28 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

1.3K 64 1
                                    

          MATA Hannisya dibuka dengan perlahan-lahan . Kepalanya berdenyut tapi tidak kuat seperti mula-mula . Hannisya menyandarkan tubuhnya di bahu katil .

Haizel yang berada di balkoni segera masuk apabila Hannisya sudah bangun .

"Sayang jangan gerak banyak sangat" ujar Haizel sambil merapati Hannisya .

Hannisya mencebik sebelum menghamburkan tangisannya di bahu Haizel .

"Abang Fiy takut . Kenapa dia buat macam tu dekat Fiy abang ? Fiy tak pernah buat apa-apa dekat dia" Hannisya mengogoi di bahu Haizel .

Haizel mengusap lembut belakang badan Hannisya sebelum melabuhkan ciuman di kedua mata Hannisya .

"Stop crying sayang . I don't like it" Haizel menekup lembut wajah Hannisya . Bibir isterinya sudah meninggalkan lebam di hujung bibir .

"Lepasni jangan jauh dari abang tau" pesan Haizel sambil mengusap lembut wajah sembab Haizel .

Hannisya mengangguk .

"Abang nak hug and kiss" pinta Hannisya dengan mata terkelip-kelip. 

"Aii sayang abang ni tak malu dah ke ?" usik Haizel .

Muka Hannisya berubah menjadi muram apabila Haizel berkara begitu .

"Takapalah . Abang pergilah sana" Hannisya menolak tubuh Haizel jauh darinya . Wajah juga dipalingkan ke arah lain .

Haizel mengerutkan dahinya seketika senyuman nakal mula muncul .

"Sayang abang ni merajuk ke ?" Haizel mendekatkan dirinya dengan tubuh Hannisya .

Hannisya masih lagi tidak memandang ke arah Haizel .

"Little wife" Haizel menarik dagu Hannisya memandangnya.

CUP !

CUP !

CUP !

CUP !

Haizel mengucup seluruh bahagian wajah Hannisya dan terus membawa gadis itu ke dalam pelukannya .

Hannisya tersenyum malu dan membalas jua pelukan suaminya .

"OPSSS" Jayden menutup matanya apabila melihat pasangan itu sedang berpelukan .

"Kau ni boleh tak jangan jadi sengal sangat" Zariff mengetuk kepala Jayden .

"Tah yang kau pergi redah kenapa ? Tak sempat diaorang nak bagi anak buah kat kita" ujar Rayyan pula .

"Jangan kotor sangat otak tu boleh ?" Adrian pula mengetuk kepala Rayyan .

"Aduh sakitlah bodoh" Rayyan mengosok kepalanya. 

"Yang korang menyemak dekat sini pahal ?" soal Haizel dingin . Baru nak buat lebih dah ada pengacau .

"Kitaorang nak tengok princess lah . Bodoh betul jantan tu pukul princess" rengus Zariff. 

Mereka berempat mendekati Hannisya dan Haizel yang berada di katil .

"Princess okey ?"

"Princess nak makan apa ?"

"Princess sakit kepala lagi ?"

Serentak Jayden , Zariff dan Rayyan bertanya .

Hannisya pula bingung hendak jawab yang mana .

"Satu-satulah setan kau ingat isteri aku ni robot" jeling Haizel .

Hannisya mengusap rahang tajam Haizel sambil tersenyum nipis . Hensem pula melihat suaminya dari bawah .

"Hee Sya okeylah. Tadi kepala ni sakit sikit lepas tu abang urut dah tak sakit dah . Lepastu , Sya rasa macam nak makan spaghetti cabonara yang abang masak tu" pinta Hannisya sambil memandang wajah Haizel  .

"Boleh sayang . Kejap lagi abang masakkan okey" Haizel mencuit hidung mancung Hannisya .

"Erm aku rasa menyesal masuk sini" keluh Jayden .

"Kan" sokong Zariff .

"Tak apalah kitaorang masuk office dulu" ajak Jayden . Diikuti dengan Zariff , Rayyan dan juga Adrian .

Pintu yang baharu sahaja ditutup dibuka kembali oleh Jayden.  Kepalanya dijenguk ke dalam .

"Nanti kalau princess nak pesan apa-apa , call je kitaorang tau" pesan Jayden sebelum menutup pintu .

"Thank you Jay" kata Hannisya sedikit kuat .

"Abang Fiy laparlah" sengih Hannisya .

"Sayang tunggu sini . Nanti abang naik atas hantar makanan" Haizel baru sahaja berdiri ditarik balik duduk oleh Hannisya .

"Nak ikut" pintu Hannisya dengan mulut yang sengaja dimuncungkan .

CUP !

Pantas Hannisya menekup mulutnya .

"Buat lagi depan abang mulut macam tu" Haizel menayangkan riak gatal .

"Abang ni" cebik Hannisya .

"Nak lagi ke ?" soal Haizel .

Hannisya laju mengeleng . Nanti tak jadi makan pula nanti .

"Abang nak dukung boleh ?" Hannisya mendepakan tangannya untuk didukung .

"Boleh sayang" Haizel tidak banyak songgeh terus mengendong tubuh ringan Hannisya . Walaupun dia sedikit pelik dengan sikap Hannisya yang terlebih manja dengannya . Kesan hentakkan kot ....

yeayyyy ! happy 577 reads 😭❤ thank you so much guyss ❤!

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now