HANNISYA mengerutkan keningnya apabila ada sesuatu yang mengacaunya sedang tidur . Bila ditepis benda tu mesti merayap di mukanya kembali . Tidak cukup dengan merayap , benda tu meniup wajahnya . Hannisya memalingkan badannya ke tepi . Dia senyum sedikit apabila tiada lagi gangguan .
Tapi baru sahaja hendak dibuai mimpi kembali , tubuhnya ditarik sehingga terpusing ke belakang . Terus Hannisya membuka kelopak matanya . Tidak berkelip dia apabila memandang wajah Haizel yang sangat rapat dengannya .
"Tak baik tidur belakangkan suami , sayang" bisik Haizel . Lelaki itu mencium dahi Hannisya . Tangannya memeluk erat pinggang ramping gadis itu .
Hannisya pula sudah kehilangan kata-kata . Baru je bangun dah kena hadap benda macam ni . Kalau dia ada masalah jantung , siapa yang susah ?
"Bangunlah . Kita nak pergi bercuti ni" Haizel melagakan hidung mancungnya di hidung Hannisya.
Hannisya menepuk dahinya . Aduh dia lupa .
"Abang . Fiy minta maaf Fiy lupalah . Dah lah baju kita pun Fiy tak kemas lagi ni" Hannisya mula kelam kabut . Ini mesti kes semalam yang dia sibuk bersembang dengan Laura , Eisray dan Aya sehingga dia tertidur di ruang tamu .
Terpaksalah Haizel mengangkatnya ke bilik . Tapi tak terpaksa mana pun . Lagi suka adalah .
"Heyy don't worry , little wifey . Semuanya dah siap . Abang dah kemas tadi" Haizel mencuit hidung mancung Hannisya.
Hannisya menarik nafas lega .
"Bangun mandi dan ambil wudhuk . Kita solat Subuh sama-sama" ajak Haizel .
Hannisya tersenyum manis . Inilah salah satu perangai Haizel yang membuatnya jatuh cinta berkali-kali . Sentiasa menjaga hubungannya dengan Maha Berkuasa dan selalu mengimamkannya waktu solat .
"Kalau 5 minit lagi boleh tak ? Fiy penatlah" pinta Hannisya sambil mencebikkan bibirnya . Dia menolak sedikit badan Haizel supaya terlentang . Kemudian , Hannisya menaikkan sedikit wajahnya dan meletakkan dagunya di dada Haizel .
"Penat bersembang ke sayang ?" Haizel mengelus lembut rambut coklat pekat Hannisya .
Hannisya menayangkan giginya . Benar sekali tekaan Haizel tapi penat melayan tetamu pun masih tersisa .
"Abang please" Hannisya memuncungkan bibirnya .
Haizel senyum manis . Isterinya semakin manja dengannya sehingga dia sendiri berasa geram . Gigit kang .
"Tidurlah . Abang nak pergi mandi kejap" baru sahaja Haizel menolak wajah Hannisya , gadis itu menongkat dagunya di dada Haizel kembali .
"Nak tidur dengan abang boleh ?" Hannisya menyengetkan wajahnya .
"Nanti kita lambat nak bersiap" bantah Haizel lembut .
"Tak akan lambat kalau abang bagi Fiy peluk abang sekarang" Hannisya berkata sambil mengangkat keningnya .
"Yelah" Haizel pasrah namun senyuman kekal di bibirnya .
Hannisya tersenyum suka sebelum dia merangkul tubuh tegap milik Haizel sebelum menyelesakan kepalanya di dada Haizel .
Sementara Haizel pula tidak melelapkan matanya , tangan tidak berhenti mengusap rambut Hannisya. Nanti dia tidur dah terbabas mereka nanti .
♡♡♡
"SAWAAADIKAPP . THAILAND AKU DAH SAMPAIIII" Zariff menjerit sekuat hati . Mereka semua sudah berancang untuk bercuti ke Thailand dan juga menaiki jet peribadi milik Dato Hazlen . Bukan hanya mereka yang menyertai percutian ini malah Ayden dan Puan Hasnah turut
PAK !
Satu tamparan tepat mengenai belakang kepala Zariff . Baru sahaja Zariff hendak menyembur gerangan yang sesuka hati menepuk kepalanya terhenti apabila melihat wajah Dato Hazlen . Nasib sempat brek kalau tidak mahu dia jadi gelandangan dekat sini nanti .
