51 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1K 44 2
                                    

                 RAYYAN berjalan seorang diri di tengah pasar malam . Sengaja dia keluar bersendirian supaya dapat menenangkan diri . Matanya mengerling penjual yang menjual pelbagai jenis makanan yang halal . Walaupun dia dikeliling orang ramai namun fikirannya sudah melayang jauh ketika ini .

Serabut .

Itu yang dia boleh katakan pada dirinya ketika ini .

Ramai yang tak tahu bahawa dia pernah ada ibu bapa ketika dahulu tetapi mereka berdua bercerai dan paling menyakitkan adalah dia dihantar ke rumah anak yatim pada usia 8 tahun . Agak muda untuk menghadapi situasi tersebut . Tetapi bila difikirkan mengenai masa depan sendiri , dia terpaksa belajar berdikari sehingga kini . Apabila dia berkawan dengan Haizel sejak bangku sekolah baru dia faham akan kasih sayang mak ayah terhadap anaknya sendiri malah kedua orang tua Haizel sudah menganggapnya sebagai anak sendiri .

Tapi kenapa sekarang mak ayah dia baru munculkan diri ? Mana mereka sewaktu dia menangis ketika ditinggalkan di rumah anak yatim .

Rayyan memejam matanya seketika . Menahan air mata yang hendak keluar .

Dalam fikirannya melayang jauh , tubuhnya dilanggar oleh seseorang . Tersentak lelaki itu apabila merasakan sesuatu yang basah di dadanya . Dia tunduk memandang dadanya yang sudah dicemari dengan sos ikan .

"Oh my god . Sir I'm so sorry . Sorry sir" kelam kabut gadis itu berkata sambil menyelongkar brg tangan . Sapu tangan dikeluarkan dan ingin mengelap sos ikan di dada Rayyan. 

Belum sempat tangan gadis itu sampai ke dada Rayyan , lelaki itu terlebih dahulu mengambil sapu tangan di tangan gadis itu .

"Lain kali jalan pakai mata bukan mulut , lady" pesan Rayyan yang masih tida memandang wajah gadis yang melanggarnya . Sibuk membersihkan sisa sos di dadanya .

"You can speak Malay ?" terlopong mulut gadis itu . Dia sangkakan lelaki ini orang asing .

"Why ?" Rayyan mengangkat keningnya .

"Erm no . I thought you're Italian guy or somewhere" ujar gadis itu perlahan .

"Yes , I am but I have a mix" jelas Rayyan .

Selesai sahaja Rayyan mengelap sisa sos itu , dia mengangkat wajah .

Terpaku .

Mata Rayyan tidak berkelip memandang wajah gadis di hadapannya . Gadis itu mempunyai mata yang sangat indah walaupun dia mempunyai berbola mata berwarna hitam pekat . Hidung mancung . Berkulit putih langsat . Bibir merah delima . Tambah pula gadis itu mengenakan tudung shawl berwarna putih yang berbalut kemas di kepalanya .

Rayyan tersedar lalu dia mendehem seketika . Wajahnya juga dipalingkan ke arah lain . Malu apabila dia merenung gadis itu sebegitu rupa .

"Err I think I should go now . I'll take this . Hope to see you again , lady" Rayyan mengangkat sapu tangan gadis itu yang berada di tangan sebelum dia berlalu pergi .

"Err encik-" baru gadis itu ingin memanggil Rayyan terhenti apabila kelibat lelaki itu hilang dalam kerumunan manusia. 

Gadis itu mengusap dadanya yang terasa seperti hendak tercabut . Tambah lagi bertentang mata dengan lelaki itu lagi membuatnya semakin tidak tentu arah . Adakah itu tandanya jodoh ?

Gadis itu tersenyum sendiri . Seketika dia menepuk pipinya bagi menyedarkan diri ke alam realiti . Gila lelaki tadi hensem nak mati takkan tak laku kalau nak dibandingkan dengan diri dia yang biasa-biasa ni .

"Aurell" panggil seseorang dari belakang .

Aurell terus berpaling ke belakang . Terlihat rakannya berlari anak mendekati dirinya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now