39 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1.2K 57 0
                                    

            HANNISYA berulang-alik di ruang tamu . Kepalanya sarat memikirkan keadaan suaminya . Sejak dari tengah hari tadi , Hannisya berasa tidak sedap hati . Kebetulan pula hari ini Haizel tidak menjemputnya di sekolah jadi dia diambil oleh orang suruhan lelaki itu . Tapi kemana suaminya pergi ? Sudah dekat pukul 9 malam tapi masih tiada tanda-tanda lelaki itu pulang .

Telefon yang berada di atas meja dicapai . Tangan mendail no seseorang .

"Assalamualaikum Jay" Hannisya memberikan salam terlebih dahulu .

"Waalaikumsalam ya princess . Kenapa call ni ?" tidak pernah-pernah Hannisya menghubunginya sebelum ini . Jay yang baru sahaja memasuki rumah terus merebahkan badannya di sofa yang empuk . Melepaskan keletihan akibat bekerja kuat di pejabat hari ini .

"Haizel ada dengan korang ke ?" tanya Hannisya dengan risau .

"Eh mana ada kitaorang semua jumpa hari ni . Semua pakat sibuk" Jayden mengerutkan dahinya . Takkan merajuk dengan Hannisya kut ?

"Habis dia ke mana ? Tadi Sya call dia banyak kali tapi dia tak angkat" suara Hannisya mula serak . Kakinya sedari tadi tidak duduk diam .

"Tak apa Sya jangan keluar mana-mana . Nanti Jay datang sana . Tunggu . Kunci pintu . Jangan bagi sesiapa yang tak kenal pun masuk" pesan Jayden . Badan yang terasa lenguh diabaikan . Laju dia masuk ke dalam bilik menyalin baju dan terus mencapai kunci kereta .

Hannisya mengigit ibu jarinya . Habit kebiasaan Hannisya apabila gadis itu dalam keresahan .

Arghhhh abang pergi mana ni .

Mata Hannisya mula kabur dengan air mata yang bertakung di dalam mata .

VROOM !

Hannisya mengangkat wajahnya . Riak wajahnya yang mendung kini bertukar menjadi gembira . Kaki pantas mengatur ke pintu utama .

"Abang dah ba..."

Terpempan Hannisya apabila melihat dua orang lelaki berbadan besar yang memegang parang .

Air liur kini terasa kesat untuk ditelan . Tangannya laju menutup dan mengunci pintu utama .

Hannisya yang panik terus berlari laju ke arah bilik utamanya dan dikunci .

BAM !

Tersentak Hannisya apabila mendengar bunyi yang kuat . Pasti kedua lelaki itu sudah masuk ke dalam rumah ini .

Hannisya mula mundar-mandir di hadapan pintu . Memikirkan tindakan yang patut dia buat .

Telefon !

Seketika gadis itu menepuk kuat dahinya . Telefonnya tertinggal di ruang tamu .

Nak keluar ke ? Laju sahaja kepala Hannisya mengeleng . Gila kalau dia kena tetak macam mana ? Dah Haizel jadi duda hot nanti . Ehh apa yang aku merepek ni ?

BAM !

BAM !

Hampir sahaja Hannisya menjerit apabila pintu biliknya diketuk dengan kuat . Segera Hannisya berlari ke arah kabinet yang berada di sisi katil . Rasanya hari itu dia ada nampak pistol milik Haizel dekat sini .

BINGO !

Terketar-ketar tangan Hannisya mengambil pistol yang berada di dalam laci itu .

Hannisya menghembus nafasnya menenangkan diri . Ingat apa yang kau dah belajar , Sya !

Pintu bilik ditendang kuat sehingga tombol pintu tertanggal . Kedua lelaki yang tidak dikenali terus masuk ke dalam bilik .

"Jangan dekat aku kalau tak nak aku tembak" Hannisya menghalakan muncung pistol kepada kedua lelaki itu .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now