42 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1.2K 57 1
                                    

           HANNISYA kehulur ke hilir di hadapan bilik bedah itu . Lampu yang merah masih menyala menandakan pembedahan sedang dijalankan . Hatinya semakin bimbang dengan keadaan Haizel .

"Relax Sya . Pening kepala aku tengok kau kehulu kehilir" Zariff menggaru kepalanya .

"Mana boleh . Suami Sya dekat dalam tu" Hannisya mengigit ibu jarinya . Wajahnya jelas kelihatan riak risau .

"Ha engkau pergi mana ?" soal Zariff kepada Jayden yang baru tiba .

"Aku cari bajulah . Tak selesa aku bila tengok nurse ni duk usya badan aku" Jayden menjeling tajam ke arah sekumpulan jururawat yang berdiri tidak jauh daripada mereka . Bukannya dia tidak tahu mulut tengah bercakap tapi mata duk menganalisis badan orang . Cucuk mata kang .

"Badan kau kan nice.  Ada sixpack pula tu" Rayyan berkata .

"Kau puji badan aku ke ?" Jayden membuat muka terkejut . Tidak cukup dengan itu kedua tangannya naik memegang pipi sendiri .

"Aku tarik balik kata-kata aku tadi" Rayyan memeluk tubuhnya .

"Apa main tarik-tarik ni . Tak aci doh" Jayden berkata .

"Aci dekat India" balas Rayyan .

"Sya" Datin Dhira bergegas menghampiri Sya yang berdiri tegak di hadapan bilik bedah .

"Mama" Hannisya terus masuk ke dalam dakapan Datin Dhira .

"Mama ... Abang Haizel dekat dalam tu" cebik Hannisya .

Datin Dhira mengusap belakang badan Hannisya .

"Sabar sayang . Mama tahu Haizel tu kuat . Jangan risau ya"

"Siapa keluarga bagi Haizel Hans Bin Dato Hazlen ?" tanya seorang doktor yang baharu sahaja keluar dari bilik pembedahan .

Laju Hannisya menapak ke arah doktor lelaki itu , Doktor Arsyad .

"Saya isteri dia" jawab Hannisya .

"Okey Puan Hannisya . Kesan tembakan pada belakang badan suami puan berjaya dikeluarkan tanpa ada sebarang risiko lain . Syukur sebab peluru tu tak kena mana-mana bahagian organ yang penting . Keadaan dia stabil buat masa ini . Tapi kalau apa-apa terjadi , cepat-cepat panggil saya ya" pesan Doktor Arsyad .

Hannisya mengucapkan syukur di dalam hati . Lega sedikit mendengar khabar daripada doktor muda ini .

"Kalau tak ada apa-apa , saya minta diri dulu ya?" Hannisya mengangguk perlahan dan memberikan laluan untuk doktor itu .

♡♡♡

         HANNISYA mengusap perlahan rahang tajam milik Haizel yang masih terlena disebabkan kesan ubat tidur yang diberi sewaktu pembedahan tadi .

Tangan Haizel digenggam . Sesekali dia mencium tangan itu .

"Syaa" DatinDhira dan Laura yang baru sahaja masuk ke dalam wad Haizel terus merapati Hannisya yang berada di sisi katil .

"Mari makan sayang . Sya pagi  tak makan lagi . Nanti perut Sya masuk angin nanti" Datin Dhira mengusap rambut Hannisya dengan lembut . Tahu dia yang Hannisya langsung tidak meninggalkan Haizel selepas Haizel dipindahkan ke bilik ini .

"Sya tak laparlah mama . Sya nak tunggu abang sedar" mata Hannisya berkaca menahan tangisan . Sedari malam tadi dia menangis tak berhenti sehingga matanya mula merah .

"Ya sayang . Tapi kalau Sya tak makan nanti Sya sakit . Haaa nanti Haizel risau pula" pujuk Datin Dhira lagi .

"Jomlah kak . Kita cari nasi ayam dekat kantin nak ? Hari tu Laura dengar makanan dekat sini sedap-sedap" Laura memeluk bahu Hannisya . Dia sudah mengenali Hannisya yang hantu nasi ayam .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now