SAYUP-SAYUP sahaja Hannisya mendengar suara orang mengerang . Hannisya menyelak rambutnya dan diselitkan di telinga untuk mendengar dengan lebih jelas . Seketika dia mengerutkan dahinya . Itu bukan suara Haizel tapi siapa pula yang mengerang tu ?
Hannisya menundukkan sedikit tubuhnya agar tidak terlihat oleh orang suruhan lelaki itu . Manakala Jayden dan Zariff menunduk sama di belakang Hannisya . Sebagai langkah mempertahankan gadis itu jika ada yang menyerang .
"Princess" Jayden menarik sedikit pijama milik Hannisya .
Hannisya mengerling ke belakang . Jayden menunjukkan satu arah dengan jari telunjuknya .
"Haizel mesti ada dalam bilik tu" Jayden berkata .
Hannisya mengangguk kepalanya perlahan . Kaki dijengketkan supaya tidak mendengar derapan kaki .
"AAARGHHHHHH"
Tersentak Hannisya apabila mendengar suara jantan menjerit dari dalam bilik itu . Hannisya mengerutkan dahinya yang terasa pelik .
Pintu bilik itu ditolak dengan perlahan , terbuntang mata Hannisya melihat Haizel yang selamba sahaja mematahkan tangan seorang lelaki .
Ada seorang lagi yang menghalakan muncung pistol ke arah Haizel .
Hannisya tidak tunggu lama terus berlari laju dan memusingkan tubuhnya lalu menyepak kuat sisi kepala lelaki itu .
"Aduhhh" lelaki itu terus terjatuh mengenai bucu meja yang kebetulan berada di situ . Berbalam terus pandangannya ketika itu .
"WOW ! What's a big suprise ? Look at here . We have Mrs.Haizel Hans" Nicolas yang selamba melabuhkan punggungnya di sofa mendepakan tangannya seolah-olah mengalu-alukan kedatangan Hannisya ke sini .
Hannisya sedikit pun tidak memandang Nicolas, dia lebih tertumpu pada Haizel . Badan lelaki itu dipenuhi dengan darah . Begitu juga dengan tangannya . Tangannya digenggam bagi menahan amarah yang semakin membara . Gigi terketap kuat apabila melihat keadaan suaminya sudah berdarah begini .
Haizel pula seperti terkejut apabila melihat Hannisya berada di sini .
"Jangan risau suami kau tak mati lagi . Aku saja nak bagi kau datang dulu sebab nak bagi kau tengok muka suami kau sebelum dia mati" Nicolas bangun seraya mendekati Hannisya yang berdiri di muka pintu .
Hannisya mengeluarkan Glock 17 kepunyaan Haizel yang terselit di pinggangnya lalu dia terus meletakkan muncung pistol itu tepat pada dahi Nicolas tanpa sedikit gentar pun .
Serentak dengan itu , semua budak suruhan menghalakan senjata ke arah Hannisya .
Hannisya hanya kekal tenang . Tiada rasa takut ketika ini malah perasaan dendam melebihi segala-segalanya .
"Kau yakin ? Aku rasa kau mati malam ni" sinis Hannisya berkata .
Haizel mengerdipkan matanya berkali-kali bagai tidak percaya ini Hannisya atau lebih tepat isterinya sendiri ? Atau ini jelmaan ? Isteri dia ke tu ?
Nicolas hanya gelak . Tidak terasa dengan kata-kata Hannisya . Dia juga terkejut dengan perubahan Hannisya ketika ini . Selama ini dia ingatkan gadis ini lemah-lembut dan sopan sahaja .
"Jangan kasar sangat macam ni . Aku sure kau tak bahagia dengan dia kan ? Kau boleh kahwin dengan aku lepas jantan ni mati" Nicolas mengenyitkan matanya pada Hannisya .
Hannisya senyum nipis.
"Really ? Kau boleh bahagiakan aku ?" Hannisya menurunkan senjatanya lalu mendekati tubuh Nicolas .
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...