SUDAH hampir dua bulan pemergian Hannisya tetapi Haizel masih lagi mengurung diri di dalam bilik . Bila dia keluar hanya pergi ke tempat kerja sehungga lewat malam . Kadang-kadang Haizel tidak balik ke rumah dan menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya . Rantai dan cincin milik Hannisya dipakai pada leher bagi mengingati gadis pujaannya .
Haizel merehatkan kepalanya di kerusi kerja . Memejamkan matanya seketika melepaskan segala tekanan yang dirasai .
Segala memori dia dan Hannisya berulang kembali membuatkan dia tersenyum sendiri .
"Sayang . Abang rindukan sayang . Abang rindu dengan telatah sayang , suara sayang , manja sayang and all about you , little wife ." gogoi Haizel perlahan . Matanya kian memerah menahan diri dari mengalirkan air matanya .
Kenapa Nicolas buat begini ? Meskipun lelaki itu berdendam padanya . Kenapa perlukan melibat Hannisya yang tidak tahu apa-apa ?
Tangan digenggam dengan kuat . Dia bertekad akan membalas dendam perbuatan Nicolas .
Nyawa akan dibalas dengan nyawa .
Haizel pantas berdiri dan mencari kunci keretanya . Destinasinya adalah markasnya sendiri setelah lama dia tidak menjejaki kaki sejak dia berkahwin dengan Hannisya .
♡♡♡
"MASTER !" kelam kabut salah seorang anak buah Haizel mendekati dia sebaik sahaja keluar dari keretanya . Jarang dia melihat Haizel datang ke sini . Anak-anak buah Haizel juga sudah dimaklumkan atas kehilangan isteri tuan mereka . Meskipun mereka tidak pernah bertemu dengan isteri Haizel tapi dia tahu isteri Haizel adalah seorang yang baik hati manakan tidak Haizel tidak jatuh hati .
"Salam takziah , master ." Joe menundukkan sedikit badannya .
Haizel hanya mengangguk kepalanya sekali dan berjalan masuk ke dalam markas . Semua anak-anak buah yang berada di dalam markas berdiri tegak apabila ternampak susuk tubuh Haizel .
"Master !" seru mereka dengan serentak serta kuat .
Haizel berdiri di tempat yang agak tinggi di mana dia akan berada di situ untuk bercakap dengan semua anggotanya . Mic dihidupkan .
Haizel memberi isyarat untuk diamkan diri . Mereka semua terus mengunci mulut dan memberi perhatian kepada Haizel .
"Aku rasa semua dah sedia maklum atas pemergian isteri aku , bukan ?" tanya Haizel .
Mereka semua mengangguk kepalanya .
"I have job for you guys ." senyuman sinis menghiasi bibir Haizel .
"Cari Nicolas . Aku nak bangsat tu untuk balas dendam atas kematian isteri aku ." arah Haizel dengan tegas . Matanya pula sudah dipenuhi dengan dendam .
"Who with me ?" Haizel tersenyum nipis apabila semua mengangkat tangan . Walaupun dia sudah lama tidak menjejaki ke sini , keadaan masih sama . Adrian dan Rayyan menjaga markas ini dengan sempurna . Dia sudah cuci tangan dalam dunia mafia sejak dia tekad untuk memikat Hannisya . Dia tak nak benda ini menjadi penghalang cinta dia dan Hannisya .
Tapi Nicolas patut mati . Itu janji dia . Sudah lama dia mendiamkan diri meskipun lelaki itu kerap menghancur anak syarikat dan juga sabotaj perniagaannya atas alasan dia anak angkat pada Dato' Hazlen dan Datin Dhira serta dia adalah adik angkat bagi Haizel .
"The war is begin ."
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...