh dan disanggul kemas . Tangannya mengangkat baldi yang terisi dengan alat-alat membersih seperti sapu sawang , kain kotor , spray air dan juga pewangi bilik . Penyapu diselitkan di celah ketiak .

"Tinggal tingkat satu je yang aku belum kemas" gumam Hannisya seorang diri . Dia melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang 1 untuk ke tingkat satu . Tingkat satu tidak banyak bilik hanya ada bilik tidur mereka , bilik bacaan dan juga bilik misteri itu .

Pintu bilik dia dan Haizel dibuka , matanya mencari tempat yang perlu dikemaskan .

"Hurm bilik ni pagi-pagi Haizel dah kemas . Jadi tak ada apa dah rasanya" kata Hannisya sambil menilik ruang bilik tidur mereka .

Dia senyum sedikit . Rasa syukur di dalam hati apabila dapat suami seperti Haizel yang sangat memahaminya dan juga tidak suka membebankan dirinya dengan kerja-kerja rumah .

Hannisya jalan keluar dari bilik mereka dan menuju ke bilik bacaan . Dia mula melakukan kerja membersihkan sawang dan juga membuang habuk yang berada di atas kabinet . Buku-buku yang berada di atas disusun kemas di dalam rak .

Hampir 30 minit dia membersih bilik bacaan itu sebelum Hannisya keluar dari bilik itu . Kakinya melangkah ke lif namun terhenti apabila dia teringat ada satu lagi bilik yang dia tidak pernah buka .

'Mesti banyak habuk dalam dia sebab bilik tu kosong' fikir Hannisya di dalam hati .

Hannisya menghampiri bilik itu . Tangannya memulas tombol pintu itu namun terkunci .

Hannisya mengerutkan dahinya . Seingat dia pintu ini tidak tersekat bila dipulas cuma tidak boleh tolak sahaja . Tapi sekarang seperti dikunci . Mungkin abang dah baiki agaknya , kira Hannisya di dalam hati .

Dia mengingati ada gugusan kunci semua bilik di dalam bilik kerja Haizel . Segera dia berlari ke arah bilik kerja Haizel di tingkat dua dan membuka salah satu kabinet dan diambil gugusan kunci itu . Seketika dia kembali di depan bilik yang terkunci itu .

Tangannya memasukkan satu kunci namun gagal . Dicuba lagi . Gagal . Gagal . Gagal dan gagal .

Hannisya menghembus nafasnya seketika . Hanya ada satu lagi kunci yang belum dicuba .

'Harap yang inilah kuncinya' getus Hannisya di dalam hati sambil mencuba kunci itu dan ...

YES ! Dapat buka . Hannisya terlompat sedikit kerana gembira . Seketika dia terhidu sesuatu . Dia membuka pintu itu dengan luas .

Ini....ini bau minyak wanginya . Hannisya mengerutkan dahinya . Tangannya meraba di sebelah dinding mencari suis lampu .

KTAK !

Terang seluruh bilik ini .

Matanya Hannisya terbeliak manakala mulutnya sudah terlopong habis . Tangan naik menutup mulutnya .

Bilik ini dipenuhi dengan gambarnya di dinding . Gambar sejak dia dari sekolah rendah sehinggalah dia menjadi guru . Seperti tidak percaya dia melihat semua ini .

Satu persoalan timbul di benaknya . Macam mana ?

Tangannya naik menyentuh gambar-gambar yang ditampal di dinding . Ada satu bingkai gambar yang besar tergantung . Gambar dia dalam persalinan nikah tempoh hari .

"So...you found my secret ? Dan sayang langgar perintah abang" suara di belakang mengejutkan Hannisya yang masih asyik melihat semua ini . Segera dia menoleh ke belakang .

Terlihat Haizel sedang bersandar di pintu sambil memeluk tubuhnya . Bajunya tidak dikancingkan ke atas ada 3 butang dibuka . Lengannya disising ke atas . Matanya mencerlung tajam ke arah Hannisya .

Hannisya meneguk air liur .

Haizel smirk . Dia berjalan mendekati Hannisya kaku di hadapan bingkai gambar itu . Tangan naik memeluk pinggang ramping Hannisya dan ditarik ke badannya .

"Hurm ? Speechless ? Now you tell me why you get in this room ?" Haizel membetulkan rambut Hannisya yang menutup wajahnya .

Melihat Hannisya yang masih diam membuat Haizel sedikit geram . Dia menunduk wajahnya dan mencium sekilas bibir Hannisya .

"Answer me , little wifey" bisik Haizel di tepi telinga Hannisya .

"F-Fiy ma-masuk dalam bilik ni se-sebab Fiy nak kemas" tergagap Hannisya menjawab . Ada sedikit rasa takut pada suami sendiri .

Haizel mengangkat keningnya . "Are you afraid of me , little wife ?"

Hannisya menjatuhkan kepalanya sekali menandakan ya .

Haizel ketawa sedikit . "Don't afraid with me , little wifey . I'll not harm you . How I can do that ? I love my wife so much and you can saw by your eyes now" Haizel melabuhkan ciumannya di dahi Hannisya. 

"Macam mana abang boleh ada semua gambar ni ?" terbit jua soalan itu dari bibir Hannisya .

Tangan Hannisya ditarik lembut oleh Haizel menuju ke arah satu kabinet yang berada di dalam bilik itu .

"I hope this will make you remember" Haizel mengusutkan rambutnya lalu mengeluarkan satu anak patung dari laci itu lalu dihulurkan kepada Hannisya .

"I-Ini patung Fiy masa Fiy kecil" Hannisya memegang anak patung itu .

Haizel mengangguk kepalanya .

"Tapi patung ni Fiy dah bagi dek-"

Kata-kata Hannisya terhenti . Matanya menilik wajah Haizel lalu rambut suaminya diturunkan sehingga menutup sebelah matanya .

"A-abang Han"

Hannisya menutup mulutnya . Memang benar inilah Abang Han yang dia kenal dulu . Tapi kenapa dia tak pernah perasan benda ni ?

"I am , budak ketot" Haizel mengosok sedikit rambut lalu tersenyum manis .

"Maybe sayang tak pernah perasan benda ni sebab abang dulukan-"

"Tembam" kata Hannisya laju .

Haizel mengalihkan pandangannya ke arah lain . Malu . Wajah juga terasa panas ketika ini . 

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now