34 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1.3K 74 4
                                    

HANNISYA termenung jauh . Matanya tidak berkalih dari lautan biru yang tersergam indah . Malam tadi dia terus membawa dirinya ke Pulau Pangkor . Sakit hati ditipu oleh suami sendiri .

Hannisya mengeluh sendiri . Kepalanya kian berasa sakit apabila memikirkan tentang suaminya . Hannisya memeluk tubuhnya kerana angin dari pantai itu membuatkan tubuhnya kedinginan . Dia berpaling ke belakang untuk memasuki biliknya . Nasib baik dia terjumpa resort yang berhadapan dengan pantai jadi tidak menyusahkan dia untuk berbalik ke bilik .

Hannisya menutup sliding door dan diselak langsir menutup pintu itu . Seketika dia mengerutkan dahinya , rasanya tadi dia buka lampu di dalam biliknya . Kenapa sekarang suram sahaja biliknya itu ? Takkan blackout kut ?

Hannisya bergerak mencari suis lampu .

PAP !

Hampir luruh jantung Hannisya apabila melihat kelibat seorang lelaki yang sedang elok duduk di sofa .

"Jauhnya sayang abang ni lari . Tinggalkan abang sorang-sorang" Haizel bangun dari sofa dan mendekati Hannisya yang masih terbungkam . Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar .

Oh no !

Hannisya mengundurkan langkahnya ke belakang . Dia dapat merasakan aura suaminya kali ini lebih berlainan . Atau lebih tepat menyeramkan .

Wajah Haizel langsung tidak senyum malah hanya menayangkan wajah bekunya sahaja .

Hannisya yang baharu sahaja hendak membuka langkah terbantut apabila Haizel lebih pantas merangkul pinggang Hannisya dekat dengannya .

"APA NI LEPASKAN SAYA LAH !" Hannisya menolak kuat dada bidang Haizel supaya melepaskannya .

"AWAK DAH GILAKAH HA ?!" kata Hannisya kuat .

Haizel menghumban tubuh Hannisya di atas katil dan dia naik menindih tubuh isterinya . Kedua tangan isterinya dilekapkan di sisi .

"Aku boleh jadi lebih gila daripada ni kalau kau cuba untuk lari dari aku , sayang !" tegas Haizel berkata .

Hannisya berhenti memberontak . Sedar kekuatan dia tidak setanding Haizel . Buang tenaga sahaja kalau dia melawan . Hannisya juga berasa takut dengan Haizel yang seperti hendak menerkam orang .

Hannisya memalingkan wajahnya ke tepi .

"You think you can run from me , my little wife ?" soal Haizel .

"Wherever you run , I'll chase you until I get my wifey because you're mine forever" Haizel mengelus perlahan rambut Hannisya yang menutupi wajah .

Haizel smirk .

Okey this is hot . Ummie tolong Sya !

"Let me go , Haizel" Hannisya berkata dengan tegas .

"Boleh tapi kau jangan sesekali lari daripada aku . Kalau tak nak aku buat benda yang kau sendiri benci" Haizel bangkit dari menindih tubuh Hannisya .

Hannisya menghela nafas dengan lega . Hannisya mahu bangun tetapi Haizel pantas menarik tubuhnya duduk di atas riba . Tempat yang selalu dia akan duduk jika bermanja dengan Haizel .

"Untuk langkah berjaga-jaga" seperti memahami wajah masam Hannisya , Haizel menjawab . Tangannya memeluk tubuh Hannisya dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya .

"I really miss you , little wifey" ucap Haizel dengan mendekatkan wajahnya di leher Hannisya . Ketenangan . Itu yang dia rasa ketika gadis itu berada di sampingnya .

"Saya tak suka pembunuh" keluh Hannisya sambil melarikan pandangannya dari menentang mata dengan Haizel .

"Siapa cakap abang pembunuh ?" soal Haizel sambil mengangkat keningnya . Elehhh tapi adalah sikit . Takpe kan ?

"Mana ada orang jahat macam awak tak membunuh" balas Hannisya dengan tidak berpuas hati .

Haizel menjentik dahi isterinya .

"Auchh sakitlah" Hannisya memegang dahinya . Mulutnya dimuncungkan .

