53 | JAYDEN × EISRAY 💐

241 15 0
                                    

                "ADUH KALAU DIA REJECT MACAM MANA ? MALU 7 KETURUNAN AKU NANTI" Jayden mengetuk kepala dengan telefon bimbit perlahan . Kepalanya ligat memikirkan cara untuk bertanya Eisray keluar makan malam dengannya .

"Apa susah mati tanamlah . Kalau malu ? ARGHHH STRESS AKU !" dengus Jayden . Nak ajak dia makan je pun bukannya ajak berperang . Kau cakap senanglah . Jantung ni macam nak terkeluar dah tau .

"Nak cakap macam mana ni ?" Jayden bergerak kehulu-kehilir di dalam bilik kerjanya .

"Come on Jay . Calm down . Calm down" Jayden menarik nafasnya dalam-dalam .

Jarinya menekan nombor telefon Eisray . Jayden berdehem seketika membetulkan suaranya . Takut-takut terkeluar suara mak nyah nanti macam mana ?

TUT !

TUT !

TUT !

"Assalamualaikum" suara gemersik Eisray memberi salam di hujung talian sana .

Jayden mengemam bibirnya dari tersenyum namun gagal . Kenapa merdu sangat suara dia ni ?

"Waalaikumsalam . Awak ." Jayden menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Ya saya . Kenapa ?"

"Awak free tak malam ni ?" Jayden mengigit bibirnya .

Eisray diam seketika . Jayden mengerutkan dahinya . Dia tak sudikah ?

"Awak ?" panggil Jayden lagi .

"Ya saya . Erm saya free malam ni . Kenapa ?" Eisray bertanya. 

"Saya sebenarnya nak ajak awak pergi dinner . Awak sudi tak ?" terus terang Jayden berkata .

Eisray ketawa. Lah itu je ke ? Ingatkan apalah tadi .

"Kenapa awak gelak ni ?" soal Jayden .

"Awak ni cute lah" kata Eisray .

Jayden sedaya upaya menahan diri daripada tersenyum lebar .

"Malam ni dekat mana ?" tanya Eisray .

"It's okey . Saya ambil awak dekat rumah tepat pukul 8:30 p.m nanti"

"Okey noted"

"Okeylah saya nak sambung buat kerja dulu ni" Jayden meminta diri .

"Iyalah . Buat kerja leklok . Bye assalamualaikum" pesan Eisray .

"Alright my lady . Bye waalaikumsalam" sejurus berkata Jayden terus mematikan panggilan itu .

"Aishh dia panggil aku cute . Ini geram ni" Jayden menepuk perlahan sofa yang berdekatan dengannya .

"Yes !" sorak Jayden dengan kuat seperti sedang melihat perlawanan bola sepak . Tangannya menumbuk angin .

Namun tingkah Jayden terhenti apabila dia perasan ada pekerja yang memandang pelik ke arahnya . Terus dia berlaku normal . Tangan membetulkan neck tie miliknya sambil membetulkan suaranya . Cover malu .

"Yeay yeayy nak pergi dating" ujar Jayden sambil duduk di mejanya . Tangannya mencapai satu dokumen kemudian ditilik dengan penuh semangat dan fokus .

♡♡♡

            TIBA sahaja di restaurant mahal , seorang penyambut tetamu mendekati mereka sambil tersenyum manis .

"Mr Jayden Angelo ?" tanya gadis itu dengan lembut .

Jayden mengangguk sedikit .

"Please follow me . I'll show your table" gadis itu menundukkan sedikit badannya sebelum menunjukkan meja untuk Jayden dan Eisray .

Eisray hanya berjalan di sebelah . Segak dirinya malam ini kerana mengenakan sepasang dress berwarna hitam yang berkelipan senada dengan selendangnya . Ditambah lagi dengan wajah yang biasanya mengenakan alat solek yang nipis kini disolek cantik dengan gaya 'soft brown peach make-up' .

Jayden juga tidak kalah bergaya pada malam ni . Dia memakai tuxedo sama warna seperti Eisray . Rambutnya dikemaskan .

Sampai sahaja di meja , Jayden menarik kerusi untuk Eisray terlebih dahulu . Setelah memastikan gadis itu duduk dalam keadaan selesa , dia berlalu ke tempatnya pula .

Tidak berkelip matanya melihat wajah Eisray yang begitu anggun pada malam ini tetapi dia kawal sedaya mungkin . Tapi banyaklah juga dia usha wajah Eisray .

Jayden memesan makanan untuk mereka berdua manakala Eisray pula mengikuti sahaja pesanan Jayden . Dia tak kisah sebenarnya . Janji kenyang !

Tidak lama kemudian makanan yang dipesan tiba . Mereka berdua hanya menikmati makanan yang terhidang .

"Mak ayah awak tinggal dekat mana ?" soal Jayden tiba-tiba .

"Kedah" jawab Eisray sambil menyuap steak ke dalam mulutnya .

"Awak pula ?" Eisray mengangkat keningnya .

"Itali" Eisray meng'ooo'kan .

"Kiranya awak ni asal sana lah eh ?"

Jayden mengangguk kepalanya .

"Lebih kurang macam tu lah tapi mak saya orang Terengganu . Kira mix juga macam Zariff dan Rayyan" ujar Jayden. 

"Haizel ?"

"Haizel dia mix Spain belah ayah dia" ujar Jayden lagi .

"No wonder . Korang berlima ada mata cantik-cantik" puji Eisray .

"Mata anak-anak kita nanti pun cantik juga" Jayden mengenyit matanya .

Hampir tersedak Eisray mendengar kata-kata Jayden . Merah mukanya sambil mengurut dada .

"Awak okey ?" Jayden menghulurkan air pada Eisray .

"Okey okey" Eisray meminum air yang diberi oleh Jayden . Lega sedikit tekaknya daripada perit .

"Hujung minggu ni awak free tak ?" soal Jayden .

Eisray mengelengkan kepalanya . "Saya balik kampung hujung minggu ni . Kenapa ?"

"Wait and see"

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now