17 | HAIZEL×HANNISYA 🦋

1.5K 75 5
                                    

                  "GOOD MORNING MAMA DAN NEKMA" kata Hannisya sebaik sahaja turun daripada dapur .

"Morning sayang" Datin Dhira sedang memotong sayur dan bawang manakala NekMa pula sedang memasak nasi goreng .

"Mama can i help you please ?" pinta Hannisya .

"Sya pergi buat air . Satu kopi dan satu lagi teh" Datin Dhira memberikan arahan .

Hannisya mengangguk dan terus berlalu untuk membuat air .

"Assalamualaikum NekMa" seorang gadis yang berada di muka pintu dapur memberikan salamnya .

"Waalaikumsalam" jawab Hannisya perlahan.

"Eh Ayu . Kenapa duduk dekat situ ? Mari masuk" Ayu hanya tersenyum manis apabila ditegur oleh Datin Dhira. 

"Sya mari sini sayang" gamit Datin Dhira .

Hannisya tidak cakap banyak terus sahaja pergi berdiri di sebelah Datin Dhira .

"Kenalkan ini Ayu , anak Mak Ngah . Ayu ini Hannisya , isteri Haizel" Datin Dhira memperkenalkan diri mereka .

"Haii" Hannisya bersalam dengan Ayu tetapi genggaman di tangan Ayu terasa lebih kuat . Berkerut dahi Hannisya menahan .

Hannisya melepaskan pegangannya .

'something weird or perasaan aku je' monolog Hannisya di dalam hati .

"Sayang berdiri apa dekat situ ?" sapa Haizel yang baharu sahaja turun dari tangga .

"Eh awalnya awak bangun" Haizel menarik pinggang Hannisya rapat ke arahnya .

"Bantal peluk saya hilang" Haizel mencebik sambil mengusap pipi gebu Hannisya.

"Mengada" Hannisya mengelengkan kepalanya  .

"Sudahlah tu aku ni single . Hormat sikit" NekMa menjeling cucu kesayangannya itu .

"Tah ni ada Ayu sekali ni" ujar Datin Dhira .

Haizel menarik tangan Hannisya duduk sebelahnya di meja makan .

"Hye Abang Haizel" kata Ayu lemah lembut .

Haizel mengangguk kepalanya sekali tanpa memandang Ayu di depan .

"Sayang abang nak kopi ?" kening Hannisya ternaik .

Abang ?

"Sayang dengar tak ni ? Abang nak air kopi" bisik Haizel di telinga Hannisya.

Terus berubah warna muka Hannisya .

"Nah Abang Haizel" Ayu menghulurkan gelas yang berisi air kopi .

"Aku tak suruh kau ambik" Haizel tidak mengendahkan pandangan mata Ayu yang tidak berpuas hati .

"Dah isteri abang tu lambat sangat buat kerja" selamba Ayu mengutuk Hannisya .

Haizel mengetap rahangnya .

"Wait , sayang ambikkan abang air kopi" sempat Hannisya mencium pipi Haizel sebelum pergi .

Haizel tersenyum sinis kepada Ayu .

"Lain kali kalau orang bagi telinga , gunalah . Bukannya simpan sampai jadi bebal" kata Haizel selamba .

Tersentap Ayu kerana Haizel tidak pernah berkata kasar sebelum ini dengannya .

Hannisya menghulurkan kopi buat Haizel .

"Erm sedapnya . Sayang buat ?" Hannisya mengangguk .

"Patutlah sedap" Haizel memeluk pinggang Hannisya . Dia mencium dahi Hannisya dengan penuh kasih sayang .

Ada yang panas tapi bukan api . Ayu memandang tajam ke arah dua pasangan yang sedang sweet di hadapannya .

"Morning everyoneeee" kata Ace dengan kuat .

"Kamu ni dah kenapa ? Kena sampuk dengan hantu ?" soal NekMa dengan garang sambil memegang senduk .

"Alolololo NekMa pagi-pagi dah marah . Kenapa ni nak cendol ?" Ace menghampiri meja makan . 

"Aku baling senduk ni karang" NekMa menjeling Ace sebelum dia kembali menyiapkan kerjanya .

Aya melabuhkan punggungnya di sebelah Hannisya .

"Sweetheart duduklah dekat sini" Ace menepuk kerusi di sebelahnya . Dia duduk di hadapan Aya .

Aya mengelengkan kepalanya . Cemberut sahaja muka Ace apabila Aya mengeleng .

"Kenapa dengan perempuan sebelah Ace tu ?" bisik Aya di telinga Hannisya .

"Kenapa ?" bisik Hannisya balik .

"Tenung suami kau macam nak makan"

"Tengah memendam rasa . Kesian" Aya ketawa kecil . Begitu juga dengan Hannisya .

Haizel mengerutkan keningnya sebelum dia menarik Hannisya rapat dengan dadanya .

"Sayang gelak sebab apa ?" bisik Haizel .

"Aaaa...Aya ni bu...buat lawak di pagi hari" tergagap sikit Hannisya.  

Haizel meniup angin di telinga sebelum gadis itu melepaskan peganggan Haizel di pinggangnya .

Selepas itu , mereka semua menjamu sarapan mereka . Haizel asyik menyuap Hannisya dengan tangannya . Bila Hannisya hendak makan sendiri , dia tepuk tangan gadis itu .

Hannisya hanya pasrah dan membuka mulut untuk makan . Mukanya usah dikatakan sudah merah seperti tomato menahan malu .

Ayu pula tidak habis-habis menjeling Hannisya yang terlihat sangat mengada .

'Tangan ada tapi suruh orang suap . Dasar perempuan gedik' rengus Ayu di dalam hati .

vote and comment tau ii ❤

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now