Haizel dengan sepantas kilat mencium bibir muncung si isteri .

"Manis macam strawberri" komen Haizel dengan nakal .

"Eish" Hannisya menampar lengan Haizel . Cepat betul emosi suami dia berubah . Haish ...

Haizel melepaskan ketawanya melihat wajah monyok Hannisya dengan memeluk tubuh . Geramnya isteri siapa ni ?! Terkam kang ...

"Sebab tu dengar dulu sampai habis apa yang abang nak cakap" Haizel mengusap dahi Hannisya .

"Mana ada abang cakap apa-apa . Orang tanya bukannya nak jawab . Diam je" Hannisya menjeling .

"Abang jelaskan ya"

"Nak dengar ke tak ni ?" Haizel mencuit pipi Hannisya .

"Eish" Hannisya memeluk tubuh sambil memandang Haizel . Cepat betul suaminya berubah menjadi yang asal . Tadi bukan main lagi menyeramkan sekarang macam kucing parsi sudah .

"Comelnya sayang abang ni" Haizel mencium pipi Haizel berkali-kali .

"Abang nak cerita ke tak ni ? Nanti Fiy lari lagi baru tau" Hannisya menjulingkan matanya ke atas . Hannisya terpaku melihat wajah tegang Haizel .

"Erkkk" Hannisya sudah kehilangan kata .

"Fiy nak lari tinggalkan abang ke ?" pelukan di pinggang Hannisya diperketatkan .

Hannisya meneguk air liurnya . Alamak ! Kenapa suaminya tiba-tiba berubah ni ?

"Ma..mana ada Fiy lari tinggalkan abang" Hannisya memberanikan diri mengusap dada Haizel .

Haizel menghelas nafasnya . Wajahnya juga turut berubah menjadi biasa .

"Janji dengan abang jangan tinggalkan abang lagi . Please sayang . I can't handle myself without you" Haizel menghulurkan 'pinky promise' . Hannisya menyambutnya dengan jari kelinking .

"Abang memang banyak musuh . Abang mengaku abang orang jahat tapi abang tak bunuh orang yang tak bersalah . Dekat Malaysia ni , abang penyumbang senjata untuk polis dah askar . Jangan risau semua tu berlesen" terang Haizel .

"Habis kenapa setiap kalau kita keluar mesti ada je yang perhatikan kita ?" soal Hannisya .

"Sayang perasan ?" Haizel mengangkat keningnya .

Hannisya mengangguk kepalanya . Bukannya dia tidak perasan pasti ada dua atau tiga orang berbaju hitam akan memperhatikan mereka .

"Dulu papa ada ambil seorang anak angkat nama dia Nicolas . Semuanya keadaan baik-baik sahaja tapi rahsia papa yang papa simpan terbongkar tu menyebabkan Nicolas berpaling arah dan tinggalkan kami sekeluarga . Tak cukup dengan tu , dia selalu attack kitaorang dengan bermacam-macam cara . Contohnya , kereta Jay yang kena letopkan haritu . Ingat tak ?" laju Hannisya mengangguk kepalanya .

"Haritu mama ada cakap yang dia nak Fiy tapi kenapa ? Fiy tak kenal dia pun" Hannisya menyengetkan sedikit kepalanya . Pelik .

"Sebab Fiy adalah orang yang tersangat-sangat penting dalam hidup abang" Haizel senyum manis .

Hannisya memalingkan wajah ke arah lain . Segan pula dia . Ecece nak blushinglah tu ....

"Sebab tu abang tak nak sayang jauh sikit pun dari abang" jelas Haizel lagi .

Hannisya mengangguk kepalanya tanda faham .

"Sayang dah maafkan abang ke belum ?" Haizel mengeselkan hidungnya di pipi gebu Hannisya.

Hannisya mengetuk dagunya seketika .

"Boleh tapi ada syarat" Hannisya menaikkan keningnya berkali-kali .

"Syarat apa ?" berkerut dahi Haizel .

Hannisya senyum bermakna .

°
°
°
°

weyh suprising gilalah . HAPPY 2.24K READERS 😭 THANK YOU SO MUCH PADA YANG SUPPORT WANIEY ❤ SAYANG KORANG KETAT II ❤!!!!!

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now