16 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

3.4K 144 0
                                    

            LENA Hannisya terganggu apabila ada orang meniup angin di wajahnya .

"Wake up princess" Haizel mengelus lembut rambut milik si isteri .

Hannisya mencelikkan mata dan terpempan kerana wajah Haizel sangat dekat dengannya.  Hannisya menjarakkan sedikit tubuhnya dari Haizel .

"Sayang mengantuk ?" soal Haizel yang tidak lepas memandang wajah Hannisya .

Hannisya hanya menganggukkan kepalanya seraya menyembamkan wajahnya di dada sasa Haizel .

Tersenyum Haizel melihat tingkah Hannisya .

"Bangun mandi , kita nak balik kampung ni" bisik Haizel di telinga Hannisya .

"Awak pergilah mandi dulu nanti saya mandilah" jawab Hannisya dengan mata yang tertutup . Dia penat kerana sibuk menguruskan majlis persandingan mereka semalam .

"Tak nak mandi dengan saya sekali ke ?" Hannisya memukul dada Haizel dengan perlahan .

"Pergilah hm" rengek Hannisya tanpa sedar .

Haizel tergelak kecil .

Haizel mendongakkan wajah Hannisya untuk memandangnya dan dia melabuhkan ciuman hangat di dahi gadis itu sebelum meninggalkannya bersendirian di atas katil .

Hannisya menutup wajahnya dengan bantal apabila sudah berwarna merah .

'haihlah cik suami'

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

     HANNISYA menghulurkan bagasinya kepada Haizel yang sedang menyusun bagasi dalam bonet kereta . Mereka semua merancang untuk pergi ke kampung Datin Dhira yang terletak di Pahang .

Haizel menyambut bagasi milik Hannisya . Setelah dia habis meletakkan semua , dia pergi ke arah isterinya .

"Kenapa sayang angkat beg tu ? Beratkan sayang" Haizel menyelit rambut Hannisya ke belakang telinga yang menutupi wajah Hannisya .

"Saya nak tolong awak je" senyum Hannisya .

CUP !

Haizel mencium pipi Hannisya dengan sekilas .

"Thank you my wifey"

Hannisya menunduk malu .

"Semua berkumpul" Dato' Hazlen memanggil mereka semua .

"Haizel dengan Hannisya naik kereta asing ?" tanya Dato' Hazlen .

Haizel dan Hannisya mengangguk .

"Ace ?"

"Ace dengan Aya , uncle" jawab Ace .

Dato'Hazlen hanya mengangguk . Kereta miliknya pula dinaiki oleh isterinya dan dia .

"Haizel baca doa naik kenderaan"  arah Dato'Hazlen .

Semua menadah tangan apabila Haizel sudah membaca doa .

Selesai sahaja mengaminkan doa , mereka semua terus memasuki kenderaan mereka .

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

      "AWAK NAK SAYA DRIVE PULA ?" soal Hannisya . Sudah berjam-jam mereka di jalan raya kerana sedikit sesak . Di hadapannya ada kereta Vellfire milik Dato' Hazlen dan di belakangnya Ace .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now