"ASSALAMUALAIKUM UMMI ! SYA DAH BALIK NI." Hannisya memberikan salam sebelum memasuki rumah . Kasutnya diletak rapi di atas rak kasut . Puan Hasnah muncul di muka pintu dengan muka tersenyum melihat anak daranya .
Hannisya yang perasan akan kehadiran umminya terus memeluk .
"Sya rindu ummi." cebik Hannisya . Puan Hasnah hanya menepuk perlahan belakang Hannisya .
"Itulah siapa suruh tak balik rumah ni hari-hari." perli Puan Hasnah . Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah . Lalu duduk di sofa yang berada di ruang tamu .
"Sya bukan tak nak balik cuma Sya busy-lah ummi . Kerja banyak sangat sebab sekarang budak-budak nak exam ." Hannisya melentokkan kepalanya di bahu Puan Hasnah .
Puan Hasnah hanya mengelengkan kepalanya . Dia faham akan kerjaya anak daranya sebagai gurunya . Besar tanggungjawabnya .
"Ummi masak apa harini ?" Hannisya bertanya . Perutnya sudah berkeroncong minta diisi .
"Itulah kerja kamu . Kalau balik asyik nak makan je . Nanti gemuk tak tahulah." usik Puan Hasnah .
"Mana ada Sya gemuk ummi niyh . Sya ni fit okey." Hannisya tersenyum .
"Dah jom kita ke dapur . Ummi hidangkan ya." ajak Puan Hasnah .
"Jom." dengan senang Hannisya mengikuti langkah Puan Hannisya .
♡♡♡
"AMBOI ANAK BERANAK NI . SAMPAI KE LUAR BOLEH DENGAR UMMI DENGAN SYA GELAK TAU." sergah Ayden , anak kandung kepada Puan Hasnah . Seorang yang sangat humble , prihatin dan sangat baik terhadap Hannisya .
"Mana ada kitaorang gosip bang . Kitaorang cuma cakap pasal Kak Pipah belakang rumah ni je." Hannisya ketawa sekali lagi diikuti dengan Puan Hasnah . Teringat akan Kak Pipah dikejar oleh anjing sehinggakan memanjat pokok .
Kak Pipah , seorang janda yang paling hot dalam kampung ini . Pakaiannya tidak usah dikatakan memang seksi habis . Dengan memakai baju kebayanya sudah cukup untuk membuatkan hati jejaka tua dia kampung ini tergilakannya .
"Amboi sedap mengata orang ya . Nanti jadi dekat diri tu balik baru padan muka." Ayden berlalu ke singki untuk membasuh tangan .
"Eish abang ni . Tak baik tau cakap macam tu." Hannisya menyedukkan nasi untuk Ayden .
Ayden duduk di sebelah Puan Hasnah . Ayden mengangguk kepalanya apabila Hannisya menyedukkan lauk untuknya .
Puan Hasnah memerhatikan Hannisya dengan Ayden yang tidak ubah seperti adik-beradik kandung . Layanan Ayden terhadap Hannisya sangat baik . Tetapi mereka juga menjaga batas kerana mereka sedar mereka tidak mempunyai ikatan apa-apa .
"Stay kat sini sampai esok ke ?" soal Ayden .
Suapan Hannisya terhenti apabila Ayden mengajukan pertanyaan .
"Erm no . Sya datang sini sebab rindu dekat ummi." balas Hannisya .
"Haihh rindu dekat ummi je ke ? Dekat abang awak yang hensem ni ?" usik Ayden sambil tersenyum nakal .
"Hm boleh ada sikit."
"Eiiii bertuah punya adik." Ayden menjulingkan matanya ke atas .
"Em ummi . Sya nak bagitahu something ni." kata Hannisya .
"Kenapa Sya dah ada boyfriend ke ?" seloroh Puan Hasnah .
"Eish ummi ni . Mana ada ummi . Sya nak cakap Sya nak pergi bercuti jer." jelas Hannisya .
"Laaa ingatkan apalah tadi." hampa Puan Hasnah .
"Bercuti dekat mana ? Dengan siapa ?" aju Puan Hasnah .
"Sekolah ada buat program untuk cikgu-cikgu bercuti dekat Terengganu." balas Hannisya .
"Berapa hari tu ?" tanya Ayden .
"Seminggu rasanya." jawab Hannisya .
"Lamanya." komen Puan Hasnah .
"Apa salahnya ummi . Sya ni kan tak pernah cuti lagi." ujar Ayden .
Hannisya hanya mengangguk kepalanya .
"Bila nak pergi tu ?" tanya Ayden lagi .
"Err tak silap Sya pergi hari Khamis kut." balas Hannisya ingat tak ingat .
"Ha ye la . Pergilah." Puan Hasnah membenarkan .
Mereka bertiga rancak berborak . Hannisya tergelak apabila Ayden dan Puan Hasnah membuat lawak . Hannisya sangat beruntung kerana mendapat keluarga angkat yang sangat baik terhadapnya . Ditambah lagi sifat ramah Ayden dan Puan Hasnah sangatlah bahagia hidupnya . Suami Puan Hasnah sudah meninggal dunia manakala Ayden pula hanya anak tunggal .
sorry nah kalau ada typo heee . have fun pretty/handsome . ouh lupa jangan lupa comment and vote for me ya cantik ii ❤!.
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...