64 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

897 44 2
                                    

               "SEJUKNYAAA !" kata Jayden sebaik sahaja kakinya terendam ke dalam sungai . Suasana pun tidak semeriah mana kerana tidak ramai orang . Lagi pula mereka duduk di tempat yang paling dalam . Zariff , Ace , Rayyan dan juga Adrian pula sudah berendam diri di dalam air .

"Did you remember this place , husbaby ?" Hannisya meletakkan kepalanya di bahu Haizel sambil melihat ke depan di mana 4 jejaka itu bagai budak-budak bermain air .

"Of course . Tempat pertama abang kena buli dan that time ada budak ketot yang berani pertahankan abang ." senyum Haizel apabila teringat kisah yang lalu . Rasa lawak pun ada juga .

Hannisya ketawa sedikit sebelum mendongakkan kepalanya yang masih di bahu Haizel untuk memandang wajah lelaki itu .

Ternaik kening Haizel apabila Hannisya merenungmya sebegitu .

"Wanna talk something , little wife ?"

Hannisya hanya mengeleng .

"Then why you staring at me like that hurm ?"

"Buat lepas rindu ." Hannisya menayangkan giginya .

"Tulah lari lagi dari abang ." Haizel mencuit hidung mancung Hannisya .

Hannisya terus membuat muka masam . Tak habis-habis mengungkit . "Yelah tahulah salah Fiy sebab bertindak melulu . Tapi bukan salah Fiy seorang ."

"Ya sayang . Abang pun salah juga ." Haizel mengalah . Nanti kalau diusik lagi mahu ada muncung itik yang muncul .

Hannisya diam . Kepalanya yang tadi diletakkan di bahu kini beralih ke dada suaminya . Dia dapat mendengar denyutan jantung milik si suami membuatkan dia terasa nyaman . Haizel pula hanya membiarkan tindakan Hannisya sambil mengusap rambut isterinya dengan lembut .

"WOI ! HAMPA BUAT MAKSIAT DEKAT SINI NORH ! KURANG AJAQ SUNGGUH !" jerit seseorang daripada belakang membuatkan kedua pasangan itu tersentak . Serentak mereka berpaling ke belakang .

Terdapat 4 orang lelaki yang boleh dikatakan sebaya dengan mereka berdua menghampiri mereka sambil membawa kayu di tangan .

Namun begitu Hannisya masih tidak melepaskan pelukannya di badan Haizel . Eh suka hatilah kita peluk suami sendiri bukan suami orang . Haaa ...

"Hampa ni awad lengai sangat ? Dah tadak port nak buat maksiat sangat ? Dekat sungai ni juga hampa nak buat ?" jerkah salah seorang daripada mereka dengan kuat . Wajahnya menjadi bengis apabila Hannisya dan Haizel buat tidak endah malah tiada langsung wajah gentar apabila dijerkah olehnya .

"Aku rasa kauorang salah faham ni-" percakapan Haizel terhenti apabila lengannya dipukul dengan kayu dipegang oleh seorang lelaki itu .

Membulat mata Hannisya apabila melihat tindakan lelaki itu . Dirinya terus bangkit dan berdepan dengan lelaki itu .

"Woi lengai ! Kalau kauorang nak tahu dia ni suami aku lah !" balas Hannisya dengan tidak puas hati .

"Hannisya ?" seru seorang lelaki yang berada di belakang .

Hannisya mengalihkan pandangannya ke belakang lelaki itu dan tersenyum sinis . "Afiq ."

"Bila hang balik ? Kenapa tak beritahu aku pun ?" Afiq mendekati dengan Hannisya tapi Haizel terlebih dahulu menarik pinggang Hannisya untuk berdiri di sisinya .

Afiq memandang lelaki yang sedang memeluk erat pinggang Hannisya .

"Hang siapa nak peluk-peluk dia ?" berang Afiq apabila seorang lelaki memeluk pinggang Hannisya a.k.a gadis pujaannya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now