37 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

492 35 2
                                    

         HANNISYA memandang Haizel yang tenang memandu . Kini mereka semua tengah bergerak ke rumah Datin Dhira . Manakala 4 jejaka itu pula menaiki kereta yang berlainan berada di belakang mereka .

"Why , little wifey ? Any question for me ?" Haizel senyum manis .

"Nope . I just falling in love with my handsome husbaby" manja sekali Hannisya berkata . Sekali-sekala gedik dengan suami sendiri tak salahkan ?

"Husbaby ?" Haizel senyum simpul . Rasa bahagia seketika melihat wajah nakal si isteri .

"You don't like it ?" Hannisya bertanya .

"Who say ? I really love it" Haizel mengenyit matanya .

"I really love you , sayang" tangan Haizel naik mengenggam erat tangan Hannisya .

"I love you more , abang" Hannisya membalas kenyitan mata pada Haizel .

"Auchhh" Wajah Haizel berkerut seribu sambil tangannya memegang dadanya .

"Eh kenapa ? Abang sakit dekat dada ya ?" cemas Hannisya . Tangannya mengusap dada sasa Haizel .

"Sakit sangat sebab ada bidadari kenyit mata dekat abang" Haizel melepaskan ketawanya apabila melihat wajah terkebil-kebil Hannisya .

"Abang ni ingatkan apalah tadi . Boleh pula dia main-main" Hannisya memeluk tubuhnya sambil merengus geram . Marah

Tetapi tersangat comel di mata Haizel . Dengan muka merahnya ... Hailah sayang kenapa selalu buat abang jatuh cinta ni ? Penat tahu tak ?

Hannisya mengalihkan pandangannya ke hadapan . Serentak wajahnya berubah menjadi pucat apabila tiba-tiba kereta Hilux berhenti di hadapan jalan mereka .

BAM !

Haizel yang tidak sempat tekan terus menghentam kereta itu . Nasib dia sempat memegang tubuh Hannisya dari terlonjak ke hadapan .

"Abang"

"Sayang okey ?" Haizel membelek wajah Hannisya . Ada sedikit kesan darah akibat tertores oleh kaca yang pecah di sisi wajah isterinya akibat perlanggaran tadi .

Hannisya mengangguknya tetapi dia lebih tertumpu pada situasi di luar . Ada empat kereta yang mengelilingi mereka .

Oh god ! Apa lagi ni ?

Pintu pada bahagian Hannisya dibuka dengan kasar sebelum tubuh gadis itu tertarik keluar . Haizel yang tidak tunggu lama terus keluar dari keretanya .

Namun ada sesuatu yang keras diletakkan di bahagian belakang kepalanya . Malah Adrian , Rayyan , Zariff dan Jayden juga diacah dengan pistol .

Haizel memejam matanya seketika . Dia sudah dapat mengagak siapa gerangan bangsat yang menganggunya malam-malam begini .

"Well...well...well look at here . Kita ada siapa malam ni ?" Nicolas membuat muka tidak bersalah sebelum keluar dari kereta Hilux yang sudah kemek di bahagian tepi . Kakinya melangkah ke arah Hannisya yang sedang dipegang oleh budak suruhannya.

"Jangan sentuh isteri aku , Nicolas" dingin sahaja suara Haizel memberi arahan pada Nicolas yang baru sahaja hendak menyentuh rambut Hannisya .

"Why ? Aku cuma nak suai kenal dengan isteri kawan baik aku ni . Haritu aku datang rumah Dato Hazlen dia tak ada . Pandai kau sembunyikan dia" seakan tidak kisah pada amaran Haizel , tangannya mengelus lembut rambut panjang Hannisya dan dibawakan naik ke hidungnya . Wangi .

Hannisya pula sudah mengigil ketakutan . Sedaya upaya dia mengerakkan badannya. 

"Ouuu don't worry , beautiful lady . I don't harm you . I just want smell you" Nicolas mendekatkan wajahnya pada Hannisya . Dia mengaku dia terbuai dengan kecantikkan Hannisya . Bibir delima merah milik Hannisya seakan-akan memanggil untuk menyentuhnya .

Hannisya meludahkan air liurnya tepat pada wajah Nicolas yang sedikit lagi hendak menciumnya .

Semua terkedu dengan tindakan berani Hannisya . Haizel senyum senget .

That's my wife .

Nicolas memejam matanya sebelum menyapu air liur di wajahnya .

"Aggresive . I like it" Nicolas senyum manis . Arghh kenapa dia tidak jumpa dulu wanita ini ?

PANG !

Tangan kasar Nicolas hinggap di pipi gebu Hannisya . Selepas itu , dia mengusap pipi yang semakin merah itu .

"Sial kau Nicolas" Haizel merentap tangannya kuat sebelum memberikan penumbuk pada rahang lelaki itu .

Adrian pula pantas merampas pistol yang berada di belakang sebelum ..

BANG !

Terus jatuh jasad yang tidak bernyawa itu ke jalan tar .

Haizel melangkah dengan perasaan membara melangkah dengan teguh ke arah Nicolas yang tersenyum sinis .

"Kenapa tercabar ke ?" ejek Nicolas .

Haizel menjeling ke arah Hannisya yang dipegang oleh anak buah Nicolas . Pipi gadis itu merah .

"By one . Without any weapons . Kalau kau anak jantan" cabar Haizel . Tubuhnya direnggangkan .

Nicolas senyum sebelum dia membuka kemejanya dan dicampak ke tepi . Tersengam indah tubuh sadonya yang dipenuhi dengan tattoo naga .

Haizel membuka kekudanya . Begitu juga dengan Nicolas .

Anak buah Nicolas juga habis dibelasah oleh 4 jejaka itu . Easy beb !

Mereka berempat hanya memeluk tubuh melihat perlawanan Haizel dan juga Nicolas .

happy 4.22k readers 😭❤ thank youuuuuu ❤

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now