49 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

393 25 4
                                    

          HAIZEL yang sedang menikmati pemandangan pantai di Phuket terasa tenang . Sejuk sahaja angin yang menerpa di wajahnya . Kawasan pantai ini juga tidak ramai pelancong menjadikan suasana lebih tenang .

Terasa pinggangnya dipeluk dari belakang , Haizel hanya senyum manis sambil mengusap tangan halus itu . Tahu siapa gerangan yang memeluknya ketika ini .

"Nyamannya dekat sini , kan abang ?" ujar Hannisya sambil menyandarkan kepalanya di belakang badan Haizel .

"Haah tapi lagi nyaman kalau ada sayang dekat sisi abang" Haizel menarik badan Hannisya supaya menghadapnya . Dipeluk rapat badan gadis itu . Hannisya senyum sambil merebahkan kepalanya di dada sasa Haizel .

"Abang bertuah sangat sebab dapat jadikan sayang sebagai peneman hidup abang ." luah Haizel sambil mengusap lembut rambut Hannisya .

Hannisya hanya tersenyum manis sehingga menayangkan giginya yang cantik tersusun .

"Sepatutnya sayang yang kena cakap macam tu sebab dapat suami yang handsome , hot , manja , sweetalker dan yang paling penting gentlemen .Perfect package for me . I love you so much husbaby" Hannisya menongkatkan dagunya di dada Haizel sambil memandang wajah Haizel dari bawah . Terserlah jawline tajam milik Haizel . Auchhh syomellah .

"I love you than more , my little wifey" Haizel melabuhkan ciumannya di dahi Hannisya . Lama .

"Erm abang" panggil Hannisya .

"Yes , little wifey" sahut Haizel lembut .

"Tunduk sikit boleh ?" pinta Hannisya dengan wajah sengaja dicomelkan .

Haizel mengerutkan dahinya namun dia tetap menundukkan wajahnya ke bawah sedikit .

Tanpa membuang masa , Hannisya terus menjengketkan sedikit kakinya .

CUP !

CUP !

CUP !

CUP !

Seluruh muka Haizel , Hannisya mencium dengan lembut .

"Hurm dekat sini tak nak ke ?" tanya Haizel . Jarinya menunjuk ke arah bibir merahnya sendiri .

PAP !

"Gatalnya" Hannisya mengecilkan matanya sedikit . Dada Haizel yang ditampar tadi diusap lembut . 

Terburai ketawa Hannisya apabila Haizel mula mengeletek badannya .

Bahagia .

Itu yang mereka terasa ketika ini . Harap-harap tiada syaitan yang memusnahkan hubungan mereka berdua .

♡♡♡

         "KALI KEDUA SAYA TENGOK AWAK SUKA DUDUK SEORANG-SEORANG . KENAPA TAK PERGI MAKAN DEKAT SANA ?" Eisray melabuhkan punggungnya di tepi Jayden yang sedang enak duduk bersila sambil menikmati angin petang pantai ini . Di tangan Eisray ada membawa pinggan yang berisi 4 ketul ayam bakar , 4 ketul sosej yang dibakar . Manakala lagi sebelah ada mangkuk terisi Odeen yang penuh dengan bahan campuran seperti ayam , sotong , cendawan dan lain-lain .

"Nah makanlah . Saya bawakan untuk awak" Eisray menghulurkan pinggan ke arah Jayden .

Jayden hanya menjeling sekilas sebelum sambung menikmati pemandangan itu kembali .

Eisray meletakkan pinggan dan mangkuk itu di atas pasir dengan berhati-hati .

"Ehem" Eisray membetulkan suaranya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now