SEMINGGU KEMUDIAN :
HANNISYA menyusun kemas buku latihan murid-murid yang berada di atas mejanya . Dia sudah mula menjalankan tugasnya sebagai guru sejak Isnin lalu . Manakala mengenai bulan madunya , Haizel hanya membawanya ke Dubai selama 4 hari sebelum dia mula bekerja .
"Cikgu Hannisya" panggil seseorang yang berada di belakang Hannisya .
Hannisya membalikkan badannya menghadap gerangan yang memanggil .
"Yaa saya . Kenapa Balqis ?" tanya Hannisya kepada pelajar perempuan .
"Suami Cikgu Sya dah tunggu dekat tanggalah" sengih Balqis . Walaupun usianya muda tapi keinginannya untuk memiliki pasangan yang romantik amat tinggi . Amboiii gataii norhh ....
Hannisya mengerutkan dahinya . Rasanya pagi tadi Haizel tidak pula berkata hendak mengambilnya hari ini .
"Terima kasih Balqis . Cikgu pergi dulu ya" sempat Balqis bersalaman dengan Hannisya sebelum berlalu .
Turun sahaja dari tangga , terlihat Haizel yang duduk di meja berhadapan dengan tangga . Dengan lengan disinsing ke atas dan butang baju tidak dibutang habis . Fuhhhh cukup mempesonakan .
"Abang" sapa Hannisya .
Haizel lantas memeluk tubuh langsing Hannisya dan mencium dahi isterinya .
"Abang ini sekolahlah . Malulah budak-budak tengok" nasib ketika ini banyak murid-murid sudah balik . Tinggal pelajar tingkatan 5 sahaja kerana ada kelas tambahan .
"Biarlah isteri abang . Lagipun kitakan dah halal" Haizel berkata selamba .
Hannisya yang berasa geram terus mencubit perut petak Haizel .
"Auchh sakitnya sayang" adu Haizel . Boleh tahan terasa cubitan Hannisya .
"Padan muka menjawab jer kerja dia" Hannisya mencebikkan mulutnya .
"Sudah jom . Abang laparlah sayang" ajak Haizel . Dia turut mengambil beg galas Hannisya dan disangkut ke bahunya .
Gentlemen bukannn ..... HAHA
"Abang tak makan lagi ke dari pagi ?" soal Hannisya .
"Abang tak laparlah sebab tak ada sayang" Haizel membuat muka kasihan .
"Eyyy mengadanyaa . Suami siapa ni" Hannisya cubit pipi Haizel sedikit . Mereka berdua masuk ke dalam kereta Haizel yang terparking betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah .
Seperti biasa apabila Haizel datang ke sekolah ini pasti ada murid yang melambai ke arahnya .
Haizel pula senyum nipis sambil melambai tangan sebelum dia memasuki keretanya .
🦋🦋🦋
"SAYANG NAK MAKAN DEKAT MANA NI ?" Haizel mengenggam erat tangan Hannisya yang berada di sebelah . Tangan kanannya pula cekap memandu .
"Fiy rasa macam nak makan nasi ayamlah" jawab Hannisya .
"Erm abang" panggil Hannisya . Matanya memandang kereta yang berada di belakang kerera suaminya .
"Ya sayang"
"Ada orang ikut kitalah" sedari tadi Hannisya perasan kereta Audi 8 berwarna hitam mengikut mereka dari sekolah .
"Abang tahu" Haizel beriak tenang . Dia juga sudah perasan akan kehadiran kereta itu .
"Sayang percayakan abang ?" tiba-tiba Haizel menyoal .
"Mestilah Fiy percaya . Kenapa ?" Hannisya mengangkat keningnya .
"Close your eyes" mahu atau tidak Hannisya menutup matanya atas arahan Haizel .
Haizel mengeluarkan Glock dari dashboard .
Kereta Audi 8 itu makin laju dan memotong kereta Haizel . Sengaja kereta Audi 8 itu berhenti mengejut . Tetapi Haizel cekap membawa kereta ke tepi dan memotong kereta Audi 8 itu kembali .
BANGG !
Seseorang dari dalam kereta Audi 8 itu mula menembak badan kereta Haizel .
"Arghhhh" Hannisya memejamkan matanya rapat . Tangannya memegang erat lengan Haizel .
Haizel melajukan lagi kereta ĢTR miliknya .
BANGGG !
BUM !
Kereta yang berada di belakang Haizel meletop apabila seorang lelaki menembak tepat ke arah tangki minyak .
"Abang"
Haizel melajukan lagi kenderaannya sebelum dia membuat drift menghadap kenderaan Audi 8 tersebut . Nasib kereta di jalanraya tidak banyak jadi senang untuk dia membuat serangan balas .
Serentak dia mengeluarkan Glock sebelum dia menembak tepat ke arah pemandu dan juga tayar kereta itu .
BANGG !
BANGG !
BANGG !
Tepat mengenai sasaran . Kereta Audi 8 terbabas di sisi jalan .
Haizel memutarkan kembali keretanya ke arah depan dan memecut laju .
"Abang siapa tadi tu ?" Hannisya melihat riak tegang Haizel .
"Tak ada siapa-siapa sayang . Kita makan dekat rumah je okey . Abang masak nasi ayam untuk sayang" Haizel mengusap lembut wajah manis Hannisya .
Hannisya hanya mengangguk sebelum dia kembali memeluk lengan sasa Haizel.
cer vote sikit tanda support 😙✌🏻.
![](https://img.wattpad.com/cover/356092288-288-k37252.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...