"Aku campak kau dekat laut nanti baru tau . Behave sikit" Dato Hazlen berkata seraya memegang tangan isterinya untuk berjalan ke hadapan .
Zariff hanya memuncungkan bibirnya sambil mengosok kepalanya . Nak buat masalah sikit pun tak boleh . Tak aci .
"Rasanya kita boleh balik resort kawan papa dulu . Malam nanti kita keluar dinner" cadang Dato Hazlen . Semua mengangguk kepalanya tanda bersetuju . Hari pun sudah dekat pada waktu senja .
"Kak Hasnah . Marilah naik dengan saya" ajak Datin Dhira sambil menghulurkan tangannya .
"Budak-budak tu biar diaorang naik van hitam dekat belakang tu" Dato Hazlen memuncungkan bibirnya .
"Terima kasih lah Dato dan Datin" ujar Puan Hasnah . Dia masih segan dengan kedua pasangan suami isteri ini kerana semua perbelanjaan dia ke sini semuanya ditanggung oleh Dato Hazlen . Sudah puas dia menolak kerana dia juga ada duit simpanan di dalam bank . Duit itu semuanya sumber dari pemberian Hannisya dan Ayden setiap bulan .
"Aip apa pula Dato Datin ni . Kitakan dah berbesan . Panggil Dhira je kak" balas Datin Dhira dengan mesra .
Puan Hasnah hanya mengangguk kepalanya . Dia masuk ke dalam kereta Range Rover milik Dato Hazlen di bahagian penumpang belakang .
"Sayang come" Haizel menghulurkan tangannya kepada Hannisya untuk naik ke van . Tempat yang paling belakang dituju . Hannisya melabuhkan punggungnya di sebelah tingkap . Haizel tahu Hannisya akan cepat mual kalau tiada angin .
Ace dan Aya pula duduk bersebelahan dengan Haizel memandangkan kerusi di belakang mempunyai 4 . Laura dan Adrian pula di kerusi tengah . Kalau ikutkan Laura hendak duduk bersama Eisray tapi Adrian ni mengada terlebih . Jadi terpaksalah Eisray duduk di sebelah Jayden .
"Abang dah banyak kali ke datang sini ?" soal Aya kepada Ace . Tangannya sedari tadi di dalam genggaman Ace seperti tidak sanggup untuk melepaskannya .
"Hurm nak kata banyak tu , banyaklah juga sebab papa ada syarikat dekat sini . Jadi selalunya yang pantau dia dekat sini Haizel tapi kitaorang yang nak ikut dia datang sini . Saja menyemakkan kepala dia" Ace menjelas sambil tersengih .
"Kau memang suka menyemakkan kepala aku" Haizel menjeling.
"Alah kau . Kalau tak ada kitaorang mesti kau kesunyian punya" Ace menyenggol bahu Haizel yang berada di sebelahnya .
"Tak ada masa" balas Haizel lagak .
Ace senyum nakal sebelum dia headlock kepala Haizel dan dia mengosok kuat rambut lelaki itu sehingga serabai .
"Woi lepaskan akulah gila" Haizel cub melepaskan kepalanya tetapi tidak berjaya .
Laura , Aya dan Hannisya yang berada di sebelah melepaskan tawanya .
Eisray yang melihat terus mengeluarkan iPhone 14 Pro Max berwarna ungu miliknya terus merakam kejadian itu . Boleh dijadikan kenangan nanti .
Zariff dan Jayden pula bersorak dengan penuh semangat .
Rayyan dan Adrian pula hanya mendiamkan diri dan lebih memerhati . Bibir menguntum senyuman nipis .
"Arghhh bodoh sakit kepala aku sial" giliran Ace pula menjerit apabila Haizel meluku kepalanya . Haizel tidak berhenti di situ dia membuat headlock kepala Ace sebelum menyerabutkan rambut kemas Ace pula .
"Weyh nak tertanggal gila kepala aku . Honey help me" adu Ace kepada Aya di sebelah . Aya hanya ketawa riang . Sedikitpun dia tidak menolong suaminya yang sudah seperti ayam hendak disembelih .
"HAIZELLLLL ! LEPAS BODOH KEPALA AKU NAK TERCABUT KAU TAHU TAK ?!"
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...