HANNISYA mengusap lembut lengan Haizel yang sudah berbalut itu . Kini , mereka berada di villa Haizel kerana villa Dato Hazlen sedang dibersihkan . Hannisya pula sedari tidak berenggang dengan Haizel . Asyik menempel sahaja dengan suaminya .
"Sakit lagi tak ?" soal Hannisya sambil menilik lengan sasa suaminya .
"Tak sebab ada bidadari yang rawat luka abang ni" Haizel mengusap rambut Hannisya .
"Abang" Haizel mengalihkan pandangannya ke wajah Hannisya .
"Esok Fiy kena pergi sekolah sebab ada acara dekat sekolah besok" Hannisya berkata dengan lembut .
"Kalau ambil MC tak boleh ke ?" soal Haizel . Dia mahu gadis itu sentiasa bersamanya . Tamak bukan ?
"Aip mana boleh macam tu . Lagipun dah banyak kali Fiy MC tau" Hannisya memuncungkan bibirnya .
Haizel menghela nafas berat .
"Kalau macam tu tak apa , pergi dengan balik abang ambilkan . No excuse" Haizel menjungkitkan keningnya .
Hannisya senyum manis lalu menganggukkan kepalanya laju . Bukan apa dia juga trauma bersendirian , pasti ada benda yang tak elok akan berlaku .
"Abang free tak besok ?" Hannisya senyum bermakna .
Haizel mengangkat keningnya .
▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️
JAYDEN mengelap peluhnya di dahi . Tangannya sibuk memegang kipas eletrik kecil lalu dilayangkan di seluruh bahagian wajah . Suara budak-budak memberi sokongan meriuhkan lagi suasana . Matanya melihat ke sekeliling . Ada pelajar yang duduk di bawah pokok besar untuk berteduh . Ada yang semangat sampai duduk di tengah panas semata-mata untuk memberi sokongan . Ada juga yang lepak di kantin sekolah memandangkan ia dekat dengan padang sekolah .
"Panas gila" keluh Zariff . Seawal 6 pagi , Haizel sudah menelefon mereka berlima untuk menemaninya ke sekolah Hannisya untuk acara sukan .
"Dekat nereka lagi panas bro" Rayyan selamba memberi ayat panas kepada Zariff yang sedang mengipas bajunya .
"Pala ho kau lah . Mentang-mentang ada kipas boleh pula kau cakap macam tu . Bak sini benda alah tu" Zariff terus merampas kipas elektrik Rayyan lalu ditalakan di wajahnya .
Fuhh nikmatt !
Rayyan yang kegeraman ingin merampas kembali kipasnya .
"Op op op orang cakap kalau nak bahagia dekat dunia kena sentiasa buat baik dekat orang . Berkongsilah apa yang ada dengan sahabat" Zariff berkata selamba .
Rayyan mendengus geram . Dia pula yang terkena balik .
"Sekarang ni kenapa kita dekat sini ? Aku dah rimaslah" kata Adrian . Bukan dia tidak tahu sedari tadi ada sekumpulan remaja perempuan asyik memandang ke arahnya . Dia tidak sukakan itu . Pandang-pandang aku korek biji mata kang .
"Lek argh bro . Lama jugakan kita tak jejakkan kaki dekat alam sekolah ni . Just enjoy the view" Ace berkata santai . Spek mata hitamnya dibetulkan .
"Kau bolehlah cakap macam tu sebab ada buah hati dekat sini" Jayden menjeling Ace yang tersengih-sengih . Macam beruk dah aku tengok .
Haizel pula masih mendiamkan diri . Memerhati Hannisya yang sedang bertopi berdiri di tengah padang bagi menjaga garis penamat bersama dengan Aya .
![](https://img.wattpad.com/cover/356092288-288-k37252.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...