JARI-JEMARI digenggam erat menahan debaran di dalam hatinya . Hari ini merupakan hari bahagia bagi pasangan sejoli iaitu Aya dan juga Ace . Mengenai Laura dan Ian pula mereka akan mengadakan majlis nikah dan tunang pada hari yang sama atas permintaan Adrian sendiri . Katanya tidak mahu bertunang lama-lama .
Hannisya yang berada di sebelah Aya hanya tersenyum lebar . Bahagia sahabat dunia dan akhirat dia sudah hampir digelar isteri .
Aya dan Ace sudah merancang untuk bernikah di rumah sahaja . Aya nampak sopan dengan busana nikah yang berwarna putih ditambah lagi bawal yang dililit menampakkan lagi keayuannya .
Aya membetulkan duduknya di atas pelamin . Hannisya yang berada di sebelah cuba untuk menenangkannya .
"Leklah sis . Bukan kau yang kena akad nikah" Hannisya mengemam bibirnya . Aya menjeling Hannisya yang sudah tergelak perlahan . Nanti kalau gelak kuat kang jatuhlah keayuannya . Padahal dekat tepi Adrian , Haizel sudah merenung wajah Hannisya dengan tajam . Hannisya membalas pandangan itu dengan kenyitan mata .
Ace yang sudah menandatangani borang nikah terus menyerahkan kepada tok kadi .
"Boleh kita mula ?" soal Tok Kadi pada Ace .
Ace mengangguk kepalanya . Riak wajahnya kekal tenang seumpana air yang tidak pernah disentuh namun di dalam hatinya hanya Allah SWT sahaja tahu betapa kuatnya debaran ketika ini .
"Bismillahirrahmanirrahim" Azam menghulurkan tangannya . Dia yang akan nikahkan anak bongsunya pada hari ni .
Ace menghembus nafasnya sebelum mengenggam kembali tangan Azam .
"ARIAN CAYDEN ELVARD BIN HARITH LUQMAN"
Hannisya dan Aya memandang sesama sendiri mendengar nama penuh Ace . Nama punyalah sedap .
"SAYA" jawab Ace .
"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN AYLA ALEXANDRIA BINTI AZAM DENGAN SENASKAH AL QURAN DAN JUGA MAS KAHWIN SEBANYAK RM 20000 TUNAI" satu nafas Azam menuturkan akad itu .
"AKU TER-"
"TUNGGU !"
Semua mata memandang ke arah seorang lelaki yang baharu sahaja tiba di muka pintu . Nafasnya termengah-mengah menandakan lelaki itu berlari tadi .
"Abang" Aya yang berada di atas pelamin melambaikan tangannya . Tidak dia sangkakan bahawa abang sulungnya akan balik pada hari pernikahannya . Aqeal Attar , abang sulungnya yang melanjutkan pelajarannya di London dalam bidang arkitek . Kebiasaannya Qeal memang susah untuk balik ke sini kerana tambang sangat mahal .
Tercengang Ace , Haizel , Rayyan , Jayden dan juga Zariff melihat kemunculan Aqeal yang selamba sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Azam , bapa kepada Aya .
"Kamu ni . Ingatkan siapalah tadi" Azam mengeleng kepalanya melihat tindakan Qeal yang selamba suruh mereka untuk berhenti .
Qeal hanya menayangkan senyuman tidak bersalah .
"Oh jangan risau aku abang kepada Aya . Jangan ingat aku ni skandal Aya macam dalam drama tu" Qeal berjabat tangan dengan Ace .
Lega hati Ace mendengarnya .
"Ehem boleh kita mulakan 'sekali' lagi ?" tanya Tok Kadi . Sengaja dia tekankan perkataaan 'sekali' .
Qeal menggaru kepalanya yang tidak gatal . Terasa malulah pula dengan tindakan sebentar tadi .
"ARIAN CAYDEN ELVARD BIN HARITH LUQMAN"
"SAYA" jawab Ace kuat .
"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN AYLA ALEXANDRIA BINTI AZAM DENGAN SENASKAH AL QURAN DAN JUGA MAS KAHWIN SEBANYAK RM 20000 TUNAI" Azam menyentak sedikit tangannya yang dijabat oleh Ace .
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...